Tuesday 16 July 2013

Laporan CCRIS - Portfolio Kredit Anda



Salam Ramadhan kepada para pembaca. Tetiba pagi ni terfikir untuk mencoret sedikit mengenai laporan CCRIS. Laporan CCRIS merupakan senarai yang disimpan oleh Bank Negara Malaysia mengenai laporan kewangan kita, ini termasuklah senarai hutang kita iaitu jumlah pinjaman, kadar faedah, baki tertunggak, senarai permohonan pinjaman kita sama ada diluluskan atau tidak. Laporan ini akan dikemaskini apabila pihak pemberi hutang seperti bank menghantar maklumat-maklumat terkini mengenai transaksi hutang kita dengan bank.

Laporan ini juga diguna-pakai oleh institusi bank untuk menilai kemampuan kita menampung liabiliti atau hutang baru. Laporan ini antara punca utama sama ada institusi bank akan meluluskan permohonan pinjaman kita atau tidak. Kebiasaannya, bank berkemungkinan meluluskan pinjaman baru sekiranya liabiliti terkini kita kurang 50% dari pendapatan, walau bagaimanapun ini semua atas budi bicara institusi bank terbabit.

Adalah penting untuk kita memastikan laporan ini adalah terkini dan setepat yang mungkin untuk memastikan rekod kewangan kita adalah benar di dalam database BNM ini. Kita dibenarkan untuk memohon laporan CCRIS 3 bulan sekali dan proses pemohonan laporan ini agak mudah.

Sekiranya anda berada berhampiran dengan HQ atau cawangan BNM, hanya perlu hadir ke BNM bersama MyKad anda. Terdapat kiosk layan diri di situ di mana anda perlu memasukkan MyKad dan scan ibu jari untuk mendapat salinan Laporan CCRIS yang akan dicetak di kiosk terbabit. Senarai cawangan BNM seperti di bawah :

  1. Head Office - Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur
  2. Cawangan Pulau Pinang -  Jalan Corner Light
  3. Cawangan Johor Bahru - Jalan Bukit Timbalan
  4. Cawangan Kota Kinabalu - Jalan Lapan Belas
  5. Cawangan Kuala Terengganu - Jalan Sultan Mohamad
  6. Cawangan Kuching - Jalan Satok
  7. Cawangan Shah Alam - Persiaran Tasek
Sekiranya anda tidak berhampiran dengan cawangan BNM, boleh juga mendapatkan laporan CCRIS melalui pos, fax atau email. Sediakan dokumen berikut :
  1. Credit Report Request Form (CRR)
  2. Borang Pengisytiharan Pinjaman
  3. Salinan photocopy MyKad
  4. Salinan mana-mana dua antara dokumen di bawah. Dokumen berikut perlulah mempunyai nama dan alamat pemohon :
    • Lesen memandu
    • Passport
    • Bil air
    • Bil elektrik
    • Bil telefon

Sekiranya tiada, boleh juga melampirkan dokumen berikut:
    • Statement akaun bank
    • Statement kad kredit
    • Statement KWSP

CRR dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di website http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau klik di sini.

Hantarkan borang dokumen terbabit sama ada melalui pox, fax atau email ke alamat di bawah:

BNMTELELINK 
LINK & Regional Offices
Bank Negara Malaysia 
Jalan Dato' Onn 
P.O Box 10922 
50929 Kuala Lumpur 
Fax No: +603 2174 1515