Tuesday 3 April 2012

AKPK : AEON Pinjaman Peribadi

Salam dan selamat pagi. Sorry kepada rakan-rakan pembaca sebab lama tak update blog ni. Saya agak sibuk dengan kerja dan tak dapat meluangkan masa untuk berceloteh.

Sedar tak sedar, dah lebih tiga tahun saya di bawah bantuan AKPK. Setiap bulan tak miss bayaran AKPK, alhamdulillah. Ada bank yang hantar statement, ada yang tak, jadi agak sukar untuk melihat secara keseluruhan akaun hutang saya di bawah AKPK. Tapi memandangkan bank-bank pun dah tak ganggu saya melalui telefon, jadi saya pun kurang mengambil peduli sangat mengenai baki pinjaman di bank.

Hingga lah pada awal bulan lepas, saya tiba-tiba mendapat surat dari AKPK. AKPK memaklumkan yang hutang pinjaman peribadi saya bersama AEON telah habis dijelaskan. 



Dahulunya, saya ada mengambil pinjaman peribadi dengan AEON sebanyak RM2,500, untuk 5 tahun dengan kadar faedah 16% p.a.. Ketika hutang-hutang saya diterima untuk dijaga oleh AKPK, saya dapati AEON langsung tidak mengurangkan kadar faedah meraka. AKPK hanya meletakan RM50 dari bayaran bulanan saya untuk dibayar kepada AEON. Tapi, mungkin sebab RM2,500 tu antara pinjaman yang paling sedikit, pinjaman AEON ini berjaya habis dulu dibayar.

Menurut surat AKPK, mereka menolak bayaran bulanan AKPK sebanyak nilai bayaran bulanan ke AEON. Ini memang sedikit sebanyak mengurangkan bebanan untuk buat bayaran AKPK tapi memandangkan dah 3 tahun saya meletakan budget untuk bayaran AKPK, jadi pengurangan RM50 tu tak nampak sangat.

Untuk mempercepatkan lagi tempoh untuk saya mencapai hidup bebas hutang, saya telah menggunakan RM50 yang kurang dari AKPK itu untuk dibayar secara terus ke bank pinjaman yang lain. Dengan ini, bank-bank lain pun akan lagi cepat habis hutangnya.

Dalam keseluruhan hutang saya, Kredit Kad AEON mempunyai nilai kadar faedah paling tinggi iaitu 18% p.a. Saya pun menggunakan lebihan RM50 itu untuk dibayar ke Kredit Kad AEON. Dalam sistem bebas hutang, ini dipanggil teknik 'Avalanche' di mana kita mengutamakan pinjaman yang paling tinggi kadar faedah untuk diselesaikan dahulu. Dengan cara ini, bank yang kadar faedahnya tinggi tidak dapat mengenakan bayaran yang tinggi pada kita. Kaedah 'Avalanche' agak lambat momentumnya, terutamanya untuk menyelesaikan baki pinjaman yang pertama. Tapi kaedah ini makin laju setelah akaun-akaun besar dah selesai dan tinggal akaun yang baki pinjamannya rendah sahaja. Kaedah ini juga paling menguntungkan kita kerana kita mengurangkan duit kita mengalir ke bank sebagai bayaran faedah kepada bank.

Ada satu lagi teknik, iaitu 'Snow-balling' di mana kita bayar pada pinjaman yang paling sedikit dahulu. Apa bila akaun yang sedikit itu dah habis bayar, kita gunakan lebihan budget itu untuk dibayar ke bank yang mempunyai baki pinjaman yang kedua sedikit. 'Snow-balling' agak bagus untuk mereka yang tidak mempunyai motivasi tinggi untuk menyelesaikan baki hutang. Dengan kaedah ini, lagi cepat nampak satu-satu akaun pinjaman berjaya ditutup dan diselesaikan.

Walaupun apa sahaja kaedah yang anda pilih, pilih la yang paling sesuai dengan kita. Jadikan proses bebas hutang kita lagi menyeronokkan dan bermotivasi. Selamat merdeka dari hutang!.

314 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 314 of 314
Unknown said...

Salam Encik Izmal Hussein, saya telah membuat bayaran bulanan pertama DMP pada 1.1.2016 berjumlah RM1140.00. Adakah jumlah bayaran bulanan ini akan bertambah kerana saya telah menggunakan kad kredit saya beberapa hari kemudian. Adakah saya masih boleh menggunakan lagi kad kredit selagi ia belum disekat? Adakah ini menjadi kesalahan dan melanggar perjanjian dengan AKPK? Bilakah agaknya semua kad kredit saya akan disekat? Apa perlu saya jawab bila pihak bank menelefon dan meminta saya buat bayaran? Terima kasih!

Unknown said...

Mohd Noor, bayaran bulanan AKPK adalah tetap mengikut perjanjian yg terkini. Dan bakal berkurangan apabila ada mana-mana akaun di bawah DMP yang telah habis bayar. Sekiranya kad kredit belum diblok dan masih aktif, tak salah untuk terus digunakan. Apabila pihak kak kredit menerima maklumat dari AKPK dan telah update maklumat akaun tuan, kad kredit akan tidak boleh digunakan lagi

Unknown said...

Mohd Noor, berkenaan pihak bank yang call untuk minta bayaran, sila bagitau mereka yang Tuan di bawah DMP AKPK, dan apa-apa urusan, pihak bank perlu berurusan dgn agen AKPK.

Anonymous said...

Hi En.Izmal, sy angel..ingin tahu!!sy ada buat pinjaman dgn 3 bank n money lender..Sedangkan, sy sambung belajar. X mampu nk bayar, lagipun gaji yg sikit je dpt!! Sy terima panggilan dari Aeon credit yg sy pernah tertungguk 4 kali. Secara baik sy ada terangkan situasinya tetapi, sy rasa ragu je!! Adakah akpk boleh membantu..
Tq.

Unknown said...

Sekiranya kita sudah habis mengikut program AKPK maksudnya dah settle bayar pinjaman. Adakah mudah kita membuat pinjaman lain atau pun kredit card?

Anonymous said...

Hi admin,boleh tolong explain kat saya tak,saya pergi bank negara,dlm list ade blacklist aeon,so memang niat saya untuk settlekn semua hutang2 saya,tapi saya sungguh2 terkejut,hanya kerana sebuah notebook hutang sye sekarang dh 5ribu,saya ada bertanyakan dengan pihak aeon kredit jika igt membuat full settlement brape rebet yg diberikan,saya agk kecewa kerana pihak aeon lansung tak nak bagi diskaun,,masalah saya sekarang ni adalah saya ingin menyelesaikan hutang saya ini tapi agak kecewa kerana tidak diberi rebet,,boleh admin bagi suggestion untuk saya menyelesaikan hutang saya ini dengan pihak aeon?

Unknown said...

AKPK hanya akan membantu menguruskan hutang untuk institusi kewangan berikut:
- Semua bank perdagangan
- Semua bank Islam
- Semua syarikat insurans
- Semua pengendali takaful
- Institusi kewangan pembangunan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)
- Pengeluar kad kredit/caj (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

Jika money lender tidak tersenarai di atas, AKPK tak dapat membantu di situ

Unknown said...

Norsyihawati Sadiman, setelah secara rasminya habis bayar DMP AKPK, dan semua bank telah update akaun kita menunjukkan telah tamat DMP, tiada masalah untuk membuat loan baru

Unknown said...

Mmg seperti yang saya tulis di dalam artikel di atas, AEON dan beberapa institusi kewangan lain tidak akan melayan permintaan kita untuk mengurangkan interest. Atas pandangan saya juga, saya menasihati semua untuk mengelakkan berurusan dengan institusi sebegini. Jika dah terjebak, terpaksa terima sahaja dan bayar apa yang mereka dan tetapkan. Sekiranya rasa perlu untuk ambil DMP AKPK, boleh ambil DMP AKPK di mana AKPK akan membantu kita untuk berbincang dengan institusi terbabit untuk mendapat tawaran penyelesaian hutang yang lebih baik

Anonymous said...

Setakat ini rekod bayaran personal loan dan kad kredit saya boleh dikatakan bersih dalam jumlah RM3300 sebulan. Alhamdulillah dalam masa yg sama bayaran rumah dan loan kereta pun masih cantik.
Tetapi wang tunai memang tidak cukup nak sampai ke hujung bulan. Saya terpaksa recycle kad kredit saya. Dah bertahun terpaksa buat mcm tu. Tak tau sampai bila. Kredit kad pun dah limit. Tiap2 bulan bayar n guna balik dan seterusnya.
Saya insyaAllah akan merujuk ke AKPK dalam masa terdekat bagi strukturkan semula loan dan kredit kad saya.Tapi agak risau sebab once dah join AKPK, kad kredit tak boleh guna walhal selama ini saya terpaksa bergantungan dgn kad kredit untuk survive sampai hujung bulan. Adakah penstrukturan nanti akan menyelesaikan masalah saya?. Mohon pandangan.

Unknown said...

AKPK adalah wakil jurubincang antara kita dan bank, untuk membolehkan kita dapat interest rate terendah dan membuat bayaran bulanan mengikut kemampuan kita. Ini memberi kita masa untuk memperbaiki dan menstruktur semula cara kita manage personal finance kita. Sama ada personal finance kita mengarah kepada lebih baik atau lebih buruk, 100% bergantung pada kita. Pengalaman saya, ketika saya bergelumang dlm hutang hinggakan terpaksa menggunakan khidmat DMP AKPK, saya telah bersusah payah mengurangkan perbelanjaan boros saya sehingga perbelanjaan bulanan dikurangkan 90% semata-mata supaya perbelanjaan saya jadi lebih mampu dengan gaji saya.

Anonymous said...

salam semua..saya nak berkongsi pengalaman masuk AKPK..6 tahun lepas hutang saya 20K je terus masuk AKPK sebab memang tak bole nak bayar 800 sebulan semuanya..maklumlah gaji kecil..patut la bila saya berjumpa kaunselor AKPK dia cakap kecil aje jumlah hutang saya..tetapi 6 tahun lepas memang saya tak mampu bayar hutang tu...kepala pening ..jadi penyelesaian terakhir ialah memohon AKPK. Nasihat saya kalau dah tak ada jalan lain, lebih baik memohon masuk AKPK..memang terasa lain sebab kredit kad tak ada dan semua loan tak boleh buat..Tapi bila kita dah tak berhutang alhamdulilah akan tenang hidup kita...sekarang ni saya baru buat full settlement sebab merancang nak beli rumah....pinjaman PTPTN pun dah dijadualkan bersama UJRAH...jangan takut nak masuk AKPK dan boleh berbincang dengan kaunselor. Kepada Encik Izmal memang anda banyak bagi maklumat ...macam ada komen yang lain ..insyallah ada pahala untuk anda...doakan saya berjaya mendapat pinjaman untuk beli rumah ( bebrapa bulan dari sekarang)/..

lee said...

ASSALAM, sekiranya kita masih ada tunggakan hutang dgn aeon krdit dlm 1800 (personal loan) n berhubung dgn pihak akpk. Akpk akan tolong stlekan utk kita? pastu kita akan byr balik pd akpk? perlu ke g buat keterangan kat balai polis berkaitan hutang ni?tq

zulkifli said...

salam en izmal,terima kasih sebab wujudkan blog ni.harap en dpt jawab kemuskilan saya.dari apa yg saya baca,akpk hanya membantu untuk kredit kad n personal loan sahaja.dlm kes saya,saya mempunyai hutang kredit kad 16k,personal loan b/rakyat 12k dan kereta 27k.hutang pokok nya sikit je tp bunga nya yg buat byk (dah lama x byr) dan apa yg sy tahu seseorg tu boleh muflis jika hutang nya cecah 30k.sekarang hutang kereta tu yg nk mufliskan kn saya walaupun kereta tu dh ditarik (dah lama kena tarik) egen bank pun dh talipon saya berkenaan perkara ni.jadi soalan sy patut kah saya biorkan saja bank failkan saman muflis.atau sy je yg mufliskn diri sendiri,setahu saya kalau muflis harta semua kena sita,kena byr jgk dlm 10% dari pendapatan sebulan,selama 5 tahun je dah boleh lepas.saya takde harta pun yg atas nama saya.ada pun cuma kereta saga lama.kerja pun swasta je.xboleh buat loan gak selagi x lepas.jadi saya sekarang ni 50-50, nak biorkan je muflis atau pegi akpk. kalau pergi akpk loan kena byr akpk, keta ttp kena byr bank.jadi saya perlukan nasihat encik sangat2.dh byk blog sy survey,x dpt keputusannya gak.terima kasih kerna sudi baca dan nasihat yg diberikan.

Unknown said...

Lee, AKPK hanya organisasi yang menjadi wakil kita untuk berbincang dengan bank. Di bawah DMP, AKPK akan cuba berbincang dengan bank untuk bayaran bulanan yang rendah dan interest yang rendah. Hasil perbincangan, kita perlu membuat bayaran bulanan yang terbaru melalui AKPK dan AKPK akan menyalurkan bayaran ke bank berkenaan. Sepanjang dalam proses DMP pula, rekod kewangan kita akan ditag sebagai AKPK yang menyebabkan bank-bank tidak akan meluluskan sebarang permohonan baru untuk pinjaman ataupun kredit kad.

Unknown said...

Zul Kifli, sila hubungi AKPK dan mohon DMP. Sekiranya permohonan DMP diluluskan kaunselor AKPK akan berbincang bagaimana cara nak menyelesaikan masalah ini. Tp, syarat AKPK ialah tidak muflis. Jadi, sila hubungi AKPK segera sebelum bank memufliskan tuan.

Anonymous said...

Salam..saya nk bertanya..saya ada berjumpe dengan kaunselor akpk untuk menstruktur pnjaman sy.tetapi masih belum memohon lg disebabkn penyata tidak lengkap..selepas pulang,sy mempunyai idea utk melunaskn hutang saya..masalahnya sekarang walaupn belum memohon DMP tetapi nama saya sudah di hantar ke semua bank yang menyatakn saya telah menyertai akpk..sy konfius..skarang nie sy sudah mendapat surat dr bank menyatakan saya perlu membayar personal loan full settlement disebabkn bank telah mendapat notifikasi yg saya telah menyertai akpk..kad kdt sy juga sudah di block..ape perlu sy lakukan..

Unknown said...

Salam..sy nak tanye bolekah saya menyertai akpk untuk kali ke 2.Sebelum ni saya dah pernah masuk akpk pada tahun 2009.tapi saya dah keluar pada tahun 2012 sebab nak beli rumah dan settle semua loan saya.dengan keadaan ekonomi sekarang saya macam tak mampu nak bayar personal loan dan kad kredit saya.bisness company pun dah slow.dulu kerja shift income ada lebih skit.sekarang kene kerja normal gaji beza dalam 1k.

Unknown said...

Salam. Ada beberapa kemusykilan dlm situasi Tuan:
1) Masih belum memohon disebabkan penyata tidak lengkap bermaksud belum memohon langsung DMP atau sudah dlm proses memohon tetapi tergendala disebabkan ada penyata yang tidak lengkap?
2) Nama dihantar ke semua bank mengenai AKPK? Adakah sudah terima surat perjanjian dari AKPK mengenai lulusnya permohonan AKPK dan diberi laporan secara terperinci mengenai bayaran setiap bank?
3) Mendapat surat dari bank untuk full settlement disebabkan dah join AKPK? Teramat pelik sebab urusan AKPK adalah dengan AKPK sebagai pengantara. Bank hilang hak untuk minta apa-apa dari kita selagi kita bawah AKPK. Dan berada di dalam DMP AKPK adalah 100% bukan untuk full settlement, tetapi pembayaran minimum secara berstruktur.

Saya tidak rasa apa yang berlaku dengan situasi Tuan adalah disebabkan AKPK, sebab semua yang berlaku 100% teramat berbeza dengan tindakan AKPK. Saya syorkan untuk rujuk kepada AKPK mengenai apa yang telah berlaku. Saya syak pihak bank menggunakan nama AKPK untuk memaksa Tuan menyelesaikan bayaran.

Unknown said...

Salam, Azli. Adakah ketika keluar dari AKPK pada 2012, dilakukan melalui proses yang betul dan rasmi, atau sekadar berhenti membuat bayaran AKPK? AKPK tiada meletakkan syarat untuk tidak bolah ambil semula DMP sekiranya menghadapi masalah kewangan pada masa akan datang. Tetapi, sekiranya pada proses DMP yang pertama terdapat masalah, itu mungkin menyebabkan AKPK sukar untuk meluluskan permohonan DMP pada proses akan datang

Mohd Amirullah said...

As salam En Izmal, saya ada buat personal loan dgn RHB, skrg pmbyran balik dgn RHB da dikurangkan, katanya nama saya dah diblacklistkan, dan saya dah tak boleh bukak mana2 akaun dgn mana2 bank skrg. Jadi soalan saya, kalau saya dah diblacklist boleh kah saya utk mohon utk di bawah AKPK. Total monthly RM 237, total PL-12k.

Unknown said...

Salam, Amirullah. Masih boleh apply AKPK. Blacklist hanya melalui bank sahaja. Belum melibatkan bankrup lagi.

Mohd Amirullah said...

Selepas saya masuk program AKPK ni, adakah saya boleh bukak mana2 akaun dgn bank lain? Baru2 ni saya ada buat full settlement dgn Maybank-credit card. Adakah saya boleh buka akaun dgn Maybank.?

Unknown said...

Amirullah, semasa dlm DMP AKPK, tiada masalah untuk buka akaun Simpanan, Semasa, Fixed Deposit, Perlaburan, Debit Card atau sebagainya dengan mana-mana bank. Hanya permohonan pinjaman sahaja, seperti Kredit Kad, Personal Loan, Hiru Purchase, Home Loan, ASB Financing yang berkemungkinan akan tidak diluluskan oleh pihak bank.

Unknown said...

salam en izmal..sy nak tanya..klu kita ada pinjaman under mikro kredit..adakah pinjaman itu boleh di uruskan oleh akpk..terima kasih

Unknown said...

Salam Jue. Sekiranya mikro kredit itu di bawah organisasi kewangan yang dipantau oleh AKPK, AKPK mungkin boleh mengawal selianya.

Unknown said...

salam...saya nk tnya,adakah akpk hanya cover personal loan yg dibuat diluar pay slip shja?

Unknown said...

AKPK bantu loan dengan institusi kewangan yg berdaftar dgn Bank Negara

Anonymous said...

sy dan isteri mempunyai htg personal loan dgn mbsb,bank rakyt,bsn dan koperasi...sekrg gj kami -ve setelah tolak perbelanjaan blnan...byran keta jgk selalu tertunggak..segala personal loan.dipotong melalui biro angkasa memandangkan kami penjawat awan...adakah akpk dpt membantu sy kerana sy buntu dan amat tertekan

Unknown said...

Saya syorkan utk segera rujuk ke AKPK bagi program DMP sebelum masalah hutang menjadi semakin meruncing.

Anonymous said...

Hi Encik Izmal, saya menghadapai masalah kewangan setelah employer sy cut banyak allowance due to shortage budget. Tapi syukur sya masih bekerja. Tetapi beza gaji sya sbelum dipotong dan selepas dipotong adalah sebanyak lebih kurang 1.5k.. alamak! nak cari kerja pun susah sekarang. tadi saya ada call akpk..dia cakap loan apa..so sy btau yg saya nak reconstruct semua loan yang ada termasuk car loan. dia tak pulak cakap car loan tak dapat. tapi sy baca komen disini..mcm xdpt je... mcm mna ye? sbb komitmen sy yg plg tinggi adalah car loan. harap dapat membantu.

Unknown said...

Jika ada masalah dengan hutang dan tidak dapat menyelesaikan sendiri hutang itu, sila rujuk ke AKPK untuk Program Pengurusan Hutang. Bila masalah kewangan atau masalah hutang muncul, paling bahaya adalah masa. Lagi lama tak jumpa penyelesaian, lebih sakit penyelesaiannya. Saya nasihatkan cepat untuk ke AKPK.

saril said...

Tuan izmal...nk tnya klau tuan bleh tlg,sy pnh tbayar lmbt DMP akpk lewat 2hari..bln oktober sptutnya last pymt 31hb.tp sy tlah byr 2hb november..adakah sy msih dlm program akpk.kerana tiada surat dr akpk myatakan tunggakkan sy.

Unknown said...

Saril, sila hubungi kaunselor AKPK Tuan dengan kadar segera, untuk berbincang mengenai status akaun. Kalau ada masalah bayaran, sila berbincang dengan dia. Jangan tunggu sehingga Tuan dikeluarkan atau diblacklist dari AKPK. AKPK biasanya adalah penyelamat terakhir yg percuma dalam membantu kita menyelesaikan masalah hutang. Jika Tuan disenarai-hitamkan dari AKPK, masalah akan jadi semakin rumit

Unknown said...

Salam Hamba Allah. Nampaknya akaun tuan telah dipindahkan ke Collection Agent dan mmg susah nak dpt statement sbb akaun tuan dah diasingkan dari sistem bank. Sekiranya menjadi masalah untuk Tuan settlekan sendiri, boleh mohon DMP AKPK. Pastikan menepati syarat AKPK dan sediakan dokumen yg diperlukan, akan memastikan urusan permohonan DMP AKPK lebih lancar

hidayati arshad said...

Saya ada hutang dalam seratus lebih ribu, personal loan & kredit kad..dek kena tipu dengan someone ni agent forex. Skg takde jalan lain sbb dah serabut kepala. Dulu keja swasta gaji mkn komisyen 10k sbulan tp skg dah down tmp keja sy tu, kbetulan skg ni dpt plak offer government, syukur alhamdulillah tp gaji agk rendah la. Mgkin trpksa apply akpk kot, baru rase tenang skit hidup ni sbb they will manage our financial & help us to solve our probm.

INA said...

ASSALAMUALAIKUM....SAYA NAK TANYA PADA ENCIK.SEBELUM NI SAYA TUKAR KERJA TAPI SUDAH BERHENTI BALEK SELEPAS KEDAI DITEMPAT KERJA SAYA TUTUP.SEKARANG SAYA MASUK BALEK KERJA TEMPAT LAMA TAPI HANYA TEMPORARY WORKER SEBAB SAYA TELAH HAMIL..SAYA AKAN DIKIRA PEKERJA TETAP SELEPAS SAYA MELAHIRKAN.BOLEH TAK SAYA IKUT DMP DAN MITK PERTOLONGAN AKPK DISEBABKAN HUTANG SAYA YG TERTUNGGAK SEBELUM NI.

Unknown said...

Salam Hidayati Arshad, boleh cuba segera apply DMP AKPK dan harap bantuan mereka dapat mengurangkan beban masalah kewangan Puan

Unknown said...

Waalaikumussalam Ina. Asalkan ada sumber pendapatan yang positif, sila cepat-cepat memohon DMP AKPK ye. In Shaa Allah, mereka boleh cuba meringankan masalah Puan

hidayati arshad said...

Sy ada hutang personal loan & kredit kad dekat RM200k. Skg sy keja govt baru sebulan. Persoalannya sy dlm dilema, nk apply akpk atau loan govt, di mana rate interest lebih murah? Utk pngetahuan, sy buat loan yg byk tu sbb ditipu investor sbuah institusi tu. Skg sy mmg dah insaf, tak nak risikokan diri utk melabur byk2 lg. Bantu sy utk bt keputusan yg terbaik, terima kasih.

Unknown said...

Assalammualaikum encik izmal..saya ada loan lama dengan bank Rakyat...dah lama dah saya x bayar..saya ada call bank awal tahun ni untuk bayar sikit sikit tapi bank nak saya bayar 6k dulu baru boleh reschedule loan..saya nak ke akpk boleh ke...macamana caranya...sebap loan nielibatkan gerentor saya...

Unknown said...

Hidayati, AKPK tidak menawarkan loan untuk menyelesaikan hutang. AKPK menawarkan perkhidmatan untuk berbincang dengan bank bagi membolehkan kita mendapat interest terendah dengan bayaran bulanan yang kita mampu, supaya kita lebih berkemampuan untuk menyelesaikan hutang. Tetapi, sepanjang dlm AKPK, akaun kita akan ditandakan sebagai AKPK dan semua bank-bank lain amat sukar untuk meluluskan sebarang permohonan baru untuk loan. Jika boleh settlekan masalah hutang dengan sendiri, boleh settle sendiri. Tp klu tak boleh settle sendiri, boleh mohon bantuan dari AKPK.

Unknown said...

Waalaikumussalam Herny. Untuk memohon program DMP AKPK, boleh rujuk ke website https://www.akpk.org.my/debt-management#dmp_steps. Sekiranya Puan boleh pergi ke mana-mana branch Bank Negara pun boleh terus ke sana untuk ke bahagian AKPK ye.

Unknown said...

salam en.izmal.. pada awalnya saya dapati akaun gaji saya tidak boleh keluar ataupun masuk duit "akaun ditagging", apabila saya cek dgn bank rakyat saya masih BELUM BANKRAP lagi didalam sistem mereka.ada staff bank rakyat menasihatkan saya terus pergi ke AKPK sebelum terlambat.

lalu saya pun ke AKPK & print penyata Bank Negara dan ada terpapar "Bancruptcy" bank rakyat tetapi detail2 amaun pinjaman tidak ada jika dibandingkan ccris Maybank & MBSB saya yg lain yg menunjukkan jumlah amaun pinjaman & tunggakan.

pegawa AKPK berkenaan mengarahkan saya cek status bankrap tersebut dengan tepat di Insolvensi. semasa membuat semakan carian bankrap, ternyata status saya di Insolvensi "TIDAK BANKRAP", mereka kata no fail mahkamah memang ada tetapi saya belum dijatuhkan bankrap kerana "petisyen pemiutang" tiada.

lau saya menunjukkan penyata tidak bankrap tersebut ke AKPK semula, dan mereka menerangkan selagi tidak keluar rekod di Insolvensi saya MASIH LAYAK. saya pun mendaftar secara online utk program DMP-AKPK & dpt appointment kaunseling pada 16mei2016 ni.

soalan saya;1) adakah kes seperti saya tergolong didalam "Tindakan Lanjut Mahkamah" & tidak boleh diselamatkan lagi??

soalan 2) adakah kaunselor akan reject bulat2 kes saya ni terus walaupun Insolvensi nyatakan saya belum bankrap ketika membawa dokumen2 yg diminta nanti?

Unknown said...

Salam Ahmad Firdaus. Sekiranya Tuan ingin memohon DMP AKPK, sila mohon dengan segera dan follow up perkembangan sama ada lulus atau tidak. Tidak perlu panik terlalu awal sebelum pihak AKPK masih belum reject permohonan.

Unknown said...

Assalam encik Izmal
Sy nk tnya bgaimana nk buat penangguhan pembayaran pinjaman bank kerana cuti tanpa gaji satu bulan??

Unknown said...

Salam Luthfi. Sekiranya berurusan terus dengan bank, sila call bank dan berbincang mengenai penangguhan bayaran. Tetapi, berkemungkinan besar, bank tidak dpt memberi apa-apa kelonggaran. Biasanya bank international mungkin boleh bertolak ansur, tapi pengalaman saya dengan bank Malaysia, teramat jarang mereka akan memberi kelonggaran. Jika ini melibat AKPK pula, sila call kaunselor AKPK untuk berbincang.

Anonymous said...

Asmkm..saya penjawat awam..mempunyai personal loan dgn mbsb dgn byrn bulan 18++ dibuat dgn potongan angkasa. saya ada beberapa soalan.
1.apa perubahan yg akan berlaku pd payslip saya .nanti jika join dmp ini..adakah biro angkasa masih
memotong dr akaun gaji saya?
2.jika ia melibatkan gaji..bermakna bhgian kewangan institusi tmpt saya bekerja akan tahu tntg dmp yg saya join ini?
3.adakah ini menghalang saya dr membuat ape tuntutan seperti claim part time dan sebagainya?
4.adakah saya akan dikenakan tindakan tatatertib atau diletakkan dlm 'keterhutangan serius'.

Utk pengetahuan en izmal..selain personal loan saya juga ada 2 kredit kad yg berbaki hmpir 9k. So far saya tkde masalah dgn pembayaran kad kredit.wpun kadang2 byr minimum amaun.. saya tergerakhati nk join amp sebab nk reduce byrn komitmen hutang dan saya perlukn cash flow yg kukuh selain ingin habiskan hutang awal. Saya pernah call mbsb..dn jawapan mereka ialah mbsb tidk lg menawarkn restructuring plan utk pelanggan..pelanggan boleh bertanya ke akpk..apa pendapat en izmal..patutke saya join program ini?
Tq di ats nasihat.
adakah

Unknown said...

Salam. Saya tidak ada pengalaman berkenaan MBSB bersama AKPK. Tuan boleh terus hubungi AKPK di 1-800-88-2575 untuk bertanya dengan lebih mendalam dan tepat.
AKPK amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang. AKPK juga berjaya mendapatkan interest rate yg sangat rendah juga. Jika Tuan ingin menstruktur hutang, boleh memohon AKPK. Cuma, perlu tahu yang ketika dalam DMP, kita akan hilang kuasa untuk memohon loan baru yang mungkin diperlukan untuk mereka yang bijak menggunakan konsep gali lubang isi lubang.

Unknown said...

Hi En Izmal slmt sejahtera, sy ada masalah hutang credit card yg byk sgt smpi 150k. Sy x dpt tdo dn gastrik dn hidup dlm ketakutan. Sy nk mtk pendapat dn nasihat En Izmal patut ke sy jual umah sy utk langsaikan hutang cards atau sy harus gi ke AKPK. Apa nasihat terbaik En Izmal? Tima ksh sgt2 En Izmal.

Unknown said...

Cors Lim, sila mohon AKPK dengan segera

Mohd Fariz Bin Abdul Jalil said...

saya pn masalah macam tu jugak....pening2

Anonymous said...

Hi.. slalunye kalo kita choose nak langsai hutang melalui AKPK, permohonan akan gerenti diluluskan ke?

Pastu, kalo kita under AKPK punye program, kita masih boley g luar negara atau xboley?? risau sbb kdg2 sy kene g outstation luar malaysia

Unknown said...

Program langsai hutang di bawah AKPK perlu dipohon dan akan diluluskan sekiranya menepati syarat-syarat yg ditetapkan. Boleh dpt maklumat lanjut di https://www.akpk.org.my/my/content/198-debt-management-programme-dmp. Sepanjang di bawah program ini, pihak bank biasanya tidak membenarkan permohonan loan baru sahaja seperti loan kereta, loan rumah, kredit kad atau loan peribadi. Selain dari itu, tiada halangan lain (tiada halangan keluar negara, tiada halangan membuka akaun simpanan, tiada halangan berniaga dan tiada halangan melabur)

Anonymous said...

As salam en. Izmal, Saya nk brtanya.. Sy ad mslh dgn pembayaran personal loan Mbsb , dan pihak Mbsb menyuruh sy merujuk perkara ini ke AKPK.. Masalh nye umur sy skrg 31 tahun, selain dr hutg dgn pihak Mbsb, sy juga ad hutg lain da total anggaran hutg2 lain (kredit card , personal loan bnk2 lain) termasuk hutg dgn Mbsb total semula anggaran RM200k . Jika tidak keberatan , Sy ingin meminta pendapat en. Izmal, jika saya merujuk ke AKPK, agak2nye tempoh pembayaran untuk kesemua hutg saya dibawah jagaan AKPK brape lme ye? Sbb saya belum mempunyai rumah sendiri dan sy sedia maklum apabila dibawah pengurusan AKPK, tidak boley mmbuat2 pinjaman perumahan.. Tapi atas komitmen bulanan yg semakin tnggi, saya rase ingin merujuk kpd AKPK untuk menyelaraskan semua hutg2 saye.. Cume tu la.. Sy just nk minta pndpt en. Izmal dgn anggaran hutg total rm200k, brape lame agak2 tempoh pembayaran dgn AKPK.. Sbb sy nk plan untuk pembelian rumah selepas semua hutg saya selesai.. Thanks en. Izmal..

Unknown said...

Salam Lady Valerie. Sekiranya telah lulus permohonan DMP AKPK, AKPK akan meletakkan seorang kaunselor untuk memantau akaun kita. Kaunselor akan call dan tanya berapa banyak duit yang kita boleh bayar untuk settlekan hutang. Kemudian, kaunselor akan kira berapa lama masa untuk habis hutang kita jika bayaran bulanan mengikut apa yg kita bayar tu. Sekiranya kurang dari 10 tahun, AKPK akan terima je bayaran bulanan tu. Klu lebih 10 tahun, kaunselor akan minta bayar lebih sikit bulanan

Unknown said...

Askm.. saya masih ada lagi dengan akpk.. tapi saya ada masaalh.. saya nak beli rumah tak boleh... macam ye nak selsaikan hutang... saya bayar habis... boleh ke hutang tu boleh dikurangkan...dan saya nak berurusan dengan akpk ke ataupun bank yang saya berhutang tu... tolong bagi nasihat.. sebab ada kawan cakap terus pergi bank negara.. nanti name terus bersih...

Unknown said...

Salam. Untuk urusan DMP AKPK, hubungi kaunselor AKPK anda untuk berbincang dan minta pendapat. Sebarang perubahan pada akaun DMP anda, hanya boleh dibuat melalui kaunselor AKPK anda.

Anonymous said...

Kes kereta sy sudah dlelong...baki dlm 35k.sy tdk menerima sbrg notis kmugkinan surat n notis dhantar ke rumah lama sy.sy hnya menerima notis ke 2 bankruptcy..sy kol bnk u setle hal ni..bnk minta blnan dlm 800.sy x mampu then bank suruh sy minta bantuan dgn akpk.30.8.16 sy menerima email drp akpk y sy bjaya mengikut program dmp..dlm masa y sma sy ke akpk mnkla bank pl proceed kes sy dkt lowyer pd 22/8/16...sy dh pun mgikut n mbuat pembayaran pertama dkt akpk u mengaktifkn dmp..sy ada kwn dkt makamah sy minta dye cek nama sy kwn sy ckp nama sy dtg makamah u sebutan kes pd 15/12/16..skrg sy buntu adakah akpk dpt membantu sy..akpk pnh ckp klu ada surat naik makamah bg th dkt akpk.fikran sy becelaru skrg...tlg bntu sy bg pjelasan mgurangkn kbuntuan sy.

Lagi 1..sy tbaca komen2 diatas..hti btambah risau bila baca...adakah smua akuan simpanan dan pelaburan kita dibekukan apabila kita mengikuti program dmp tersebut.tlg beri penjelasan pd sy..

Anonymous said...

salam en izmal saya baru mendaftar dmp akpk.. baki hutang saya dalam 29 k.. bila masuk akpk balance hutang jadi 47 k.. bayaran bulanan drpd 263 jadi 400 sebulan.. memang macam tu ke?

Unknown said...

Noor Hasnida, sila hubungi kaunselor AKPK anda sebagai pengantara. Abaikan notis bank atau notis mahkamah atau "minta tolong kawan cek". Fokus urusan dengan kaunselor AKPK sahaja.
Berkenaan "pembekuan", akaun simpanan atau pelaburan atau apa-apa akaun bukan berbentuk hutang, tidak diselia oleh AKPK dan tidak ada arahan dari AKPK untuk dibekukan.

Unknown said...

Salam. Berkenaan hutang 29k menjadi 47k dan bulanan RM263 menjadi RM400 tu agak kurang jelas. Apabila kita join DMP, AKPK akan berurusan dengan bank untuk ubah hutang kita menjadi term loan dan ini termasuk sekiranya bank ada mengenai cas tambahan sebagai full settlement. Interest bank juga akan dibincangkan oleh AKPK yang biasanya akan dapat rate yang lebih rendah. Kemudian, kaunselor AKPK akan hubungi kita, dan berbincang mengenai berapa bayaran bulanan yang kita hendak bayar. Setelah bayaran bulanan dipersetujui oleh kita, barulah AKPK membentuk jadual pembayaran untuk kita. Jadi saya kurang jelas bagaimana baki hutang dan bayaran bulanan yang awak maksudkan itu disebabkan semua urusan itu adalah perbincangan antara kaunselor AKPK dan kita, ia tidak terjadi secara automatik.

rehan said...

nak tanya personal loan dari rce marketing...adakah selamat utk diambil...sbb nak tutup (full settlement) bank rakyat yg dh ccris.

Unknown said...

Rehan. Saya tak pernah berurusan dengan RCE Marketing. Jadi tidak dapat memberi apa-apa pandangan mengenai kredibiliti mereka.

Anonymous said...

Hai Izmal,

Saya pernah komen entry ni tahun lepas, tentang experience dengan akpk dan target utk settle in 2016. ALhamdulilah, sempena Merdeka 2016, saya pun merdeka dari beban hutang, yay!!. Semoga semua pembaca entry ini dapat manfaat.

Untuk yang dah terlajak berhutang/masalah kewangan, jangan takut utk menghubungi AKPK. Untuk yang belum, mulakan belajar basic kewangan.

-cik miss-

Unknown said...

Tahniah Cik Miss

Anonymous said...

Hi,

Nak tumpang tanya, boleh ke apply untuk Staff Loan di Bank kalau dah berdaftar dgn AKPK ? Saya bekerja dgn Bank tapi bukan di bahagian Finance.

Unknown said...

Hi. Biasanya, bila dah di dalam DMP AKPK, bank tak approve mana-mana permohonan loan kita

Unknown said...

Salam en Izmal

saya follow artikel tuan dari 1st comment hingga latest
banyak ilmu yang saya dapat atas sharing tuan dan pengalaman rakan2
dalam memikir masalah saya berhutang, rupanya masih ada lagi yang hebat cabarannya dari saya. Alhamdulillah saya tiada hutang cc sebab takut dengan nafsu.
dalam banyak komen yang saya baca, cuma ada 1 persoalan major yang masih tak terjawab:
1. bagi kakitangan kerajaan yang ada personal loan dan dipotong melalui angkasa, adakah boleh berurusan dengan AKPK. difahamkan ada TnC dari AKPK
2. Ada sesapa yang boleh kasi penerangan hal ni

terima kasih

Anonymous said...

Salam en izmal.. saya telah berhenti kerja bulan april. saya ada hutang dengan easy rhb dengan bayaran ansuran rm1400 sebulan. buat masa ni saya dah jelaskan untuk tempoh setahun setengah (tiada tunggakan) dann berbaki tiga tahun setengah lagi untuk bayaran ansuran. Boleh ke saya apply untuk program akpk untuk rendahkan bayaran ansuran dengan keadaan saya yang tidak bekerja dengan alasan suami akan sambung bayar hutang personal loan tersebut?
Terima Kasih.

Unknown said...

Salam Mohd Safaruddin. Minta maaf, saya takde pengalaman berkenaan AKPK dengan Angkasa. Mungkin boleh Tuan tanya terus ke AKPK untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai DMP AKPK untuk kakitangan kerajaan.

Unknown said...

Salam. Berkenaan rombakan hutang selepas berhenti kerja, sekiranya Puan boleh handle sendiri hutang, digalakkan Puan uruskan hutang sendiri. Hanya ambil DMP AKPK sekiranya Puan berkeadaan yang tidak mampu untuk uruskan hutang sendiri. Lagipun, salah satu syarat AKPK ialah pemiutang perlu ada sumber income. Berkemungkinan situasi di mana Puan tidak lagi bekerja mungkin menyebabkan AKPK tidak meluluskan permohonan DMP Puan

Unknown said...

jika sya ada hutang yg naik saman thun 2011 masih bokeh akpk schedule byrn utk elak muflis?

Unknown said...

Unknown, jika akaun Tuan belum muflis atau sedang dalam tindakan undang-undang, AKPK akan cuba membantu

Unknown said...

jika sya dah ada sman tahun 2011 (pembiayaan pertanian) masih boleh ka untuk masuk program dmp ni

Unknown said...

Salam Aiza. Tiada masalah. Boleh terus memohon dengan AKPK

siti said...

salam en izmal..sya dh join akpk dlam 3 tahun..baru2 ni saya nak beli kereta memandangkan kereta saya akan abis bayar next year june 2017..dan loan kereta tak termasuk dalam akpk..under akpk personal loan dan kredit card..en izmal rasa sya boleh ke saya dapatkan loan kereta baru..kereta saya dh 9 tahun..cmna caranya..sb ada orang kata under akpk tak ada bank bagi loan..ada tak sesiapa yang dapat beli kereta baru sedangkan dia dalam akpk list..

Unknown said...

Assalammualaikum..sy mempunyai masalah tunggangkan kederaan dan pijaman aeon kredit..masalah yg sedang dihadapi adalah tidak lagi mampu membayar jumlah hutan bulanan yang banyak.adakah akpk boleh membantu??terima kasih.

Unknown said...

Salam Siti. Bank-bank biasanya tidak akan meluluskan sebarang permohonan baru loan walaupun loan yang dipohon itu tidak dibawah pantauan AKPK seperti loan kereta atau rumah. Hanya setelah AKPK habis bayar semua, baru la bank-bank akan meluluskan permohonan loan baru.

Unknown said...

Salam, Unknown. Jika sukar untuk menyelia sendiri hutang-hutang tertunggak, boleh memohon bantuan DMP AKPK. Tetapi, loan rumah dan kereta biasanya tidak akan diselia oleh AKPK. Bagaimanapun, boleh lah tolak pendapatan bulanan dengan hutang-hutang kereta dan rumah, dan bakinya boleh dimaksimumkan untuk uruskan hutang lain yang di bawah AKPK

Anonymous said...

Assalam En Izmal.
Saya ambil peluang bulan ini utk dptkan free ctos score report. Adakah laporan ctos ini telah ambil kira bayaran bulanan dgn akpk sbb total outstanding masih tidak berganjak dari mula dari join akpk. Adakah itu suatu yg normal. Mohon pencerahan.

Unknown said...

Assalamualaikum en izmal
Sy bru start dmp bln ni n da buat bayaran pertama,tp smlm sy dpt surat peguam petisyen pemiutang bertarikh bln 9 & 10,sdgkan kaunselor dmp sy gtau bank xwat g petisyen pemiutang n dmp program pon lulus,jd ad efek ape2 ke kat program ni or sy da bankrup ke?ap ptt sy buat..just ignore or cmne??

Yaya

Unknown said...

Salam. Sepanjang di dalam DMP AKPK, bank akan meletakkan akaun kita dengan satu officer bank tertentu sahaja, dan hanya dia seorang di bank tu yang tahu status bayaran dan baki kita. Kalau call Customer Service pun, mereka tak tahu status akaun kita. Officer terlibat akan pantau pembayaran antara AKPK dgn bank, sehingga la habis bayar. Bila dah habis bayar, baru dia keluarkan release letter pada kita, update sistem online bank dan update CCRIS.

Unknown said...

Salam Yaya. Sila maklumkan pada kaunselor AKPK cik. Kemungkinan besar, kaunselor AKPK akan arahkan untuk abaikan surat peguam terbabit. Bila kaunselor dah arahkan sedemikian, boleh abaikan, dan jika peguam call, bagitau yang cik telah diterima untuk DMP AKPK bermula tarikh sekian.

shami said...

hi... kalau nak rujuk AKPK, nama saya akan diblacklist ke? atau sekadar ccris Ctos sahaja?

Unknown said...

Shami, lebih kurang blacklist sepanjang tempoh DMP AKPK

Unknown said...

Assalamualaikum.. Boleh sy tau x... Sy ada buat personal loan dgn pihak aeon... Sekarang ni nak masuk 3bulan tunggakan dan staff aeon ugut sy if sy xbayar notis pembayaran penuh akan dikeluarkan. So pertanyaan sy boleh ke kalau sy nak apply DMP AKPK?

Unknown said...

Salam Ahmar Mar. Sekiranya tuan tak dapat mengurus sendiri hutang-hutang, digalakkan memohon DMP AKPK

Unknown said...

salam en. izmal,

saya mnjadi penjamin kepada ayah saya untuk pinjamin perniagaan berjumlah rm30000. ayah saya telah masuk ke program dmp akpk, soalan saya adakah saya juga akan di 'tag'oleh bank dan adakah saya masih boleh buat pinjaman di bank?walaupun saya hanya penjamin kepada peminjam yang telah memasuki akpk?

Unknown said...

Salam Zaty Izzati, hanya akaun ayah cik sahaja yang akan dilabelkan AKPK. Akaun cik tidak terlibat sama.

Anonymous said...

Salam Encik Izmal, saya mempunyai hutang kredit kad sebanyak 5k and personal loan RHB sebanyak 14k. Saya juga mempunyai pinjaman ptptn dan mara. Saya juga mempunyai loan kereta dan rumah. Pada pendapat Encik Izmal, perlukah saya memohaon khidmat AKPK? Untuk pinjaman pelajaran seperti ptptn dan mara adakah pihak AKPK dapat membantu?
Terima kasih.

Nurul

Unknown said...

Salam Nurul. Semuanya bergantung sama ada Cik boleh mengurus hutang sendiri atau tidak. Jika mengurus hutang itu mencabar bagi Cik, boleh ambil DMP AKPK

Unknown said...

Assalamulaikum....saya nak tanya...apakah hanya hutangnkad kredit sahaja yang di masukkan dalam perkiraan..tuk memohon.akpk..

siti yusrina yusoff said...

Assalam tuan. Saya nak minta pendapat. Tahun 2013 saya telah beli motor melalui aeon krdit berjumlah 20k. Pada tahun 2014, saya menyerahkan motor tersebut kpd kawan saya utk menyambung bayar. Pada 2017, saya telah dictoskan kerana special account attention oleh aeon credit. Saya dah buat report polis tapi tiada perubahan. Saya nak bertanya, adakah saya perlu terus bayar aeon kredit atau bincang dgn akpk trlebih dahulu? Harap tuan bole bg penjelasan kpd saya. Terima kasih.

Unknown said...

Waalaikumussalam Saadiah. Semasa saya bersama DMP AKPK, AKPK hanya memantau akaun kredit kad dan personal loan saya sahaja, sedangkan akaun pinjaman rumah dan pinjaman kereta tidak diselia oleh AKPK

Unknown said...

Salam Siti Yusrina. Boleh contact direct kepada AKPK untuk mendapatkan kaunseling mereka. Tetapi memandangkan ianya procedure biasa dari pihak pemiutang apabila hutang tidak dibayar, saya rasa mungkin AKPK tidak dpt banyak membantu. Sekiranya mengambil DMP AKPK, mungkin AKPK dpt berbincang untuk mengurangkan bayaran atau mengurangkan interest, tapi mungkin tidak dpt mengelakkan dari terus membayar.

Unknown said...

Hi.nk Tanya ckit klu sye dah full settlement akpk berapa lame tempoh sye boleh buat loan lagi?

Unknown said...

Hi KK. Semasa saya dlm DMP dulu, selepas dapat surat dari AKPK mengatakan dah full settle semua hutang, lebih kurang 2 bulan, rekod CCRIS terus kosong dan dibersihkan. Tetapi, sebelum 2 bulan itu, saya ada keperluan utk buat loan kereta. Jadi, saya submit surat AKPK bersama permohonan, dan bank luluskan walaupun dlm sistem masih ada tag AKPK lagi

Martha Ice said...

salam sejahtera Admin..adakah Pemberi pinjaman Koperasi (Contohnya Yayasan Ihsan,) termasuk dalam penstrukturan DMP AKPK? Terima kasih

Unknown said...

Salam Martha Ice. Sekiranya pemberi pinjaman koperasi berkenaan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, AKPK boleh masukkan dalam program DMP. Tetapi bukan semua loan AKPK akan pantau, walaupun badan berkenaan berdaftar dengan AKPK. Untuk pinjaman bercagar seperti kereta, rumah atau ASB, biasanya AKPK akan minta kita pantau sendiri

Unknown said...

Salam Ramadhan 2017...sy adalah peserta DMP akpk yg baru saja mndftar 2 bulan lepas. Sy nk kongsi cerita sikit...kenapa sy masuk DMP nih..kepada yg ad hutang ribu riban di bank...dn dah lama tak bayar...AWAS..hutang yg tinggal belas ribu boleh cecah lebih 30k kerana bunga...dlm tempoh 2-3 tahun. Itulah yg trjadi kpd saya...tahu2 je ad sykt konsultansi call saya nak tolong saya kes bankrap...haah..bankrap??..dan mereka pos pd saya offer mrk dan sesalinan keratan akhbar...yg ad nma sy sbg kes banrkap. Nasib pula tarikh naik mahkamah betul2 seminggu dr tu...sy mohon pd hakim untuk beri tmpoh..jatuh hukum bnkrap..akhirnya hakim beri tmpoh sebulan...dn dalam sebulan tu juga lah...sy rujuk kpd akpk..dn alhamdulillah sekarang...sy bebas bnkrap...dr satu bnk rhb...dn hutang dr 2 bnk lain juga dimasukkan bersama dgn DMP....sy byr 500 sebulan. Klu bankrap..majikan saya akn berhentikan saya bekerja krn saya kini bekerja sebagai seorang pensyarah. Untuk makluman...akpk akan ambil kes htg kad kred, dn pinj peribadi dn mgkin hutang kereta...namun htg rumah akpk tak ambil dh. Begitu juga htg ahlong dn koperasi...akpk takkan ambil. Jadi..hati2, kita boleh jatuh bankrap tanpa sedar dan bank mmg boleh buat begitu...dn sedar2..bila kita nk cucuk kad kluarkn duit d atm..semua access digntung dn akaun dibekukan...ini juga trjadi kpd rakan saya. Sekian

Anonymous said...

Assalam... Saya ada personal loan dan pemotongan di bwh angkasa. Adakah AKPK boleh membantu mengurangkan potongan angkasa tersebut?

Anonymous said...

Kalau dalam program AKPK boleh ka kita apply loan lain? Or nama kita blacklist or atas budi bicara bank

Unknown said...

Terima kasih Nuwaiy dengan perkongsian ini

Unknown said...

Salam. Berkenaan Angkasa, saya tiada pengalaman mengenai Angkasa dan tidak dapat memberi pendapat yang tepat. Mungkin Tuan boleh anjurkan soalan ni terus ke AKPK di https://www.akpk.org.my/help

Unknown said...

Salam. Berkenaan memohon loan lain ketika dlm DMP AKPK, senang kata, biasanya bank tak akan luluskan pemohonan loan baru selagi nama masih terikat dalam DMP. Ini atas budi bicara pihak Bank, bukan pihak AKPK.

Unknown said...

Bolih Kah AKPK DMP member pergi luar Negara ?pernahkah Encik dihalang pergi luar Negara ?terima kasih

Unknown said...

Hi Chan Zane. Sepatutnya tiada masalah untuk ke luar negara. Saya ada ke German dan Singapura semasa saya masih dalam DMP AKPK dan tiada halangan semasa saya ke sana.

Martha Ice said...

Slm sjatera Envik Izmal dan rakan2 lain...saya dah join AKPK...cuma nak tanya pengalaman sesiapa yang ada loan yang autodebit melalui account gaji (saya punya bank islam)..berapa lama agaknya pihak bank akan menghentikan pemotongan tersebut since Kaunselor suruh inform pada bank secepat yang boleh. satu lagi personal loan cimb..juga autodebit dari account personal cimb. yang cimb dah inform..tapi mcm endah tak endah saja dengan permintaan menghentikan autodebit. sesiapa yang ada pengalaman boleh jelaskan? tq....

Unknown said...

Hi Martha Ice, minta maaf. Saya tiada pengalaman untuk Auto-Debit. Saya memang sedaya upaya untuk tidak menggunakan perkhidmatan Auto-Debit disebabkan support yang slow and tidak reliable. Mungkin boleh apply termination untuk Auto Debit melalui beberapa channel seperti di online, email, di kaunter, sehingga lah bank terbabit bertindak.

Unknown said...

Salam encik izmal...sya ad hutang dengan eon kredit ..td ad cll dr pjbt peguam..sta xdpt nk setelkn..dia ckp akn ambik tindakan kluar waran...boleh x sya nk ke akpk mtk bntyan utk jelaskn scra ansuran...sya ad bnyak hutang...hutang dgn courth boleh x under akpk buat ansuran jg....hutang ni ats nma sya tp bkn sya yg buat..nyesal xguna sbb trlalu prcyakn org..extunang..lgsung dia xbuat byaran..

Anonymous said...

Salam en izmal..
Saya ikuti penjelasan psl akpk ni dari thread pertama dn alhamdulillah hampir faham sepnuhnya.
Soalan saya..
Saya akan pencen lagi pd 2020. Ttapi sy brhutang kad kredit dn komitmen spt brikut :
1. Ambank - 20k (bulanan +-1200)
2. B.rakyat - 6k (byr sebulan 400)
3. Cimb -7k (byr sebulan 400)
4. Aeon -8k ( byr 400)
5. Pinjaman aeon -18k(sebulan 526)
6. Kereta - 680

Jd soalan saya, bolehkah akpk mengurangkn beban byrn hutang2 trsebut dan menyelesaikannya sebelum saya pencen.

Tq in advance.

Unknown said...

Salam Nurul Farahain. Jika nak elakkan kes ke mahkamah, segeralah apply DMP di AKPK. Tp sekiranya kes dah jadi kes mahkamah, AKPK pun tak dapat nak bantu. Berkenaan Court, setahu saya, AKPK tak dapat memantau hutang Court atau hutang mana-mana pihak yang bukan institusi kewangan berdaftar

Unknown said...

Salam. Berkenaan mengurangkan bayaran untuk bersara pada 2020, mengikut pengiraan saya, tiada masalah untuk AKPK menstruktur semula hutang Tuan supaya boleh diselesaikan dalam masa 2 tahun. Tetapi, pengiraan yang lagi tepat akan bergantung kepada kaunselor AKPK yang ambil kes Tuan nanti

«Oldest ‹Older   201 – 314 of 314   Newer› Newest»

Post a Comment