Dalam bulan November 2013, saya sedang tercari-cari produk anti-penuaan. Umur pun dah jejak 35tahun, muka dah tak se"market" ketika zaman muda. Nak atau tak nak, terpaksa mengaku yang wajib menggunakan produk anti-penuaan untuk memperlahankan kesan tua di muka ni.
Berbekalkan budget dalam RM300, saya tahu beberapa produk yang pernah saya guna sebelum ini seperti Biotherm dan SKII yang dapat memberi sedikit kesan positif pada muka saya. Tapi sedikit je lah, bukannya boleh terus jadi mcm sweet 17 dulu.
Dalam terfikir-fikir nak ambil produk yang mana, tetiba rakan saya menganjurkan untuk ambil satu produk baru dari Phytoscience.
"Phytoscience memperkenalkan produk Double Stemcell yang mana cell dari Epal dan Anggur dijadikan produk anti-penuaan. Cara nak guna pun mudah sangat; hanya letakkan serbuk Double Stemcell di bawah lidah dan kemam sehingga ia terlarut dalam air liur. Phytoscience pula ditubuhkan oleh Datuk Seri Lai Teck Peng dan Duta produk ini ialah Datin Paduka Umie Aida. Bukan calang-calang syarikat dan produk ni," antara bait-bait kata yang rakan saya terangkan mengenai produk ini.
"Berapa harga?" anjur saya pula.
Double Stemcell dijual dengan harga RM250 sepeket. Sepeket tu boleh pakai untuk stok sebulan. Tapi, kalau nak murah, boleh join sebagai network marketter.
Phytoscience memperkenalkan 3 level keahlian, iaitu Silver, Gold dan Mobile. Lain level, lain pula kelebihannya. Kemasukan ke level-level ini bergantung pada pakej produk yang perlu dibeli.
Silver - Pembelian 2 Double Stemcell (bernilai RM500) dengan harga diskaun RM270
Gold - Pembelian 12 Double Stemcell (bernilai RM3,000) dengan harga diskaun RM1,620
Mobile - Pembelian 40 Double Stemcell (bernilai RM10,000) dengan harga diskaun RM5,400
Dengan menyertai Phytoscience, semua ahli boleh membeli Double Stemcell dengan harga RM153 sepeket.
Saya teramat berminat untuk mencuba Double Stemcell untuk melihat sendiri kemampuan produk dari Switzerland ini. Memandangkan harga ahli lagi murah dari beli harga bukan ahli, saya terus join sebagai Silver untuk mendapatkan 2 pek Double Stemcell dengan harga yang lebih menjimatkan.
Phytoscience tidak menyesyorkan ahli-ahlinya menyimpan stok, dan Phytoscience sendiri yang akan bertanggungjawab memastikan semua order tiba ke tangan pengguna dengan selamat. Oleh itu, selepas seminggu, dapatlah stok Double Stemcell yang saya order, melalui syarikat penghantaran GDExpress.
Ikuti pengalaman saya sepanjang saya menggunakan stok Double Stemcell saya yang pertama pada post-post akan datang.
No comments:
Post a Comment