Semalam saya sempat mengeteh bersama member saya. Sambil mengeteh, borak-borak kosong dan sentuh juga perihal kewangan. Kemudian member saya buka topik mengenai dia telah pergi ke Courts Nusa Bestari kelmarin untuk membeli barangan isi rumah melalui skim Max Credit ansuran Courts.
Borak-borak yang pada mulanya santai berubah menjadi hangat apabila member saya menceritakan bahawa beliau telah membeli barangan di Courts berjumlah MYR4,200 dan telah dimaklumkan bahawa bayaran ansuran yang dia kena bayar ialah sebanyak MYR240 selama 5 tahun atau 60 bulan. Saya amat terkejut kerana dengan ansuran tersebut dia akan membayar sejumlah MYR14,400. Takkan beli barang MYR4,200 kena bayar sampai MYR14,400. Takkan interest rate di Courts sampai 48% setahun sehingga jumlah interest boleh jadi banyak macam tu. Habis saya bom bermacam soalan pada member saya tapi jawapannya kurang memberangsangkan. Walaupun cuba bersabar, tapi sempat gak sound kat member saya pasal sign agreement tanpa betul-betul faham mengenai cas yang Courts kenakan.
Atas dasar ingin tahu dan juga cuba menyelamatkan poket member saya, saya menerima pelawaan dia untuk ke Courts pada hari ini dan memahami skim ansuran mereka.
Sampai je di Courts, kami disambut oleh promoter yang menguruskan akaun member saya. Dia menunjukkan invois pembelian member saya. Antara nombor-nombor yang masih saya ingat; LG LCD TV 37” berharga MYR1,599 tapi kena tambah “insurans” sebanyak MYR1,199, Mesin basuh semi-auto berharga MYR599 tolak diskaun MYR230 tapi kena tambah “insurans” sebanyak MYR209, beli dining set MYR1,500 tolak diskaun MYR700 tapi kena tambah 3 tahun extended warranty MYR199. Ada beberapa barang lagi yang saya lupa harganya selain dari kos-kos penghantaran MYR89 dan dokumentasi MYR199. Jumlah harga barang sahaja MYR4200, tapi bila ditambah dengan “insurans”, extended warranty dan kos lain, jumlah menjadi MYR8300 dan setelah dikira interest untuk 5 tahun, jumlah semua MYR14,400.
Saya mula mempersoalkan mengenai “insurans” dan extended warranty yang dikenakan. Tapi promoter tu tak dapat beri jawapan yang memuaskan hati. Sampai menggigil tangan rasa marah masa tu. Yelah, mana leh diterima akal beli TV MYR1,600 tapi kena tambah insurans MYR1,200? Nasib baik sebelum saya hilang sabar, datang sorang promoter yang lebih senior dan mengajak saya berbincang di meja (selama ni perbincangan yang mula hot and meletup tu berlaku kat tepi showdesk handphone je sebab promoter tu tak jemput duduk pun). Promoter senior perempuan tu minta maaf sebab promoter tadi masih baru dan mungkin tak dapat jelaskan dengan terang pada member saya masa perjanjian dibuat.
“Insurans” yang dikenakan sebenarnya untuk menyelamatkan Courts. Walaupun setiap barangan elektrik ada waranti syarikat selama setahun, tapi Courts banyak terima komplen dari customer bila barang rosak pada tahun kedua, ketiga dan seterusnya. Biasa la, ansuran sampai 5 tahun, guna barang 3 tahun dah rosak, customer pun komplen la. Barang lum habis bayar tapi dah rosak. Untuk menanggung “kalau-kalau” customer minta waranti selepas setahun, Courts kenakan “insurans” atau “waranti tambahan” untuk menanggung perbelanjaan disebabkan barang rosak. Selepas saya beria-ia cakap taknak “insurans” tu, promoter tu bersetuju untuk menolak semua kos “insurans” dan mengeluarkan surat persetujuan yang kami hanya akan ambil setahun waranti sahaja tanpa waranti tambahan. Maknanya, kalau customer tak tanya atau tak ambil tahu, Courts akan terus menambah “insurans” itu sebagai satu benda wajib.
Perihal 3 tahun extended warranty yang dikenakan pun satu hal. Courts promote giler-giler dalam brochure dorang pasal dorang bagi 3 tahun extended warranty untuk barang-barang dorang. Tapi tak pula bagitau yang 3 tahun extended warranty tu semua akan dikenakan bayaran pada customer. Apa lagi, saya pun suruh dorang tolak 3 tahun extended warranty.
Setelah perbincangan dan menilai semula semua barangan yang member saya beli (ada barangan yang ditukar ke display set untuk dapat harga lebih murah), akhirnya jumlah harga barangan sahaja MYR3,200. Takde tambahan “insurans” dan takde tambahan “extended warranty”. Member saya ambil ansuran untuk 2 tahun, dapat interest rate 1.99% sebulan atau 23.88% setahun (ni pun dah cukup tinggi berbanding skim ansuran lain) dengan jumlah interest perlu bayar MYR1,600 atau MYR205 sebulan. Dari segi kewangan saya masih tak puas hati sebab interest masih agak tinggi tapi terpaksa terima sebab polisi Courts untuk meluluskan ansuran agak longgar.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, sebagai customer atau pengguna bijak, kita mengharap kalau beli barang bernilai MYR3,000 contohnya, bayarnya pun MYR3,000 gak. Tapi kalau ansuran, memang takleh lari dari interest tapi perlu lah kita faham berapa interest yang perlu kita tanggung supaya tak membebankan. Selain daripada tu, setiap sen yang ditambah dalam invois, kena periksa, kena tanya, kena persoalkan sebelum tanda tangan. Sayang duit tu kalau tak pasal-pasal kena bayar kat “insurans” atau “waranti” yang tak diperlukan. Kalau betul-betul perlu atau berbaloi untuk bayar, takde masalah. Tapi kalau kita sendiri tak tahu atau tak nak ambil tahu mengenai apa yang kita bayar, agak merugikan. Jadi, sayangi lah duit anda dan berbelanja la dengan bijak dan berpengetahuan.
9 comments:
kira ramai yg terkena la ea..
tu yg org panggil court maut
terima kasih. ade setengah barang dekat courts memang murah kalo pakai max cover. rupe2nye ade udang di sbalik mee...
I am still not satisfied because still relatively high interest I have to accept the policy reasons Courts to approve the installment loosely.
Every services have a catch. Courts promotes loose T&C for installment approval but putting high interest on their program. If customer able to opt for better deals elsewhere, we should take that offer. If available, I thing the Zero Interest through Credit Card EPP (Easy Payment Programme) would be the best deal to opt for installment.
hai, sy nak bli galaxy tab 10.1 melalui ansuran di courts.ape syarat2 nak wat ansuran kat ctu and berbaloi ke? sbb saya xberapa paham pasal polisi courts ni. sape2 yang tau, leh email kat saya x? prohaiza@yahoo.com. thanks
This is a wonderful opinion. The things mentioned are unanimous and needs to be appreciated by everyone.
Tahniah bro
Cayalah bro
eyh, knpe byk org kat courts usj? diorg ade clearance sale ke? x terpikir org maseh pg courts utk beli alat eletrik..
Post a Comment