Sunday, 6 September 2009

KWSP Online

Perancangan persaraan amat penting untuk kita semua. Kita perlu prihatin bahawa dalam tempoh bersara, kita perlu mempunyai simpanan yang cukup untuk belanja bulanan dan juga menanggung kos perubatan kita.

Di Malaysia, kita banyak bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjamin simpanan hari tua kita. Terutamanya bagi pekerja swasta yang biasanya tiada sumbangan pencen dari majikan, KWSP mungkin satu-satunya harapan untuk menjamin tempoh persaraan kita.

Oleh sebab ini, penting juga untuk kita memantau aktiviti akaun KWSP kita. Pastikan sumbangan bulanan kita dan juga sumbangan dari majikan dimasukkan dengan betul ke dalam akaun kita. Kita juga perlu prihatin sama ada baki akaun KWSP kita cukup atau tidak untuk menampung hidup selepas bersara.

Cara paling mudah untuk memeriksa aktiviti akaun KWSP kita ialah dengan memeriksa secara online melalui i-Account. Melalui i-Account, kita dapat:
  1. Melihat penyata tahun lepas
  2. Melihat penyata terkini – dikemaskinikan pada aktiviti yang terbaru
  3. Mencetak penyata KWSP – Hasil cetakan berformat sama seperti penyata dari majikan atau dari kaunter KWSP, jadi boleh digunakan sebagai dokumen rasmi
  4. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mail.
  5. Memaparkan jumlah kelayakan pengeluaran mengikut situasi-situasi yang berkenaan.

Untuk memohon i-Akaun KWSP, ikutilah langkah-langkah berikut.

Memohon i-Akaun di website KWSP
  1. Lawati website rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my
  2. Klik pada menu “i-Akaun”

  3. Klik pada “Register Your Member i-Akaun”

  4. Klik pada “Register as Member”

  5. Masukkan nombor ahli KWSP dan nombor kad pengenalan anda.

  6. Masukkan kod seperti yang terpapar dan klik pada “Daftar”

  7. Selesai


Selepas mendaftar i-Akaun, anda perlu mendapatkan “kod pengaktifan” untuk mengaktifkan i-Akaun anda. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat dilakukan secara online. Terpaksa melawat kaunter KWSP atau kiosk KWSP yang berhampiran.

Dapatkan “kod pengaktifan” i-Akaun
Untuk mendapatkan kod pengaktifan, lawati pejabat KWSP berhampiran dan minta kod pengaktifan di kaunter. Tapi, jika anda tidak mahu menunggu lama menunggu giliran ke kaunter, dapatkan sahaja kod pengaktifan di kiosk KWSP.

Mesin Kiosk KWSP
1) Kenalpasti kedudukan mesin kiosk KWSP yang berhampiran anda di Kiosk List.
2) Di kiosk, tekan pada “dapatkan kod pengaktifan”.
3) Masukkan MyKad anda
4) Apabila diarahkan, letakkan ibu jari kanan pada sensor untuk proses kenalpasti.
5) Masukkan 6 digit kod pengaktifan.
6) Selesai

Anda juga boleh melihat tutorial asal dari KWSP di sini.

Langkah terakhir ialah untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan kos pengaktifan.

Aktifkan i-Akaun dengan kod pengaktifan
  1. Lawati website KWSP dan klik pada “first time login”

  2. Klik pada “I agree to activate i-Akaun only” check box.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan.
  4. Masukkan 6 digit kod pengaktifan anda.

  5. Klik pada butang “Activate” untuk diproses.
  6. Masukkan maklumat anda seperti yang diperlukan dalam borang yang dipaparkan.

  7. Klik “Submit”
  8. Selesai
Untuk login ke i-Akaun anda, klik pada “Login ke i-Akaun” dari laman utama, masukkan User ID dan password. Kini anda boleh memantau akaun KWSP anda pada bila-bila masa sahaja.

No comments:

Post a Comment