Showing posts with label Akaun bank. Show all posts
Showing posts with label Akaun bank. Show all posts

Tuesday, 3 April 2012

AKPK : AEON Pinjaman Peribadi

Salam dan selamat pagi. Sorry kepada rakan-rakan pembaca sebab lama tak update blog ni. Saya agak sibuk dengan kerja dan tak dapat meluangkan masa untuk berceloteh.

Sedar tak sedar, dah lebih tiga tahun saya di bawah bantuan AKPK. Setiap bulan tak miss bayaran AKPK, alhamdulillah. Ada bank yang hantar statement, ada yang tak, jadi agak sukar untuk melihat secara keseluruhan akaun hutang saya di bawah AKPK. Tapi memandangkan bank-bank pun dah tak ganggu saya melalui telefon, jadi saya pun kurang mengambil peduli sangat mengenai baki pinjaman di bank.

Hingga lah pada awal bulan lepas, saya tiba-tiba mendapat surat dari AKPK. AKPK memaklumkan yang hutang pinjaman peribadi saya bersama AEON telah habis dijelaskan. 



Dahulunya, saya ada mengambil pinjaman peribadi dengan AEON sebanyak RM2,500, untuk 5 tahun dengan kadar faedah 16% p.a.. Ketika hutang-hutang saya diterima untuk dijaga oleh AKPK, saya dapati AEON langsung tidak mengurangkan kadar faedah meraka. AKPK hanya meletakan RM50 dari bayaran bulanan saya untuk dibayar kepada AEON. Tapi, mungkin sebab RM2,500 tu antara pinjaman yang paling sedikit, pinjaman AEON ini berjaya habis dulu dibayar.

Menurut surat AKPK, mereka menolak bayaran bulanan AKPK sebanyak nilai bayaran bulanan ke AEON. Ini memang sedikit sebanyak mengurangkan bebanan untuk buat bayaran AKPK tapi memandangkan dah 3 tahun saya meletakan budget untuk bayaran AKPK, jadi pengurangan RM50 tu tak nampak sangat.

Untuk mempercepatkan lagi tempoh untuk saya mencapai hidup bebas hutang, saya telah menggunakan RM50 yang kurang dari AKPK itu untuk dibayar secara terus ke bank pinjaman yang lain. Dengan ini, bank-bank lain pun akan lagi cepat habis hutangnya.

Dalam keseluruhan hutang saya, Kredit Kad AEON mempunyai nilai kadar faedah paling tinggi iaitu 18% p.a. Saya pun menggunakan lebihan RM50 itu untuk dibayar ke Kredit Kad AEON. Dalam sistem bebas hutang, ini dipanggil teknik 'Avalanche' di mana kita mengutamakan pinjaman yang paling tinggi kadar faedah untuk diselesaikan dahulu. Dengan cara ini, bank yang kadar faedahnya tinggi tidak dapat mengenakan bayaran yang tinggi pada kita. Kaedah 'Avalanche' agak lambat momentumnya, terutamanya untuk menyelesaikan baki pinjaman yang pertama. Tapi kaedah ini makin laju setelah akaun-akaun besar dah selesai dan tinggal akaun yang baki pinjamannya rendah sahaja. Kaedah ini juga paling menguntungkan kita kerana kita mengurangkan duit kita mengalir ke bank sebagai bayaran faedah kepada bank.

Ada satu lagi teknik, iaitu 'Snow-balling' di mana kita bayar pada pinjaman yang paling sedikit dahulu. Apa bila akaun yang sedikit itu dah habis bayar, kita gunakan lebihan budget itu untuk dibayar ke bank yang mempunyai baki pinjaman yang kedua sedikit. 'Snow-balling' agak bagus untuk mereka yang tidak mempunyai motivasi tinggi untuk menyelesaikan baki hutang. Dengan kaedah ini, lagi cepat nampak satu-satu akaun pinjaman berjaya ditutup dan diselesaikan.

Walaupun apa sahaja kaedah yang anda pilih, pilih la yang paling sesuai dengan kita. Jadikan proses bebas hutang kita lagi menyeronokkan dan bermotivasi. Selamat merdeka dari hutang!.

Monday, 10 August 2009

Amaran : Bank Curi Wang Anda

Hari ini saya tertarik untuk membaca website di imDavidLee.com. Yang paling menarik tu, blog dia mengenai ketidak-puas-hati-an dia mengenai Maybank yang banyak mengambil duit customer. Betul punya marah ni.

Untuk pengetahuan para pembaca, bank pun orang business gak. Jadi, mereka semestinya akan charge macam-macam kat pengguna servis dorang. Kalau kita perhatikan, sedangkan bank kerajaan macam Bank Simpanan Nasional pun akan charge kita $12 untuk keluar duit kat ATM bank lain, inikan pula bank-bank swasta.

Tapi, kita nak buat camne? Kita kan orang biasa-biasa je, mana mampu nak lawan syarikat gergasi mereka? Jadi, diamkan je la, bayar je lah kan? Apa kata, daripada biar bank mempergunakan kita, kita pula mempergunakan bank. Bukan nak buat apa pun, cuma kita manipulasi sistem bank untuk kebaikan kita pula. Sebelum tu, mari kita ambil tahu sikit pasal servis yang bank charge kat kita.

Di bawah, saya ada compilekan fees and charges yang bank kenakan kat kita untuk urusan ATM kita:

Banking Institution Automated Teller Machine (ATM) Card Fee (RM)
Card
issuance
Annual
fee
Card
replacement
Withdrawal via
PLUS/CIRRUS Network
Affin Bank Berhad RM10 RM8 RM10 a) RM7 - Debit Card via Cirrus Network only
b) 5% of amount withdrawn or a minimum of RM20 - Credit Card via PLUS/CIRRUS Network
Alliance Bank Malaysia Berhad RM8 RM8 RM12 RM8
AmBank (M) Berhad NIL NIL RM12 RM12
Bangkok Bank Berhad NIL NIL NIL NIL
Bank of America Malaysia Berhad NIL NIL NIL NIL
Bank of China (Malaysia) Berhad NIL NIL NIL NIL
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad NIL NIL NIL NIL
CIMB Bank Berhad NIL RM8 RM12
Citibank Berhad RM8 (free for Citigold members) NIL RM8 (lost, stolen, damaged) Free for Citigold members RM10
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad NIL NIL NIL NIL
EON Bank Berhad NIL RM8 RM10 NIL
Hong Leong Bank Berhad RM8 RM8/RM5 (applicable for Hong Leong Smartlink Account only) a) RM20 for damage due to cardholder's fault, PIN forgotten and lost/stolen
b) RM12 for MEPS Cash refund purpose
NIL
HSBC Bank Malaysia Berhad RM8 RM8 RM12 RM10
J.P. Morgan Chase Bank Berhad NIL NIL NIL NIL
Malayan Banking Berhad a) Free - First 4 transactions b) RM0.50 per transaction (thereafter) NIL RM12 NIL
OCBC Bank (Malaysia) Berhad RM8 NIL RM8 RM12
Public Bank Berhad RM8 RM8 RM12 NIL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad NIL RM8 RM8 a) 1% of amount withdrawn or a minimum of RM30 + RM0.15 (stamp duty) - interzone withdrawal (for Singapore & Brunei only)
b) RM12 - Overseas withdrawal
The Bank of Nova Scotia Berhad NIL NIL NIL NIL
The Royal Bank of Scotland Berhad RM8 RM8 RM12 NIL
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad NIL RM8 RM8 RM10

Nampak tak? Bukan Maybank je yang charge kita lebih-lebih. Semua bank pasti akan charge kita. Tengok contoh AmBank, baik je dorang tak charge untuk card ATM, tapi pastu dorang charge $12 untuk withdrawal PLUS network. Maybank pun ok gak, bagi free je untuk pengeluaran melalui PLUS, tapi pastu dia charge kita $0.50 pula kalau kita guna ATM dorang melebihi 4 kali dalam sebulan. CiMB macam bagus sebab dia tak charge apa-apa untuk pengeluaran ATM, tapi dalam senyap dia charge $8 setahun untuk annual fees pula.

Macam mana nak manipulasi sistem dorang? Saya bagi contoh hidup saya la ye. Saya pengguna servis Maybank, tu pun sebab gaji saya masuk ke Maybank. Dah terlanjur tu, baik la saya gunakan servis-servis Maybank untuk urusan perbankan saya kan. Tapi, bila dah tahu macam mana Maybank charge saya, saya pun memanipulasikan system dorang supaya dorang tak boleh nak charge saya lebih-lebih:

  1. Oleh kerana saya punya monthly budget tracking pun dah cukup detail, jadi setiap bulan saya tahu berapa banyak nilai tunai yang saya perlukan. Jadi, awal bulan, saya akan membuat cuma 1 pengeluaran ATM untuk semua tunai yang saya perlukan untuk sebulan dan simpan je kat rumah. Tak perlu lagi nak mengira berapa banyak kali saya dah guna ATM sebab takut kena charge $0.50 tu.
  2. Saya pun banyak menggunakan perkhidmatan Maybank2U (M2U) online. Jadi lagi kurang la penggunaan ATM ni.
  3. M2U tidak mengenakan sebarang charge untuk pembayaran bil, jadi semua bil saya akan bayar online.
  4. Saya dah kumpulkan semua hutang kad kredit dan loan ke cuma satu akaun. Jadi setiap bulan, saya akan transfer duit untuk bayar hutang semua melalui 1 transaksi Interbank-GIRO je. Jadi dalam sebulan, Maybank cuma dapat makan $2 melalui transaksi tu dari saya.

Jadi, inilah contoh-contoh macam mana saya elakkan membazir duit kat bayar servis bank. Yang penting, pengetahuan. Lagi banyak kita tahu pasal bank, lagi senang la kita pula nak makan dorang. Jenguk-jenguk la jadual fees and charges di atas, dan cari bank servis yang bersesuai dengan urusan perbankan anda semua ye.