Tuesday 3 April 2012

AKPK : AEON Pinjaman Peribadi

Salam dan selamat pagi. Sorry kepada rakan-rakan pembaca sebab lama tak update blog ni. Saya agak sibuk dengan kerja dan tak dapat meluangkan masa untuk berceloteh.

Sedar tak sedar, dah lebih tiga tahun saya di bawah bantuan AKPK. Setiap bulan tak miss bayaran AKPK, alhamdulillah. Ada bank yang hantar statement, ada yang tak, jadi agak sukar untuk melihat secara keseluruhan akaun hutang saya di bawah AKPK. Tapi memandangkan bank-bank pun dah tak ganggu saya melalui telefon, jadi saya pun kurang mengambil peduli sangat mengenai baki pinjaman di bank.

Hingga lah pada awal bulan lepas, saya tiba-tiba mendapat surat dari AKPK. AKPK memaklumkan yang hutang pinjaman peribadi saya bersama AEON telah habis dijelaskan. 



Dahulunya, saya ada mengambil pinjaman peribadi dengan AEON sebanyak RM2,500, untuk 5 tahun dengan kadar faedah 16% p.a.. Ketika hutang-hutang saya diterima untuk dijaga oleh AKPK, saya dapati AEON langsung tidak mengurangkan kadar faedah meraka. AKPK hanya meletakan RM50 dari bayaran bulanan saya untuk dibayar kepada AEON. Tapi, mungkin sebab RM2,500 tu antara pinjaman yang paling sedikit, pinjaman AEON ini berjaya habis dulu dibayar.

Menurut surat AKPK, mereka menolak bayaran bulanan AKPK sebanyak nilai bayaran bulanan ke AEON. Ini memang sedikit sebanyak mengurangkan bebanan untuk buat bayaran AKPK tapi memandangkan dah 3 tahun saya meletakan budget untuk bayaran AKPK, jadi pengurangan RM50 tu tak nampak sangat.

Untuk mempercepatkan lagi tempoh untuk saya mencapai hidup bebas hutang, saya telah menggunakan RM50 yang kurang dari AKPK itu untuk dibayar secara terus ke bank pinjaman yang lain. Dengan ini, bank-bank lain pun akan lagi cepat habis hutangnya.

Dalam keseluruhan hutang saya, Kredit Kad AEON mempunyai nilai kadar faedah paling tinggi iaitu 18% p.a. Saya pun menggunakan lebihan RM50 itu untuk dibayar ke Kredit Kad AEON. Dalam sistem bebas hutang, ini dipanggil teknik 'Avalanche' di mana kita mengutamakan pinjaman yang paling tinggi kadar faedah untuk diselesaikan dahulu. Dengan cara ini, bank yang kadar faedahnya tinggi tidak dapat mengenakan bayaran yang tinggi pada kita. Kaedah 'Avalanche' agak lambat momentumnya, terutamanya untuk menyelesaikan baki pinjaman yang pertama. Tapi kaedah ini makin laju setelah akaun-akaun besar dah selesai dan tinggal akaun yang baki pinjamannya rendah sahaja. Kaedah ini juga paling menguntungkan kita kerana kita mengurangkan duit kita mengalir ke bank sebagai bayaran faedah kepada bank.

Ada satu lagi teknik, iaitu 'Snow-balling' di mana kita bayar pada pinjaman yang paling sedikit dahulu. Apa bila akaun yang sedikit itu dah habis bayar, kita gunakan lebihan budget itu untuk dibayar ke bank yang mempunyai baki pinjaman yang kedua sedikit. 'Snow-balling' agak bagus untuk mereka yang tidak mempunyai motivasi tinggi untuk menyelesaikan baki hutang. Dengan kaedah ini, lagi cepat nampak satu-satu akaun pinjaman berjaya ditutup dan diselesaikan.

Walaupun apa sahaja kaedah yang anda pilih, pilih la yang paling sesuai dengan kita. Jadikan proses bebas hutang kita lagi menyeronokkan dan bermotivasi. Selamat merdeka dari hutang!.

314 comments:

1 – 200 of 314   Newer›   Newest»
Anonymous said...

hello & congrat! me too attached with AKPK almost 8th mth now. I wanted to refinance my hse to pay off my debt which attached in AKPK, but i'm in doubt coz bank will never approve any load to us once we are in akpk or do u hv any idea or knowing anyone in bank that can help.... pls email me at tkstzh27@gmail.com

Unknown said...

You could discuss with your AKPK counselor, whom should be open for any discussion. As far as for my account, AKPK allow me to handle my home financing and hire purchase myself, so I am free to do what needed for that debt. I reckon AKPK may handle it different depends on each case.

aina said...

maksudnya kalau kita dah bawah akpk, pinjaman perumahan dan kereta mmg masih boleh dilakukan la ye?

Unknown said...

Bila kita under AKPK, akaun kita di CCRIS akan ditag sebagai under AKPK. AKPK sendiri tidak blacklist apa-apa, tetapi bila bank yang kita apply loan nampak status kita under AKPK, bank akan lebih strict bila nak approve loan kita. Jadi bergantung pada budi bicara bank dan AKPK tidak ada penglibatan sangat dalam cara kita mengurus kewangan kita. AKPK hanya monitor pembayaran balik hutang yang bawah AKPK sahaja.

Anonymous said...

Salam

Saya nak tanya sedikit. andainya kita menggunakan khidmat AKPK, adakah kita tidak perlu menjelaskan hutang dengan bank lagi tetapi kita hanya perlu menjelaskan hutang dengan AKPK?

Unknown said...

Kalau dikira dari segi konsepnya, kita langsung tidak berhutang apa-apa dengan AKPK. AKPK hanyalah satu badan yang mewakili kita, menjaga hak kita sepanjang tempoh kita menyelesaikan hutang dengan bank. AKPK menjanjikan bank untuk memastikan kita membayar hutang bank mengikut kemampuan kita melalui perjanjian kita, disebabkan itu, AKPK menanggung sedikit risiko untuk kita membuat bayaran hutang ke bank. Dengan ini, bank mungkin bersetuju mengurangkan kadar faedah disebabkan AKPK menanggung sebahagian dari risiko ini. Kaedah pembayaran hutang pula, kita menyalurkan keseluruhan bayaran ke AKPK. AKPK memastikan kita membuat bayaran dan kemudiannya mereka menyalurkan bayaran tersebut ke bank berkenaan tanpa cas apa-apa ke atas kita. Selain bayaran melalui AKPK, kita juga bebas untuk buat bayaran tambahan sendiri ke bank berkenaan untuk mempercepatkan penjelasan hutang.

Unknown said...

khas untuk pekerja kerajaan sahaja ker?

Anonymous said...

Salam sejahtera,

I stumbled upon this blog while googling on AKPK and banks. Nevertheless that i knew someone would share their financial problem in detail and for this i thank u you. FYI i've just enrolled in AKPK DMP programme. The confirmation letter dated on 5th dec 2012. My question:

1) Do i need to go the bank and sign any agreement letter as the confirmation letter by AKPK already cc'ed to them?
2) Since i've been enrolled to DMP programme in December 2012, i received lots and lots of calls from bank's outsource debt collector asking for payment, where as i've already mentioned that i'm in AKPK programme. Your advise?
3) One of my loan account does not show in the online banking system since i'm in the programme. I feel its hard for me to track the payment that has been made . Can i request the bank to put it back in the online system?

Looking forward to ur favourable reply.

Best regards,
AKPK participant.

Unknown said...

Zippor Apor - permohonan terbuka utk semua yg menepati T&C dari AEON

Unknown said...

AKPK participant:

1) No need to go to bank. The bank agent will settled with AKPK. Once the new aggreement settled, they will send letter of notification to us via normal mail.

2) Within the time period of your account being updated with AKPK, banking system may not be very prompt to get notified about you being with AKPK. It takes somewhat 3 months or so for complete update. As long as you have received AKPK confirmation of the effective date, no worries afterwards and just ignore whatever calls or notification from bank.

3) Some bank do not really care about updating you on your current account status after AKPK. some may keep you online statement updated, some may update only via monthly statement and some may only update via yearly statement. You can try to post the request, but it very much depends on the bank to either entertain your request or not.

Anonymous said...

Thank you very much. Happened to read this while just back from few banks. Surprisingly yes, some of them haven't update in the system yet.

Regards,
AKPK participant.

Anonymous said...

saya dah 4 tahun bersama akpk..rM1020 sebulan..ada lagi 3 tahun nak habis..insyaallah

awal2 bank asik call..malah ada yang ugut..ada juga datang suruh sign dokumen lain..tapi pegawai bank mungkin kesian dgn sy dan bagitau sy jangan sign..rujuk ke akpk dulu..sy buat pengaduan rasmi ke akpk..bank tersebut diam..

jadi sapa2 yang baru dgn akpk jika bank suruh sign dokumen..hati2..rujukla kpd akpk dahulu supaya tak terjerat..

Anonymous said...

En Kamal,
Saya dah join AKPK sejak 2008 dimana pada waktu tu mereka yg mempunyai tunggakan pinjaman atau blacklist tidak dibenarkan memohon.
Sehingga kini saya tidak mempunyai sebarang tunggakan dengan AKPK dan lain2 bank.
Saya bercadang untuk menyelesaikan pinjaman AKPK dengan cara membuat pinjaman peribadi dengan mana2 bank/koperasi kerana saya dapat mengurangkan kos bayaran bulanan saya. Masalahnya kenapa pihak bank terlalu -ve dengan pemohon di bawah AKPK sedangkan pihak AKPK menyatakan ianya 100% bergantung diatas budi bicara bank/koperasi untuk kelulusan permohonan.
Apa pendapat En Kamal?

Unknown said...

Bank nak duit dr customer, jd dorang akan ambil customer yg ada duit dan boleh dipergunakan utk dapat keuntungan. Meraka yg sedang atau telah melalui AKPK, bukan sahaja mempunyai sejarah yg berisiko dari segi duit, tp juga telah diberi pendedahan oleh AKPK mengenai nilai wang. Jd bank takut sikit nak dekat org2 yg pernah AKPK sbb susah dorang nak tipu kita ngan servis2 dorang utk dptkan duit kita.

Anonymous said...

sy nak overlap loan lame sy utk buat loan baru tapi bank xluluskan sbb sy berurusan dgn AKPK sdgkan jumlah yg sy nk buat overlap tu same dgn jumlah loan lame..xganggu pun bajet yg sy kene bayar kpd AKPK. ade x mane2 koperasi yg boleh bantu sy utk buat loan overlap tu?

Unknown said...

Minta maaf, saya kurang pasti dgn koperasi yang mungkin lebih open kepada status AKPK. Cuma yang mungkin sedikit mengkonfiuskan, mengapa awak nak buat loan baru untuk bayar loan lama dengan nilai yang sama? Ini akan menyebabkan pengiraan interest akan overlap dan awak rugi berganda2.

Anonymous said...

ade x bank yg boleh lulus kan loan utk buat settlement akpk..?

mohon pendapat

AKPK participant

Unknown said...

Nak tanya..even though kita buat bayaran AKPK sprt yg dah d tetapkan..we still can pay directly to the bank ikut kemampuan kan? tu ke maksud Avalanche & Snow-balling tu?

Unknown said...

Fara Wana Ismail, ya, utamakan dulu bayaran ke AKPK dan klu ada duit lebih, masih boleh top up direct ke bank. Malah ini teramat digalakkan sebab dpt mempercepatkan pembayaran balik.

Anonymous said...

Tq en kamal.saya ni dah pening dgn debt collector.dulu penah pi akpk n hadiri cramah tapi member cakap akpk ni kburukam itu ini.sampaila en kamal cerita ni buat saya bsemangat balik.semoga Allah mmberi ganjaran pahala pada en kamal sebab bantu saya yg dh runsing gila ni.trima ksh skali lg

Unknown said...

Sama-sama. Gembira dpt membantu. Dlm personal financing, mmg perlu kita survey dan tanya2 sebelum membuat keputusan. Tp biarkan sumber maklumat tu dari yg benar, yg dah menlalui atau berpengalaman dlm satu2 hal, supaya maklumat kita pun lebih tepat. Bila berckp pasal wang, kdg2, lebih byk spekulasi dari yg betul sbb isu wang agak sensitif dan emosi sedikit.

Anonymous said...

salam. sy terfikir nk guna khidmat akpk ni.tp ada org kt bl nama under akpk nama akn blacklisted, smpi hutang dgn akpk hbs dijelaskan. alamak..stkt ni nama sy tk blacklisted, tp ada hutan dgn bank lbh kurg dl 15k. utang kredit kad n personal loan. agknye akpk boleh ke tlg settlekn semua tu so that byr kt akpk rendah sikit wlpn tempoh masa pnjg..ke mcm mana advise u? thank :)

Unknown said...

Sesiapa under DMP AKPK secara amnya, mmg akan diblacklist dan tak boleh buat apa-apa pinjaman baru dan semua kad kredit kita terbatal (tak boleh guna). Di bawah DMP AKPK, pihak AKPK akan fight untuk bank tukar hutang kredit kad ke term loan dgn interest rate yang rendah mengikut budi bicara bank. AKPK juga akan mengarah bank untuk menerima berapa sahaja bayaran bulanan yg telah AKPK tetapkan dan biarkan tempoh hutang settle terbuka (mesti bawah 10 tahun). Bayaran bulanan pula ditentukan apabila councellor AKPK menghubungi kita dan berbincang mengenai bayaran tetap bulanan yang paling selesa bagi kita dan dlm masa yg sama boleh settle hutang bawah 10 tahun.

Anonymous said...

Hai,saya nak tanya.saya ada buat pnjaman dgn kowaja.tp since 2011 june.sy tak byr sbb brhnti keje.nw debt collecter rce marketing.asyk cl suh byr.bla kata sy nk g akpk,dia kata akpk takkan layan saya sbb pnjm dh 80k nw.sy pnjm 20k je.nw paksa sy byr 10k,then sy kata tak blh.dia kata 5k.n sy kata blh byr 1k je.tp saya ragu2 dia suruh sy bnk in ke akaun rce marketing.apa pendapat awak ya?bnk tak pnh htr apa2 notis pada saya.debt collector tu kata sy penipu la..n paksa sy pnjm along.n paksa jugak byr.mcm mane sy nk selesaikan?kne bwk doc apa?akpk terima tak?tq.

Unknown said...

Paling utama, jgn sesekali pinjam along. Klu pinjam along, mmg xde sape dah boleh tolong, AKPK pun x dpt nak bantu klu ada hutang along. Boleh terus contact AKPK untuk bantuan. Klu x ambil DMP dgn AKPK, masih boleh rujuk dorang untuk consultancy atau councelling. Boleh check website dorang kat http://www.akpk.org.my atau contact AKPK kat 1800-88-2575. Collection agent mmg pakar dlm ugut-mengugut, sbb dorang mmg xde keje lain selain ugut pun. Sebelum buat apa2, rujuk AKPK untuk pastikan tindakan tu betul.

Anonymous said...

kalau dgn AKPK bulanan x dpt bayar macammana ?




Anonymous said...

saya ada hutang dlm 200k...personal loan n cr card...skrg cuba refin rumah...minta pandangan samada nak refin rumah atau under akpk. Kalu x lulus refin...saya plan nak ke akpk...mohon pandangan.

Unknown said...

Sy xde pengalaman lak apa jd klu x byr AKPK. Tapi rasanya, AKPK akan batalkan DMP kita, dan kita perlu berurusan sendiri dgn bank untuk settlekan hutang. Dan AKPK takkan bagi kita apply untuk DMP lagi disebabkan rekod buruk kita.

Unknown said...

Sekiranya boleh refinance rumah utk dpt capital untuk bayar hutang, patut dicuba dulu sebelum ke AKPK. Tp kena buat kira2 dulu dan nilai diri mengenai bagaimana kita leh berhutang smpi 200k tu dulu. Sbb takut lepas refinance rumah, hutang 200k x abis bayar, pastu tertunggak lak hutang rumah yg baru direfinance tu. Sekiranya boleh uruskan kewangan sendiri, leh usaha sendiri. Klu tak faham selok belok financing, better ke AKPK.

Anonymous said...

sye blacklist hutng keta sbyk 40k jd sye nk tye adakah akpk leh jlskan 40k tu kt bank jd sye byr kt akpk sje?

mrakz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mrakz said...

Klu ada hutang dengan rhb asb kena black list ker x...klu blakclist akpk bleh ker tolong kita

Unknown said...

Mrakz, pinjaman berlandasan ASB adalah antara pinjaman yg paling selamat dan kurang risiko untuk pihak kita dan pihak bank. Sekiranya kita tak dpt bayar bulanan, bank hanya perlu membatalkan pinjaman kita, tebus sijil ASB yg dicagarkan, tolak cas2 denda dan pulang balik duit baki pada kita. Klu bank terpaksa tutup akaun, dorang boleh gak blacklist kita sebab rekod kita x bagus. Klu kita sendiri tau yang kita takleh nak maintain loan tu, baik terus ke bank dan mohon close akaun sendiri sebelum bank yg terpaksa bertindak

Anonymous said...

saya ada loan dgn along.. nyesal sangat2 nak minta bantuan akpk apa yg ble dibantu erk??

Unknown said...

Klu dilihatkan syarat2 AKPK, mmg dorang xleh nak buat apa ngan hutang along. Tp, klu ada hutang bank2 lain, mungkin AKPK boleh tolong ringankan sikit beban hutang bank supaya ada duit yg cukup utk settlekan ngan along tu. AKPK sekadar boleh berbincang dgn bank utk bagi kita interest rendah dan bayaran bulanan rendah je. Rasanya khidmat perbincangan tu, AKPK x cover lak utk along

Anonymous said...

salam nak tanya....kalau hutang 15k..
bulanan akpk rm 170...amik masa berapa tahun..coz hubby lupa lak... tq

Anonymous said...

Salam, saya nak tanya, saya ada kad kredit , tapi saya hanya kad kedua suami kad utama, yg saya risau skrg ni bank 'nak keluarkan saman sbb pembyran tak cukup, saya yg guna kad tu sepenuhnya, tp suami tak pernah gunakan kad dia, dan suami tak tahu yg bank nak saman, boleh ke saya mengadu ke akpk tanpa bawa suami saya? Mohon pendapat dari tuan. Terima kasih.

Unknown said...

Agak susah nak kira sbb bergantung pada interest yg bank beri. Tp, klu hanya satu bank sahaja, dan interest 9% setahun, boleh settle dlm 91 bulan atau 7 tahun setengah.

Unknown said...

AKPK ada perkhidmatan kaunseling. Boleh tanya dorang untuk pendapat sahaja. Dorang takkan amek ape2 tindakan, sekadar bg nasihat sahaja. Tp klu nak amek DMP mereka (debt management program), perlu la yg berhutang tu yg apply sbb semua urusan adalah rasmi dan x boleh guna nama-nama org lain. Dlm hal ni, paling penting, bincang ngan suami dulu. Hal saman menyaman bukan hal main-main dan bukan hal yg boleh sembunyi under table je mcm tu. Klu kes dah masuk mahkamah, AKPK pun xleh nak bantu lg.

Anonymous said...

Saya baca diatas smuanya melibatkan masalah kad kredit jika melibatkan hutang kereta akpk bleh membantu

Anonymous said...

Assalam, saya pun under DMP AKPK. Sekadar nak berkongsi pengalaman. Financial saya agak teruk dan dah biasa sangat turun naik mahkamah. Nasihat saya pada yang bermasalah, cuba berbincang dengan AKPK dahulu. Saya pernah disaman bankrup tetapi kerana tindakan pantas mendapatkan bantuan dan menyertai DMP, kes bankrup dibatalkan. Sudah 2 tahun menyertai DMP dan satu akaun telah bersih.

Anonymous said...

salam saudara Izmal,

jika dapat penjelasan..
saya terlibat dalam akpk..tahun ke 5
bayaran bulanan saya adalah RM800...

sebelum bertukar kerja.. gaji saya dibayar pada 7hb setiap bulan, sekarang gaji saya dibayar pada 24hb setiap bulan..

tempoh masa untuk saya membuat pempayaran pada akpk adalah berapa lama?
contoh bulan oktober ; dari haribulan ke berapa sampai haribulan keberapa dalam bulan oktober, tempoh untuk saya membuat pembayaran. Saya macam pernah terbaca (tak ingat dimana) ada menyatakan tempohnya adalah dari 1hb oktober - 31 hb oktober bagi tempoh bayaran bulan oktober (contoh). adakah begitu? juga seterus bagi bulan bulan yang lain..

terima kasih.

Anonymous said...

salam.

saya nak tanya.saya ade buat permohonan loan pembelian kereta.urusan semuanya dealer utk penghantaran dokumen ke 3 bank termasuk aeon

sebenarnya saya tidak suka dgn aeon sb terlalu banyak mendengar tentang keburukan akibat dr meminjam dari aeon....so adakah saya automatik di kira berhutang dgn aeon(sekiranya lulus) tetapi saya menolak permohonan saya tu walupun saya tidak atau belum menandatangi sebarang dokumen perjanjian loan kereta.

adakah prosesnya sma dgn bank yg mana memerlukan pemohon dtg ke bank utk urusan tandatangan dokumen sebelum kereta di serahkan...atau AEON ni jenis tanpa tandatangan pun boleh.atau AEON serahkan wang pinjaman terus kpd dealer kereta dan memaksa kita utk bersetuju dgn loan walaupun bank lain ade offer.

macam man aye

Unknown said...

Untuk bayaran AKPK, antara 1 hingga 31 setiap bulan, pastikan ada bayaran. Tak kira di awal bulan atau di akhir bulan. Asalkan dlm bulan tu ada bayaran, AKPK kira settle untuk bulan tu.

Unknown said...

Sepanjang pengetahuan saya, peminjam tetap perlu sign agreement dulu sebelum sebarang wang dipindahkan kepada peminjam. Selagi belum sign agreement, urusan pinjaman belum benar-benar selesai.

WebNet Solution said...

Izmal, Adakah AKPK akan amik semua jumlah tertunggak kad kredit (interest + hutang) atau hanya amik jumlah kegunaan kita (hutang) sahaja semasa kira2 dijalankan? contok kad kredit saya hanya digunakan sebanyak 5k tetapi jumlah tertunggah telah mencecah 17k? jumlah yang mana satu akan diguna pakai oleh pihak AKPK?

Unknown said...

WebNet Solution : Pengiraan hutang ketika akaun diserahkan kepada AKPK, ialah outstanding balance ataupun jumlah tertunggak. Maksudnya, klu kad digunakan 5k, tapi disebabkan tertunggak dah lama, interest meningkatkan jumlah tertunggak ke 17k, jadi jumlah yg diambil kira AKPK nanti adalah 17k.

Anonymous said...

saya ada persoalan..saya dah buat personal loan dengan bank...so sebulan bayar hampir 1800...bagaimana AKPK boleh bantu untuk saya kurangkan bayaran monthly dan percepatkan pembayaran atau penyelesaian dengan bank?

Unknown said...

AKPK hanya bantu mereka yg diluluskan utk DMP dorang je, biasanya utk kes2 yg x boleh nak bayar bulanan. Klu xde masalah bayaran bulanan, x perlu ambil DMP dgn AKPK, dan teruskan utk menguruskan kewangan sendiri.

idham said...

Hutang dengan Aeon lagi 2 tahun 3 bulan. Bulanan Rm186.80. Mcm ne nk settlekan dgn cpat htang Aeon 2.

Unknown said...

Idham, Klu hutang tu adalah Personal Loan, just follow jadual pembayaran je. Takde sebarang faedah atau kelebihan untuk mempercepatkan bayaran balik Personal Loan. Klu ada duit lebih untuk bayaran tu, lebih baik uruskan duit tu ke perlaburan contohnya, dari digunakan untuk bayar lebih ke Personal Loan

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Izmal. Sy juga DMP AKPK. Alhamdulillah, dah dekat 2 thn lebih ikut program ni. every month maintain bayar. Sy bercadang untuk membuat personal loan untuk membeli Tanah. tetapi, memandangkan komen2x di atas agak -ve, terpaksalah padamkan shj keinginan. Mesti ada yg bertanya kenapa tidak membuat pinjaman hartanah kan? Klw ikutkan hati mmg nak, tp untuk downpayment tu yg problem. so, nak x nak kna buat jgk personal loan. Atau ada sesiaopa yang punya pandangan, nasihat dan idea yg lain?

Unknown said...

Waalaikumussalam. Berkisar mengenai nak buat pinjaman atau apa2 servis dari bank, soalan yg pertama perlu kita tanya, ialah mengapa nak buat pinjaman? Hanya buat pinjaman sekiranya kita merancang untuk jadikan duit pinjaman itu sbg ibu duit atau nak menarik income baru seperti buat pelaburan, atau menaiktaraf rumah yg boleh menaikkan harga rumah, utk beli hartanah yg boleh naik harga satu masa nanti. Tetapi klu meminjam semata-mata utk mencukupkan duit harian atau berbelanja atau melancong, disarankan jgn meminjam. Sekiranya nak buat pinjaman pula, perhatikan secara teliti kadar interest. Cari yg interest terendah. Interest personal loan, rata2 masih tinggi, dlm lingkungan 9% hingga 12%. Interest utk pinjaman bercagar pula adalah rendah seperti refinance rumah, cagaran emas dan perak, cagaran Sijil Simpanan Premium atau ASB, boleh dpt dlm lingkungan 4% hingga 5%, jauh lebih rendah dari personal loan. Jadi, ambil tahu mendalam pasal interest dan selok belok kewangan, dan buat keputusan yg cermat dan bijak supaya kewangan kita tidak terbeban dgn liabiliti2 yg x perlu.

Unknown said...

Salam En.Izmal saya azdin. melalui program AKPK ni sy belum memahami lg. dan dalam perancangan.Di sebalik kisah saya ini sebenarnya saya telah pun buat refinance rumah pada bulan julai th lepas...dan letter offer pun telah di tandatangan dan bermakna loan saya sudah lulus. tapi disebabkan proses valuer-loyer lambat dan sekarang ni dokumen dari valuer pula telah berlaku kesilapan jadi proses refinance rumah saya ini berlaku kelewatan yg saya sendiri tidak boleh terima. saya refinance rumah saya ini pun nak selesaikan hutang saya yg tertunggak sudah masuk 4bulan. jika saya menyertai program AKPK adakah akan mengganggu proses refinance rumah saya ini?..dan adakah loan saya yg telah lulus akan ditarik balik.? terima kasih krna membantu.zudeendiver@gmail.com

Unknown said...

Azdin, semuanye bergantung sama ada refinance rumah dah diluluskan oleh bank atau x. Klu dah, x jadi apa2 pun, sbb biasanya AKPK x manage home loan. Tp klu belum diluluskan dan nama Azdin dah di"tag" oleh AKPK, ada kemungkinan bank refinance itu akan lebih ketat sikit utk meluluskan refinance tu.

siti aminah said...

Salam..
Sy kurang fhm lg mgnai konsep akpk ni..berkenaan hutang kita yg diuruskn oleh akpk.adakah hnya hutang yg tidak bkaitan dengan potongan slip gji yg diuruskan atau ksemua skali?mohon pnjelasan..tq.. :)

siti aminah said...

Salam..

Sy x brp fhm lg bkenaan konsep akpk ni..adakah mreka hnya akan uruskan hutang yg tidak berkaitan dlm slip gaji atau keseluruhan hutang termasuk komitmen luar?
Mohon penjelasan..tq.. :)

Unknown said...

Siti Aminah, sekiranya AKPK meluluskan kita utk join program debt management mereka, mereka akan menilai tahap hutang kita dan merangka plan utk menjelaskan hutang dan berbincang dgn kita. Hutang yg dibantu oleh AKPK bukan melibatkan hutang pemotongan gaji atau tidak. AKPK akan memberi keutamaan kepada "un-secured loan" seperti kad kredit atau personal loan. Dari pengalaman saya, loan bercagar seperti home loan atau car loan, AKPK akan benarkan kita uruskan sendiri.

lili said...

salam.. saya hutang card 13k+. dah restructure tapi hrtu hilang kerja so tak bayar. saya nak pegi akpk tp ramai pulak yang kata nanti susah la sebab even after dah setel pun bank taknak bagi loan. saya belum ade rumah, kereta pun belum ada. kalau betul macam tu, memang takde harapan la jawapnye nak berumah kan.
saya nak discuss dengan bank kot2 boleh continue je dengan amount restructure yang dulu tu without bayar bulan2 yang dah tertunggak. kalau tak boleh and bank mintak lumpsum, memang akpk la jawapnye.
tapi, yang part mmang takkan approve loan even after dah setel akpk tu betul ke?

Unknown said...

Lili, ada kemungkinan gak selepas AKPK, susah nak dpt loan baru. Bukan disebabkan AKPK, tp sbb bank2 yang xnak bagi loan utk org2 yg pernah ada sejarah xleh nak bayar balik hutang. Klu rasa boleh settle hutang sendiri tanpa bantuan AKPK, mmg digalakkan cuba settle sendiri. Klu dah xleh settle, sebelum bank ambil tindakan mahkamah, baik ke AKPK

Anonymous said...

hai, saya nak tanya pendapat semua,hutang saya tak berbayar almost 4 tahun total 5 bank,jumlah dahj cecah 70k campur interest,elok tak i pergi akpk,berapa i kena bayar kat akpk.

beehaa said...

Salam en izmal
Sy ada pertanyaan nk dibuat
Sy baru je g akpk dan kaunselor kira sy kena byr rm600 mula2 sy setuju.
Bila sy tny blk lebihan tgl berapa dia ckp dlm rm50..tp dia ckp suami kan ada...
So sy dh sign n reg dmp online. Bila dh blk umah sy kira semula..lebihan gaji dh tolak duit skolah anak duit minyak duit bil....tgl lah rm300 nk buat banje makan...mana nk ckup...x de buat savings la jwb nya...maybe nilah maksud kaunselor tu suami kan ada..
Boleh ke sy nk mintak kurangkan payment as i have 10 days to make my 1st payment.

Thx..

Anonymous said...

Salam Encik Izmal,

Juz nak tanya. kereta saya baru je kena tarik and due date 21 hari pun tgl bape hari je lagi. since last year saya mengalami masalah kewangan dan tak mampu nak bayar kereta sy. adakah akpk dapat membantu saya? adakah kereta saya still akan dilelong walaupun saya telah mendaftar kepada akpk?

TQ

Anonymous said...

Q1 ) I am a member of AKPK - we supposed to pay AKPK by end of every calendar month .
Noticed in bank statement amount paid by AKPK can be 1 or 2 weeks later and
bank statement shows there's penalty charges for late payment . Why are we charged ?
I find a lot of things they charged and is it correct ? Does not looks like is reducing but
increasing in debts ?

Q2 ) Can we discuss on the monthly installment to be reduced after joined the program after
few years ?

Thanks

Unknown said...

Once you are in AKPK, your account will be handled separately from the bank system. Sometimes, that AKPK account did not link to your current account, thus any calculation on the AKPK account balance does not reflect to the system. When the system auto generate the statement, it keep on using the current account instead of the AKPK account. In short, the statement is not accurate. In order to know your actually balance, have to contact the bank's credit department and specifically asked the bank agent that monitoring your account.

Yes, you can discuss anything with your counselor.

Anonymous said...

As salam saudara. Saya gagal utk buat loan dari mana-mana bank dan syarikat kewangan kerana ctoz menjadi penjamin. Saya ada hubungi AKPK dan diminta untuk menyediakan penyata baki pinjaman. Tetapi, pegawai bank berkenaan memberitahu saya masalah saya tidak akan selesai sekalipun saya pergi ke AKPK bahkan yang mendapatkan untung adalah peminjam berkenaan. Pegawai berkenaan mencadangkan agar saya membuat pinjaman di bank berkenaan dengan syarat saya membayar baki pinjaman tersebut. Tapi pada pendapat saya still peminjam tu yang untung..apa yg perlu saya buat..pergi ke AKPK atau buat loan di bank tersebut? Terima kasih
=

Unknown said...

Jika menghadapi masalah pinjaman, boleh hubungi AKPK utk consultancy. AKPK bukan sekadar menawarkan Debt Management Program, tetapi juga consultancy utk nasihat. Sebarang khidmat AKPK adalah percuma dan tidak dikenakan bayaran. Bank-bank tidak suka jika peminjam menghubungi AKPK kerana AKPK akan menjaga hak kita sebagai peminjam.

Unknown said...

Saya tidak pasti AKPK dpt membantu masalah kereta tarik atau tidak, tapi boleh contact AKPK utk khidmat nasihat mereka

Unknown said...

Beeha, boleh contact counselor utk berbincang. Counsellor terbuka utk sebarang perbincangan mengenai status kewangan semua.

miche said...

saya mempunyai personal loan sebanyak rm28000 ttgk selama 2 thn. saya takut diistiharkan bangkrup sebab ada kwn hutang mencecah rm30000 trs minta rujuk insovensi. adakah AKPK boleh membantu?

Unknown said...

mr izmal, saya nak tanya apa kelayakan untuk mengikut program DMP ?, dlm kes saya .. saya menpunyai personal loan rm28k.. dn telah 2 thn tertunggak.. layak ke saya mengikuti program tersebut?

Unknown said...

Miche, syarat DMP adalah belum diisytiharkan bankrup dan mempunyai sumber pendapatan yg positif. Sila contact pihak AKPK dan mohon DMP dengan segera.

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih kerana menulis dan menjawab soalan-soalan di sini Encik Izmal. In sha Allah pahala untuk anda. Saya juga ada kemusykilan. Suami saya telah hilang pekerjaan dan sekarang usia 52 tahun. Suami ada hutang peribadi Bank Rakyat berbaki RM42K dan tertunggak 5k, Hutang rumah Bank Islam RM90K, Kad kredit MBF 3K, hutang kereta CIMB (tak ingat jumlah). Masalah sekarang, suami saya tiada pendapatan kerana tidak bekerja. Adakah suami boleh mendapatkan khidmat DMP.

Soalan kedua, suami saya ada sebuah kereta yang tiada hutang. Adakah jika berdaftar dengan DMP, kereta tersebut perlu dijual bagi membayar hutang tertunggak.

Soalan ketiga, akaun pinjaman rumah ada juga nama saya sebagai penama kedua. Adakah saya juga akan dikira mempunyai rekod dengan AKPK. Saya masih belajar, belum bekerja dan belum ada kereta atau rumah. Jadi saya risau saya juga terkekang untuk membuat apa-apa pinjaman di masa akan datang.

Terima kasih.

Unknown said...

Min Aina : Memandangkan suami puan tiada sumber pendapatan positif, ada kemungkinan pihak AKPK tidak meluluskan DMP sbb pendapatan positif ada salah satu syarat2nya. Puan masih boleh hubungi pihak AKPK utk meminta bantuan kaunseling.

Anonymous said...

Perlu ke hadir ke pejabat AKPK untuk masuk ke program DMP tu? Atau hanya boleh melalui telefon? Sy ada hutang kad kredit RM 10K dan rasa terbeban untuk membayar rm900+ setiap bulan. AKPK boleh membantu ke?

Unknown said...

Utk permohonan AKPK, boleh buat secara online sahaja. Sekiranya permohonan diluluskan, boleh juga berurusan secara online dan telefon.

Anonymous said...

Salam En Izmal,

Saya dibawah program DMP tahun ke 5.Sebab berhutang dgn 5 buah bank dengan anggaran 60k.buat masa ni, Bayaran melalui akpk adalah RM800..
Sekarang, saya dah ada pendapatan yang agak baik- Alhamdulillah.
Jadi saya nak selesai satu persatu hutang dgn bank A,B.....E. ertikata lain setiap bulan, sebuah bank akan saya lumpsump full settlement!... pendapat en izmal:
1. Adakah cara ini terbaik?
2. perlukah saya membayar RM 800 melalui akpk setiap bulan dalam masa yang sama saya selesai hutang terus ke bank bank berkenaan.
3. adakah lebihan bayaran melalui akpk akan saya terima semula sekiranya saya melakukan dua perkara tersebut serentak tanpa melanggar syarat akpk.( tidak tertunggak bayaran bulanan).
4.Adakah Pihak bank akan bekerjasama dengan kita untuk meminta baki penuh untuk full settlement.
5. sekiranya kesemua hutang lapuk tersebut selesai. Adakah pihak bank akan clearkan segala rekod kita yang terdahulu kalau nak nak buat pinjaman lain pada masa akan dating.. (beli rumah atau kenderaan)
6. Pengalaman encik izmal setelah bebas hutang melalui akpk.. untuk membuat pinjaman di bank sekiranya ada....

maaf banyak sangat soalan..

terima kasih..

-pekerja seberang tambak-

Unknown said...

Pekerja Seberang Tambak

Bayaran RM800 wajib dibayar ke AKPK. Tak boleh miss walau sebulan pun. Klu ada duit lebih, boleh buat bayaran tambahan ke bank2 yg berhutang tu tanpa lalu AKPK. Nak bayar lump sum pun boleh. Tapi, jangan miss yg RM800 ke AKPK tu melainkan AKPK dah bagi notis mengenai pengurangan bayaran AKPK

Jika terlebih bayar ke AKPK ketika hutang di bank dpt kita jelaskan sendiri, pihak AKPK akan pulangkan bayaran yang terlebih byr dlm tempoh lebih kurang 2 bulan.

Pihak Bank akan bekerjasama cuma teramat payah sikit utk dptan jumlah baki. Ini disebabkan akaun kita tidak lagi online dalam sistem, tetapi telah dipindahkan ke agen collection. Dan hanya agen collection itu sahaja yg tahu baki akaun kita. Klu ketika kita hubungi bank dan agen tu tiada di pejabat, tiada siapa dapat bantu mendapatkan baki sebenar akaun kita.

Setelah settle hutang di bank, pihak AKPK akan meminta pihak bank utk update CCRIS. Begitu juga sekiranya semua hutang yg dipantau AKPK telah dibayar, AKPK akan update CCRIS juga. Selepas semua settle, kalau print laporan CCRIS, mmg clean sheet (tiada apa2 rekod lapuk)

Selepas debt free bersama AKPK, mungkin ambil antara 3 hingga 4 bulan untuk semua bank dan AKPK update sistem masing2. Bila kita telah benar2 dibersihkan dari mana2 sistem DMP, tiada masalah untuk buat pinjaman baru, jika perlu

Anonymous said...

salam en.izmal,
saya nak bertanya boleh ke saya join akpk jika personal loan dgn bank rakyat? monthly sya dgn bank rakyat lebih kurang 1300..boleh ke akpk kurangkan byran bulanan tersebut..?

Anonymous said...

Salam WBT

Saya ada personal loan yang berjumlah RM113K dengan tempoh bayaran balik 15 tahun.
Rasanya dah 3 tahun buat ansuran bulanan (RM1032K sebulan).Masih berkerja seperti biasa
cuma komitmen makin tinggi dan beban kewangan makin hari makin terasa.Dulu anak kecil
lagi tapi sekarang sudah besar, belanja pun jadi besar juga.

Saya bercadang hendak mengurangkan sedikit sebanyak bayaran bulanan tersebut kepada
bank pembiaya.Adakah AKPK ada perkhidmatan/kaunselor berkenaan?.

Sekian,terima kasih.

Unknown said...

Bank Rakyat juga termasuk dlm kelolaan AKPK. Jika tuan diluluskan DMP dgn AKPK, personal loan Bank Rakyat tu akan dimasukkan sekali dlm DMP

Unknown said...

AKPK ada menawarkan perkhidmatan kaunselling percuma. Boleh rujuk jadual kaunselling AKPK di http://www.akpk.org.my/services/financial-counselling/counselling-schedule.

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan Tuan :)

Ada atau tidak kalkulator/pengiraan jumlah pengurangan ansuran bulanan tersebut?.
Sekiranya ada dan saya boleh jadikan contoh (buat kira-kira sendiri dahulu).Maklumlah,
bila dah join AKPK, pro dan contra kena dicongak juga.

Salam WBT Tuan

Unknown said...

Pengurangan ansuran bulanan tidak tetap. Ini bergantung pada perbincangan antara pihak AKPK dan bank. Perbincangan mereka akan menentukan berapa byk kadar yang bank sanggup tawarkan pada akaun kita.

Anonymous said...

Salam.. nak tanya.. saya br buat restructuring payment dengan bank rakyat..dari 599 ke 300 sebulan dan ader 4 peringjat shedule sampsi habis pinjaman saya..setiap perigkat akan ader peningkatan bayaran yg ditentukan oleh pihak bank..soalan saya.. payment restructuring nih akpk ker?.. sebab setahu saya..tiada nego atau perbincangan ngan counsrllor dari bank negara dan urusan hanya di peringkat bank rakyat. Kalau macam nih... bolehker saya mohon utk dptkan loan lagi?.. sebab... even sy try utk mohon loan2 lain.. other banks said cannot approve my loan... naper pulak yer? Boleh bg nasihat tak? Tq

Unknown said...

Salam. Restructuring payment dgn bank rakyat tiada kena-mengena dgn AKPK ye.

Anonymous said...

Hi...i just received call from some agency who advised me to go for AKPK....However, before i proceed, i need to know the following if it will effect me.

1) Will i be ban from travel overseas?
2) Will all my credit card being cancelled?
3) Will i be able to apply for housing and car loan?
4) I am currently working as a branch manager and I am authorised to sign the company cheque....will it affect this?

Look forward to hear from your advise soon...

Unknown said...

1) Why does "some agency" advised you to go to AKPK? Is it regarding debt management? AKPK has few services including consultation (which do not lock you to any system) or Debt Management Programme. Only if you are taking AKPK DMP, will you need to signed contract. If you are in its DMP contract:
- Travel oversea : Not ban
- Credit card : Yes, all will be cancelled
- New housing and car loan : Yes, will not be able to be approved for new loan
- Company cheque : Not affected

Anonymous said...

Dear En. Izmal Hussein,

Thanks for your reply & it's really help me to think it again...

Anonymous said...

As salam En Izmal,

Saya tengah buntu skrg memikirkan personal loan utk saya dgn suami yg terlalu tinggi bayarannya utk 20thn. Kami buat personal loan utk beli rumah pada tahun 2010. Buat masa sekarang saya membayar RM1030 sebulan dan suami saya RM1600. Kami tidak bermasalah dlm pembayaran bulanan kerana potongan melalui Angkasa. Pada pendapat En Izmal, jika saya dan suami pergi ke AKPK adakah itu cara yg terbaik utk mengurangkan bayaran bulanan kepada bank sbb buat masa kami tidak mempunyai tabungan simpanan kerana terlalu byk membayar hutang...harap en Izmal dapat membantu sekian terima kasih...

Unknown said...

Pinjaman perumahan menawarkan interest yg terendah berbanding loan-loan lain. Saya agak terkejut jika Puan mengambil personal loan (yg interest tinggi) utk membeli rumah sedangkan loan rumah lebih rendah interest. Saya syorkan, buat refinancing utk rumah Puan ke mana-mana home loan yang interest rendah.

Anonymous said...

sy ade htang kereta dan sekarang dh jadi court order.ptut ke sy pergi ke akpk?gji bersih saya pn dah rpat ptngn 60% jd mmg ssah nk wat loan lg

Unknown said...

Sekiranya berkeinginan utk menyelesaikan masalah hutang tetapi tidak tahu caranya, mmg patutu rujuk ke AKPK dgn kadar segera

Anonymous said...

assalam hye en kamal....sy btanyakan bagi pihak suami sy..suami sy br joint akpk 2 mggu lps.ms tu akpk ckp 7 hr proses utk tntukan layak atau tidak. esoknya sy dh stat buat byran mcm yg dipersetujui antara suami dgn pihak akpk utk jelaskan rm300 (1st pyment)..ini utk hutg kad kredit suami.masalahnya skg phk bank msh lagi mggangu dan mhubungi suami sy di pjbt..bgaimana cara supaya pihak bank tak mgganggu kami lagi ? harap blh bantu sy yea,tq

Unknown said...

Mmg tempoh untuk maklumat AKPK ke bank ambil masa. Kadang sampai dekat 2 bulan. Dlm tempoh 2 bulan tu, teruskan bayar pada AKPK seperti yg telah dipersetujui. Klu bank call, cakap je dah approve AKPK. Bila bank2 dah proses aggrement puan dgn AKPK, baru mereka stop call. Sementara tu, sabar je lah. Pastikan juga simpan surat aggrement yg dapat dari AKPK yang menyatakan tarikh mula aggrement dgn AKPK ye. Surat tu amat penting sekiranya bank ambil tindakan undang-undang. Asalkan ada surat AKPK yg menyatakan tarikh mula DMP, lawyer pun takkan ganggu.

Anonymous said...

Saya mempunyai htg dgn mbsb ,190 k blnn rm1200 n thn ke 5 meningkat rm1400 ,htg d luar slip gaji ambank,eon n kowaja boleh kah saya joint dlm DMP AKPK mengurangkan byrn blnn utk semua pinjan yg telah saya nyatskan tersebut termasuk byrn kereta di ambank ,mohon bantuan,terima kasih

Unknown said...

Melalui program DMP, AKPK hanya akan mengawal selia badan kewangan yg di bawah pantauan AKPK sahaja. Walau bagaimanapun, AKPK boleh memberi khidmat nasihat dan kaunseling utk membantu kita mengawal hutang dgn badan2 yang bukan di bawah pantauan AKPK juga.

Unknown said...

Salam.. saya nak tya saudara, saya ada personal loan dgn MBSB,bank Rakyat dan Koperasi..jumlah potongan bulanan rm 1305.32. dan saya ada berhutang dgn court mamooth sebanyak rm 350 sebulan. Saya telah mengambil cuti tanpa gaji dan gaji saya berhenti selama 7 bulan. dalam tiada gaji saya ada cuba membayar bagi mbsb,bank rakyat dan court mamooth sebanyak yang mampu.MBSB dan Bank Rakyat saya mempunyai tertunggak 5 bulan ,koperasi 7 bulan. dan hampir 6 bulan dgn court mamooth. Pada Febuari 2015 gaji saya telah berjalan seperti biasa dan potongan bulanan seperti biasa.Namun bank terutama MBSB mendesak sy membayar jumlah tertunggak,begitu juga bank rakyat.saya tidak mampu untuk bayar baki tertunggak tapi saya mampu untuk potongan bulanan seterusnya.Adakah saya perlu ke akpk..dan bg court mamooth mereka bagi tahu saya ingin beku akaun dan minta sya bayar jumlah keseluruhan kerana telah lama tertunggak.bole kah akpk bantu sy untuk court mamooth ini juga..terima kasih

Unknown said...

Jika tuan tidak boleh handle sendiri hutang, boleh ke AKPK utk konsultansi atau cuba memohon program pengurusan hutang mereka. AKPK akan membantu utk MBSB dan Bank Rakyat. Tp saya tak pasti untuk Koperasi dan kemungkinan juga tidak pada Court Mammoth.

Anonymous said...

Salam Encik Izmal,

Saya di bawah program DMP masuk tahun ke-5. Ada 5 tahun lagi nak selesai bayar, InshaAllah. Bayaran melalui AKPK adalah RM1500. Akhir bulan Mac 2015 nanti bayaran meningkat ke RM1750 sehingga habis 5 tahun.

Masalah:
Bolehkah saya mohon bayaran bulanan melalui APKP tidak dinaikkan (tetap atau dikurangkan RM1500) sehingga hutang saya selesai memandangkan saya sekarang adalah ibu tunggal dengan 3 orang anak. Masih bekerja seperti biasa, cuma komitmen semakin besar dan beban kewangan semakin hari semakin terasa.

Terima Kasih...

Unknown said...

Saya rasa bayaran dinaikkan sebab AKPK nak settlekan hutang sebelum jangka 10 tahun sbb tu adalah tempoh maksimum AKPK. Tp jika ada masalah dgn pembayaran, boleh hubungai kaunsellor AKPK anda utk berbincang

zz said...

Salam Izmal.

Good info.

Kes sy dlm 3 thun akan abis DMP. Ingat bonus tahun ni nak abiskan dan buat settlement.
Bila tanya AKPK, kita kena pergi bank2 dlm list DMP kita tu utk dptkan balance terkini sebelum buat bayaran.

Ada sesiapa yg ada pengalaman dlm buat settlement tak, takut nanti pergi bank, bank masukkan balik interest charges dlm balance kita tu.
Pernah dpt yearly statement dr Citibank, diorg debitkan balik interest charges tu.

Jazakallah, tq

Unknown said...

salam zz,

kalau ada duit lebih buat je full settlement. tp tanya dulu bank, ada tak offfer untuk full settlement? dulu saya dapat 60% off.

Unknown said...

hi izmal ,
i need to refinance my house but currently under akpk,
i try submit to bank but reply reject coz akpk. what should i do?
pls advice

Unknown said...

Alex, as long as you are under AKPK, most likely none of the bank will give you loan. You will need to clear AKPK, clear the AKPK tagging in your CCRIS record and only then bank may approved your new loan.

Unknown said...

ZZ, klu boleh buat full settlement, mmg teramat digalakkan la. Makin boleh kurangkan interest. Tp utk berurusan ngan bank tu, mmg amat leceh. Sbb akaun kita dah tak online dlm sistem, tp dijaga secara manual oleh collection agen bank. Ada agen tertentu yang jaga akaun kita, jadi tak boleh nak berurusan dgn orang lain. Kena cari nombor phone sampai dpt bercakap ngan agen tu, minta dia kira full settlement dan boleh bincang klu boleh dpt diskaun. Bila dah tahu berapa full settlement, boleh gi bank utk bayar. Bila kt kaunter pulak, bagitau kita nak full settlement akpk, dan kaunter akan lagi sekali call agen collection untuk confirmkan berapa, pastu baru proceed bayar kt kaunter. Akaun akpk tak online dlm sistem, jadi statement auto-printed dari bank langsung tak boleh pakai sbb tu statement akaun lama, sebelum akpk

Anonymous said...

tq zz and Hanif,

kebetulan AKPK ada bukak booth kat company, so bila diskus, officer AKPK Kuantan Branch willing to help. dia akan dptkan total loan and balance o/standing drpd banks utk memudahkan saya. normally kes mcm ni, AKPK boleh layan dan akan tolong, cuma mgkin info tak sampai katanya.

so skrg tgh tgu officer tu reply, and banks reply to him asap.

will share bila dah ada progress nanti. tq

SERUM QLIMAX BANGI said...

Assalam... AKPK ambk ke kes2 spt pinjaman koperasi dan bnk MBSB

Unknown said...

assalam encik izmal,
sy illa,husband sy pernah wt loan peribadi nge koperasi tp lps sthn dia xbyr sb xde kerja..so skrg dia dh kerja..ari 2 ada org koperasi call tmpt kerja husband sb nk keluarkan surat isytihar bnkrup..loan dia dl 10k tp skrg xthu bpe tnggkan..kalau husband sy g AKPK utk selesaikan mslh ni blh ke?
terima kasih

Unknown said...

Illa, ya, boleh cuba memohon DMP di AKPK utk bantu mengurus hutang tu

Anonymous said...

Hi, how do we check our AKPK restructured outstanding balance, interest rate, terms etc for a newly approved AKPK applicant? In the AKPK approval letter it's said that the Bank will contact us. Will the bank send us a notice? Or should we call up the bank and speak to the officer in charge? I tried calling the bank officer incharge of my case but first I couldn't reached him for weeks cos he was on holiday and then when he's supposed to be back his phone is engaged throughout the day for days! Also, will the bank asked us to sign any letter offer on the bank's part for this DMP program? Should we also notify the bank officer in charge of our AKPK approval personally(besides AKPK informing them)? I'm with ambank, fyi.
Thanks

Anonymous said...

assalam en izmal..
saya nani...saya ada ez loan RHB dan kad kedit RHB sebanyak rm20k...mbf kad (3k)...bayaran bulanan rm800 utk semuanya...bank rakyat (bulanan rm1800)..BSN (bulanan rm1300)...saya nak cuba kurangkan bayaran bulanan untuk semua loan...dah phone bank yang terbabit tetapi dia orang x membantu langsung...tiada tunggakan kecuali mbf ...itupun sebulan je...boleh x AKPK bantu untuk mengurangkan bayaran bulanan...sbb skrg ni ada high komitmen....is it advisable to go to AKPK?...need ur opinion...dah x nak buat loan lain dah..thanks in advance...

Unknown said...

SERUM QLIMAX BANGI, semua institusi kewangan yang berdaftar dengan bank negara boleh diuruskan oleh AKPK

Unknown said...

Once you are with AKPK, for any info on your latest loan balance with bank, will need contact the bank and get in touch with the specific agent that handle your case. Only that agent may help you with the balance information since your account are longer accessible by their normal system. As soon as you received AKPK acceptance letter, you no longer need to communicate anything to the bank. If they happen to call you and asked you to pay them the loan, just tell them that you are already under AKPK and they should contact AKPK for any arrangement for your account

Unknown said...

Salam Nani. Ya, boleh dapatkan khidmat nasihat atau DMP AKPK

Anonymous said...

Assalam,sy nk tanya,brp lamakah tempoh rehat utk sy memohon personel loan setelah selesai penbayaran AKPK?Buat pengetahuan En Izmal,sy sudah terima released letter dr kesemua bank2 dan telah memaklumkan kepada Bank Negara bln lps.CCRIS dan CTOS sy pun dh clear.

Unknown said...

Jika semua dah clear antara AKPK dan bank-bank, dah boleh buat loan seperti biasa.

Anonymous said...

Salam en ikmal.. saya tersilap dan saya ada buat pinjaman peribadi ogos tahun lepas sebanyak rm87k dgn bank rakyat.. bayaran bulanan adalah sebanyak rm977/sebulan.. saya ingin mengurangkan jumlah bayaran kepada rm500 sebulan jika boleh.. adakah pihak AKPK boleh membantu saya dlm mengurangkan jumlah bayaran bulanan itu mengikut kemampuan saya?

Unknown said...

Boleh. Tp saya syorkan berbincang dengan pihak Bank dahulu untuk mengurangkan jumlah bayaran. Jika tidak berjaya, baru cuba ke AKPK untuk DMP.

Anonymous said...

Assalam En Izmal
saya azizah.....saya ada personal loan
di bank rakyat,bank islam dan mbsb dgn
Bayaran bulan sebanyak rm4200. Saya juga
ada pinjaman perumahan kerajaan rm960 sebulan.
saya akan bersara 1 jun 2015 dgn pencen
rm3600 sebulan.Adakak akpk menerima pesara?

Unknown said...

Pn Azizah, sepatutnya tiada masalah untuk AKPK luluskan permohonan DMP asalkan puan ada pendapatan positif yang tetap seperti pencen.

Rabiatulaini Hashim said...

Assalam En Izmal..
Saya da overlap bayar bulanan kereta. dan dengan gaji sekarang susah untuk saya bayar untuk bulan tunggakkan saya.. tiap bulan saya bayar sebulan untuk kereta tapi still x luak yang tunggakkan tu.. sebab gaji bersih saya cukup untuk pergi balik kerja.. AKPK boleh membantu x?

Unknown said...

Assalamualaikum...sy pernah hubungi akpk..sy cdg nak restruktur/kurangkan bulanan pinjaman mbsb dan kowamas..tp jawapan akpk,mereka tidak boleh restruktur bg pinjaman mbsb dan semua koperasi...betul ker?

Unknown said...

Rabiatul, boleh cuba hubungi AKPK dan bagi detail loan yg tertunggak. Dlm kes saya, AKPK hanya membantu utk pinjaman peribadi dan kredit kad sahaja. Pinjaman rumah dan kereta, AKPK tak ambil alih

Unknown said...

Ikhwan, mungkin juga. AKPK hanya dpt bantu utk bank-bank atau institusi kewangan yang mendaftar dengan BNM. Sekiranya MBSB atau koperasi tidak mendaftar dengan BNM, kemungkinan AKPK tak dpt bantu.

Anonymous said...

Seawal mana selepas approval AKPK baru Boleh kami check baki selepas restructuring Dan interest rate kita dgn bank? Selepas seminggu? Sebulan?? Atau kauselor kita yg akan memberitahu kami ttg interest rate baru? Trima kaseh.

Unknown said...

Bergantung pada bank yg terlibat. Selepas dpt surat kelulusan dari AKPK, boleh ambil masa 2 hingga 3 bulan, baru bank-bank update akaun kita.

Anonymous said...

Saya under DMP AKPK. Cuma kenapa bank tak bagi buat pinjaman kerete sdgkan kereta satu keperluan? Bagaimana nak minta AKPK bantu untuk saya buat loan kereta sahaja?

Unknown said...

Kalau nk beli kereta..apply akpk lepas x?

Anonymous said...

Salam izmal......sy dh bc smua mslh dan jawapan sdr.....penjelasan yg padat, tepat dn sronok baca.....trima kasih daun keladi......sdra seorg yg sgt budiman dn bg sy anda komited dgn kerja.....mlayan smua soalan dgn tenang skli.....trima kasih izmal...sy dh paham bnyk ttg akpk hnya mlalui jwpn2 yg sdra ketengahkan.....hanya Allah yg dpt mmbalas jsa baik anda

Irina Il Miah said...

Saya masih dlm program dmp akpk. Boleh ke saya jual rumah saya semasa saya masih berada dlm program akpk ni? Tq

Unknown said...

AKPK membantu menyelesaikan hutang, tanpa sebarang cas dikenakan. Tetapi, bila seseorang itu di bawah DMP AKPK, bank-bank yang akan ragu-ragu untuk meluluskan hutang disebabkan bank berasa risiko tinggi memberi hutang baru kepada mereka yang masih belum menyelesaikan hutang lama. AKPK tidak dapat membantu untuk membuat hutang baru, dan AKPK pun tidak bertanggungjawab sekiranya bank-bank tidak mahu bagi hutang. Cara terbaik, settlekan hutang yang tertunggak secepat mungkin. Bila dah selesai DMP dengan AKPK, dah tiada masalah untuk uruskan kewangan kita dgn lebih bijak dari sebelum ini

Unknown said...

Nizar Zalil, saya kurang jelas soalan encik mengenai bagaimana penglibatan AKPK dalam hal beli kereta. AKPK membantu kita mengurus hutang sahaja

Unknown said...

Irina Il Miah, AKPK tidak terlibat dgn jual beli apa-apa aset pun. AKPK cuma membantu menguruskan hutang sahaja. Klu nak jual rumah, takde apa-apa penglibatan AKPK. Tetapi, jika jual beli rumah atau kereta melibatkan membuat loan atau hutang baru, bank-bank berkemungkinan besar tidak akan meluluskan sebarang pinjaman sekiranya kita masih di bawah DMP AKPK

SYIRAHRUDIMAN said...

Assalam.. En Izmal.. mohon pencerahan, saya bekerja sbg penjawat awam. Gaji bersih saya telah pun melebihi 60%. Kalau ikutkan penjawat awam tak boleh melebihi 60% sebab akan dicharge keterhutangan yang serius dan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Bolehkah saya merujuk kepada AKPK berkenaan masalah saya ini? Saya berhasrat untuk mengurangkan jumlah pinjaman saya kerana saya baki gaji bersih saya tak mampu untuk menampung taraf hidup skrg. Adakah MBSB termasuk didalam senarai BNM? kerana salah satu akaun pinjaman peribadi saya adlah dengan MBSB? Bagaimanakah cara AKPK memproses bayaran bulanan sekiranya potongan gaji saya melalui ANGKASA? mohon En Izmal bg pencerahan. Terima kasih.

Unknown said...

En SYIRAHRUDIMAN, sekiranya tuan rasa bermasalah untuk menguruskan hutang bulanan, sila lah hubungi AKPK di 1800-88-2575. Boleh dapatkan khidmat nasihat dulu sekiranya situasi tuan tidak perlu melalui DMP. Sekiranya situasi tuan perlu DMP, mohon lah DMP dan selesaikan masalah hutang mengikut garis panduan AKPK

Unknown said...

Salam bagaimana kita terlewat buat bayran pada tarikh ditetapkan...dan mendapatkan sms mengatakan akaun telah ditamatkan...bolehkah kita buat rayuan. Sekian

Unknown said...

Eija, cuba hubungi kaunselor utk bincang mengenai status akaun dgn kadar segera. Sepatutnya, jika kita rasa kita mungkin miss bayaran bulan tu, dah kena hubungi kaunselor secepat mungkin, jgn tunggu sistem bagitau yang dah lewat bayar. Dlm perihal kewangan peribadi, mengelak dari berbincang mengenai masalah kewangan, adalah sesuatu yg amat merugikan.

Anonymous said...

Salam Tuan Izaml, sy baru berhenti kerja dan ads komitmen dgn bbrp loan bank. dlm usaha utk dptkan kerja baru, minta tuan kiranya boleh bg cadangan yg baik utk sy memohon penangguhan bayaran dgn pihak bank hingga sy dpt kerja baru?

tq

Anonymous said...

hi tuan izmal, kiranya settle hutang dgn AKPK, brp lama tempoh utk status AKPK akan clear dari CCRIS report?

Unknown said...

Dalam kes saya, 2 bulan selepas pembayaran terakhir ke AKPK, semua rekod bank telah diupdate dan CCRIS dibersihkan.

Unknown said...

Sekiranya ada masalah untuk melangsaikan bayaran, boleh call pihak Bank untuk berbincang. Ada pihak Bank yg menghargai perbincangan kita dan menawarkan cadangan-cadangan untuk mengurangkan bebanan bayaran. Jangan abaikan Bank atau abaikan bayaran sehinggakan pihak Bank memindahkan akaun kita ke Collection Center. Bekerjasama dengan pihak Bank biasanya lebih mudah dari berurusan dengan Collection Center.

Unknown said...

Salam en izmal. Saya buat personal loan dgn Aeon 5k dgn bayaran balik 5 tahun tapi pihak bank hanya luluskan 3k bayaran balik selama 5 tahun jugak dengan jumlah keseluruhan bayaran balik saya 6k(saya ade mintak kurangkan 2 tahun tp pihak bank x boleh ubah ) tp pihak bank janjikan yg saya boleh buat full payment walaupn pembayaran xsampai 5 tahun dan bayaran balik x kan cecah 6k sbb bank akn kire ikt brape thun yg saya bayar.masalah nye skrg ni saya da buat pembayaram bulanan selama setahun dan buat full payment tp saya di kena kam bayaran 6k jugak mcm saya ni berhutang selama 5 tahun . Ade nasihat x untuk ni?

Unknown said...

En izmal saya ade soalan ingn brtanya mngenai personal loan yg saya da buat dengan Aeon

Unknown said...

Unknown, ya, kalau personal loan memang begitu. Tiada kelebihan sekiranya bayar awal. Setelah personal loan diluluskan, keseluruhan bunga yg perlu dibayar, akan terus masuk ke dalam akaun hutang. Bayar lebih bulan-bulan atau bayar full settlement takkan memberi kelebihan. Di situ adalah ruginya kita bila ambil personal loan. Apa yg saya boleh nasihatkan, dalam semua jenis urusan bank, sila baca Syarat-syarat (T&C) betul-betul sebab itu adalah hitam putih perjanjian. Jangan bergantung pada apa yang bank "cakap". "Cakap" tu mesti bertulis dalam perjanjian, baru lah boleh pakai. Setelah menandatangan perjanjian, segala apa yg bertulis, terus termaktub secara undang-undang dan "cakap" yang tidak bertulis boleh diabaikan disebabkan tak boleh nak diambil tindakan undang-undang.

Unknown said...

Aisy Iris, ya, sila bertanya

Unknown said...

En Izmal,buat masa ini saya tidak ada perkerjaan selama 6 bulan disebab majikan saya teleh retrench, saya masih mencari kerja tapi??? saya ada hutang bank untuk kad kredit, kereta dan rumah, bolehkah APKP membantu saya untuk mengkurangkan bayaran bulanan saya? Isteri saya masih berkerja.

Unknown said...

Mahesh Waran, salah satu syarat untuk menyertai DMP AKPK, ialah pemohon mesti mempunyai sumber pendapatan yang positif. Sekiranya Tuan tidak bekerja, permohonan DMP AKPK mungkin tidak akan diluluskan

Unknown said...

tetapi isteri saya masih ada pendapatan, bolekah ini membantu saya untuk memohon APKP?

Unknown said...

Mahesh, saya rasa mungkin tidak boleh begitu, menurut syarat-syarat DMP AKPK. Tp Tuan boleh hubungi terus AKPK untuk berbincang bagaimana boleh AKPK membantu dalam masalah Tuan

Unknown said...

Boleh bg no akpk x,sya prlu perbincangan n pandangan pihak akpk,sya fauzi dr nilai n9

Unknown said...

Fauzi Jusoh, boleh hubungi AKPK di 1800-88-2575

Anonymous said...

Thanks sharing pasal AKPK, xramai yang nak cerita pasal akpk ni...Kesilapan kenal dengan orang, sudahnye nama saya berhutang hampir 200k dlm bentuk credit card dan personal loan.

Saya masih dalam program DMP AKPK, Alhamdulilah, hidup lebih tenang daripada gangguan org2 bank. Target betul2 utk setelkan hutang, insya Allah pintu rezeki luas terbuka. 70% saya sudah setelkan dan ade lagi 30%. Target 2016 akan habis. Yes!!

Sambil busy bayar2 akpk dan uruskan hidup, dont worry and enjoy life. Sempat lagi bercuti2 oversea. Urusan harian semua pakai cash, dan debit card skrg pun accepted worldwide :-)

-cik miss-

Unknown said...

Thanks, Cik Miss. Mmg AKPK DMP banyak membantu dalam menguruskan hutang dan menenang kekusutan kepala asyik memikir hutang. Tapi ramai masih berpandangan negatif kepada AKPK disebabkan bila bersama AKPK, akan susah nak buat hutang baru. Masih ramai lagi yang sanggup bergelumang dalam hutang lama dan hutang baru, daripada meminta bantuan AKPK untuk jadi orang yang bebas masalah hutang.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Sy baru shj dapat notis bankrap. and bank pon sudah send notis utk freeze saving acct sy.. sy buntu.. sy sedih sangat..

dahulunya sy bekerja sbg kakitgn kerajaan. sy cuma sempat bekerja selama 2 tahun tahun 2012 sy berhenti kerja disebabkan masalah kesihatan. smpi sekarang sy tidak bekerja. sebelum sy berhenti kerja.. sy ad buat kerja partime.. sedangkan pd waktu tu sy mmg tiada apa2 komitmen.. melainkan duit digunakan utk bg family and makan minum, byr umah sewa, and belanja. itu sahaja. setelah 2 tahun bkerja and sblm sy mengambil keputusan utk berhenti kerja, sy ada meminjamkan duit kpd sahabat sy atas dasar percaya and kesian tanpa mmbuat perjanjian hitam putih. Dan dia berjanji utk bayar semula. itulah kali pertama sy tahu pasal LOAN. sy buat personal loan utk die hampir 100k. setelah sy berhenti kerja.. dia tidak mbayar lgsg duit sy.. sehingga bank call sy.. sehingga surat mahkamah smpi.. and sy serabut dengan panggilan dr bank.. pergi mahkamah utk mitak masa utk byran pon.. lawyer 3x tak dtg.. sy smpi kul 8pagi.. tp lgsg tiada.. start drpd lg la buat sy malas utk berunding and keep ignoring.. smpi la surat bankrap tiba di tgn sy.. skrg hutang sy hampir mencecah 130k.. personal loan shj.. sy mmg tidak pernah apply mane2 kad kredit and taknak lgsg.. buat loan hanya niat utk tolong org lain.. tp diri sendiri merana.. sy runsing bagaimana utk menjalani kehidupan selepas ini.. acct sudah dibekukan.. simpanan tiada.. masih belum mmpunyai rumah dan kereta.. bagaimana akan dtg jika sy nk beli rumah dan kereta?? masih ade peluang ke utk sy memiliki semua itu and membina aset.. hmm..

lepas baca apa yg ditulis dlm blog ni.. and baca sendiri pengalaman org lain cara prosedur utk setelkan.. hati ini sedikit lega.. mmg ade baca keburukan and kebaikan akpk.. tp sy faham semua tu.. and sy nk bertindak utk setelkan dgn akpk..

Unknown said...

Betul tu. Dalam menjaga kesihatan kewangan peribadi masing-masing, kita kena cepat bertindak, jangan melarikan diri dari bank dan pantas berdepan dengan masalah kewangan. Dan walaupun perit untuk terima, tapi memang secara lumrahnya, kita tidak boleh terlalu mudah percaya orang lain (pihak bank lagi la jangan mudah percaya) dalam menggunakan wang kita.

Anonymous said...

tq en. izmal sbb jwb soalan sy and atas nasihat..
sy ad lg bbrp soalan nk tnya :
1. Kalau kita dah under list.. acct saving sekarang mmg freeze terus ke?? itu je acct tempat duit keluar masuk.. camne??
2. Boleh ke kite berniaga / menjadi pengedar produk company dlm malaysia / international sekiranya komisen dibayar melalui acct saving skrg?? apa status saving acct pd company yg membayar komisen??
3. sy tidak bekerja selama 4 tahun, tetapi masih berniaga.. cuma 6bulan ni sy stop berniaga jap dsbbkan menjaga ayah yg sedang sakit.. adkh efect sekiranya AKPK minta dokumen yg berkaitan komisen bulanan dan adakah sy masih boleh minta bantuan dan nasihat dr AKPK utk bantu sy wlpn pendapatan tak seberapa??
4. Sy kurang jelas apa itu program DMP.. and masalah mcm sy boleh ke masuk dlm program DMP jika boleh membantu smpi sy setel kesemua bayaran??
5. mohon nasihat dan cadangan bg sy keluar dr masalah ni secepat mungkin.. hm.. tq

-missnib-

Unknown said...

Missni:

1. Di bawah DMP AKPK, hanya sebahagian akaun yg berkenaan pinjaman sahaja akan dibekukan seperti kredit kad dan personal loan. Akaun simpanan, semasa, pelaburan dan sebagainya, tidak ada apa-apa kesan.
2. Tiada halangan untuk berniaga
3. Sesiapa sahaja boleh dapatkan khidmat nasihat AKPK, tiada syarat. Tapi, untuk join DMP AKPK, perlu ada pendapatan positif, tak kisah lah pendapatan untuk berupa makan gaji atau berbisnes.
4. DMP bermaksud Debt Management Program. Bila orang berhutang di bank dan bermasalah untuk selesaikan hutang, boleh memohon join DMP di bawah AKPK. AKPK akan mengsyorkan semua bank membekukan akaun pinjaman dan status kita dari membuat pinjaman. Selepas itu, AKPK akan berbincang dengan bank yang memegang akaun pinjaman kita untuk mendapat tawaran pengurangan interest rate. Hasil dari perbincangan itu, kita perlu serahkan bayaran hutang kepada AKPK dan AKPK salurkan kepada pihak pemiutang bank.

Anonymous said...

assalamualaikum en. izmal,

sy baru menerima surat dr jabatan insolvensi yg mengarahkan sy utk bertemu mereka dgn mmbawa dokumen yg diarahkan. soalan sy :
1. jabatan insolvensi tmpt utk declare individu yg bankrap or jbtn yg memainkan peranan mcm AKPK??
2. sy perlu ke jabatan insolvensi dahulu br ke AKPK atau sebaliknya?? atau pergi salah satu utk memudahkan sy merujuk pembayaran pd satu pihak?? sbb sy niat mahu minta bantuan dgn AKPK.
tq.
-missni-

Unknown said...

Miss ni:
1. Jabatan Insolvensi ialah tempat menyerah diri untuk mereka yg bergelar bankrap. Insolvensi bukan mcm AKPK.
2. Sila ke AKPK dahulu, dgn harapan belum terlambat. Salah satu syarat AKPK DMP ialah mereka yg masih belum diisytihar bankrap. Jika dah dpt surat bankrap, sama ada masih belum terlambat utk AKPK, saya kurang pasti. Jd segera la ke AKPK utk kepastian.

Anonymous said...

Assalamualaikum En Izmal, Sy baru bulan ni dalam program DMP AKPK ni dan telah membayar amount sebanyak yg diminta ke kpd AKPK ke akaun mbb yg meraka bg, sy nak tanya selepas pembayaran untuk pertama kali ni, perlu ke sy pergi ke akpk untuk tanya samada lulus atau tidak, sebab pihak bank masih hubungi sy untuk tuntut hutang2 tersebut.
apa perlu sy lakukan? terima kasih.
-Yaya

Unknown said...

Salam Yaya. Tak perlu ke AKPK dan tak perlu risau. Cuma jangan tertinggal atau terlambat membayar bayaran bulanan AKPK untuk bulan-bulan akan datang. Sabar je menunggu surat rasmi mengenai permohonan AKPK yg telah diluluskan. Jika pihak Bank call, bagitau dah diterima di bawah DMP AKPK dan tak perlu bertindak sekiranya terdapat ugutan-ugutan dari Pihak Bank. Abaikan je.

Unknown said...

Assalamualaikum...
setelah sekian lama sy menjadi pemerhati dlm email en.Izmal sy trtarik dgn email 'cik miss' agak perit juga masalah pada mulanya. dan juga ke ikhlasan en.Izmal melayan soalan2 dr yg memerlukan pendapat.
di sini saya rasa perlu utk segera melakukanya walaupun sy tetap keras hati utk ke AKPK. daripada hutang sy jmlah 80K sampailah now menjadi 40K. itu tanpa AKPK bila sy fikirkan sy telah rugi dan buang masa kerana sikap tidak yakin saya. bila sy fikikan sy sudah pun punyai Rumah sendiri dan kenderaan sendiri. Kenderaan sudah lama selesai hutangnya cuma rumah sahaja. Di sini sy mohon pandangan en.Izmal mengenai kiraan sy.
gaji bersih saya 4.1k, kebetulan bapa sy sakit dan perlukan rawatan menggantikan sebahagian tulangnya kepada besi kerana kenser tulang. Tanpa simpanan sy memohon pinjaman kepada majikan sebanyak 12k dan potongan sebanyak 1k tiap2 bulan selama 1th.
sekarang gaji bersih saya yg ada 3.1k sahaja.
Hutang2 saya ialah...
Rumah = 900
Aeon card= 350 ( berbaki 6k )
Stnd Chrtered = 380 ( berbaki 6k )
Rhb = 360 ( berbaki 6k )
Hong leong = 280 ( berbaki 2k )
Alliance = 750 ( berbaki 15k )
Pada pandangan en.Izmal diatas
berapa lama tempoh sy bebas hutang tersebut tanpa mengganggu/tidak menyenaraikan  bayaran bulanan Rumah sy ke AKPK? ( jika perlu )
sekarang cara saya bayar kesemua hutang2 trsebut dgn menangguhkan dua bulan antara dua bank sebagai membaya advance hutang2 tersebut kecuali Rumah. sebab2 terjadinya masalah ini sama spt 'cik miss'. walau apapun sy terima dgn hati terbuka kerana kesilapan diri sendiri.x mengapa itu semua mainan dunia. asalkan kita tidak mengainaya sesiapa. dan jadikan ini satu kekuatan.
harap en.Izmal dpt memberi pandangan @ keyakinan untuk saya mengubah sikap negatif yg ada dlm pemikiran sy. tak lupa juga tahniah kpd 'cik miss' kerana perkongsian yg menarik minat sy.
Terima Kasih.

Unknown said...

Salam, Azdin. Saya berhutang RM106k ketika saya merujuk ke AKPK dan ketika kaunselor AKPK melihat kes saya, ayat pertama yg diberitahu ialah "Kes awak ni kecil je, senang je nak settle". Melihatkan hutang RM40k En Azdin, saya boleh kata, kes encik pun kecil dan senang nak settle. Ketika memohon ke AKPK, sila kemukakan semua hutang termasuk rumah dan kereta juga. Tetapi, mengikut pengalaman saya, mmg AKPK akan menyerahkan hutang rumah dan kereta kepada urusan kita dan hanya mengawal hutang personal loan dan kredit kad sahaja. Jadi, sila buat kira-kira gaji bersih yg dah ditolak hutang kereta, hutang rumah dan belanja yang encik perlukan, dan serahkan baki gaji yang selamat kepada AKPK untuk bayaran hutang. Sekiranya En Azdin serahkan dalam RM1000 kepada AKPK untuk pembayaran hutang, saya rasa semua hutang En Azdin, In Shaa Allah, boleh settle dalam kurang dari 5 tahun. Tapi, perlu lah bertindak segera ye.

... said...

Assalamualaikum En. Izmal,

Saya dan isteri ada sedikit kemusykilan berkaitan dengan AKPK. Baru2 ini, isteri saya telah di berhentikan kerja.
Dia ada komitment kereta sebanyak lebih kurang RM1300 sebulan.
Klau nk saya bayar bulanan kereta itu mmg x cukup.
Saya sendiri ada beberapa personal loan dan kredit kad dalam list commitment. Tu pon dah hampir lemas.

Soalan saya:
1) Bolehkah saya pergi ke AKPK dgn ambil kira komitment kereta termasuk dalam komitment sy? (since saya penjamin). Atau isteri saya sahaja yg pergi ke AKPK? Sekarang mmg isteri sedang mencari kerja utk cover balik.

2) kebetulan, seblm ini saya dan isteri ada buat pinjaman perumahan (join loan). Da lulus dan dah accept. Dan dah sign snp dan loan agreement baru2 ini. Akan Ada apa2 effect ke dgn loan tersebut jika saya atau isteri mendaftar AKPK?

Unknown said...

Salam Encik ... Sekiranya encik rasa tidak dapat menguruskan tanggungan hutang, disyorkan ke AKPK sama ada untuk kaunseling atau DMP. Utk DMP, digalakkan encik yang masih bekerja yang mengambil DMP disebabkan terdapat pendapatan positif untuk menguruskan hutang itu. Berkenaan loan rumah, sekiranya dah lulus, tidak akan terganggu dalam urusan DMP AKPK

Unknown said...

asslamualaikum. saya ada masalah dgn kad kredit maybank. hutang saya 4k++. 13 nov,ada lawyer call suruh settle sblm 17 nov dengan amaun telah dicaj 65% iaitu 6k ++. saya buntu.then lawyer tersebut mberitahu akan sita harta2 saya & lepas 17hb saya akan naik court dan hutang jd 8k++.so,saya ingin mohon pendapat. nama saya telah dblacklistkan. potongan gaji saya telah mlebihi 60% & saya pkerja kerajaan

Unknown said...

Salam, Diyana. Apa pendapat yg Diyana perlukan? Sekiranya pendapat berkenaan AKPK untuk menyelesaikan hutang, ya, sila mohon DMP dengan AKPK untuk mendapat khidmat menyelesaikan hutang berkenaan ye

Anonymous said...

Encik Izmal ,

Adakah pihak bank berhak untuk menyita harta harta kita , seperti mana yang diberitahu oleh lawyer yang menelepon Diyana Kasim di atas .

Sedangkan hutang tersebut tidak mencecah Rm30 000 , iaitu dibawah amount bangkrup .

Saya juga sedang mengalami masalah hutang dengan pelbagai bagai jenis bank .

Appointment pulak akan diadakah pada bulan depan , semoga permohonan saya dengan AKPK berjaya .

Unknown said...

Sekiranya pihak bank dapat kebenaran mahkamah untuk mengambil tindakan menyita dan mengenakan denda, ya, pihak bank berhak di bawah undang-undang untuk bertindak sedemikian. Sekiranya kita hendak mempertahan hak kita, kita pun boleh mengambil lawyer untuk mewakili kita dalam kes mahkamah berikut. Tetapi jika ditakuti kos lawyer, kos mahkamah, denda dan sebagainya adalah di luar kemampuan kita, kita perlu bertindak pantas supaya tidak perlu melalui situasi sebegitu.

Anonymous said...

Thanks Izmal & Azdin,

Saya tak boleh ubah masa lepas, tapi kita boleh berjaga2 utk masa depan. Teknik2 avalanche & snow-ball tu, mmg recommended utk bayar hutang, bergantung pada priority. Dan mcm Izmal cakap, 'kene bertindak cepat' sbb kita berjudi dengan masa.

Since saya tak selesai lagi DMP, saya xpasti permohonan loan rumah utk masa depan mudah atau complicated. Ape2 pun, skrg dah ade positive cashflow, so boleh buat muka smiley skit :-).


-cik miss-

Unknown said...

salam -cik miss- boleh x email sy...
utk maklumat.. hope u ok.tq
zudeendiver@gmail.com

Unknown said...

Salam Izmal, jika pinjaman kita dgn akpk dah selesai, berapa lama biasanya masa yg diambil utk membolehkan nama kita clear di ccris and apply loan dgn bank?tq

Unknown said...

Junaidah, dalam 2 atau 3 bulan. Untuk kes saya, dalam bulan pertama saya clearkan AKPK, saya perlu buat loan kereta, tp di'reject' sbb masih ada tag AKPK dalam akaun. Tapi saya dapatkan surat dari kaunselor AKPK untuk confirmkan yang saya sudah clear AKPK dan surat tu saya kepilkan ketika memohon loan kereta. Alhamdulillah, bank terima untuk meluluskan loan saya. Jadi mmg ambil masa untuk semua sistem bank update status AKPK clearance kita, tapi masih boleh dibincangkan mengikut budi bicara pihak bank.

Anonymous said...

Junaidah,

Saya baru check CCRISS record (skrg self-service machine, masuk IC dan print sendiri jer). Loan yg dah selesai dah clear trus dari list, dalam 1-2 bulan. Hope this help.

Sorry Izmal, tumpang response kat entry ni. 'Peace'

-cik miss-

Anonymous said...

En Izmal ,

Nak tanya , disebabkan sektor oil & gas sekarang ni , ramai yang menderita akibat kehilangan kerja dengan serta merta due to retrenchement dan so so on .

Contoh hutang , untuk kesemua mua hutang , jika gagal membayar tertunggak up to more than 3 months , adakah pihak AKPK masih menerima kes seperti ini , sebab baru sekarang ni dapat kerja , so untuk mengelakkan dari muflis dan blacklist bagai , so niat untuk membuat pembayaran balik , masih tak mampu , jadi nan membuat pembayaran minimum dan seberapa yang mampu mengikut gaji sedia ada sekarang ni , adakah AKPK dapat membantu ?

Terima kasih en Izmal .

- Charles -

Unknown said...

Charles, syarat utk menyertai DMP AKPK amat mudah. Jika menepati syarat di bawah, kemungkinan besar akan diterima oleh AKPK:
1. Anda mempunyai sumber pendapatan yang positif
2. Jumlah pinjaman anda tidak melebihi RM2 juta
3. Anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
4. Anda tidak diisytiharkan sebagai “muflis”

Charles said...

En Izmal ,

Thank you so much atas replied awak di atas , amat membantu . So far ni masih belum la dapat tindakan undang undang , tapi takut terlambat , sebab temujanji dengan AKPK adalah next week Khamis .

Beberapa hari ni memang asyik dapat call dari bank bank dan bank lawyer bagai , nak proceed kan kes ni , apabila kita merayu untuk membuat pengurangan pembayaran , langsung bank tak bagi chance dah .

Diharap nanti AKPK dapat membantu .

Last soalan ni En Izmal , maksud " anda tidak berada di bawah tindakan undang undang yang telah lanjut " , maksud nya kes kes lama la maksud nya ? I mean memang dah dalam court case bertahun tahun ?

Thankssssssss En Izmal .

- Charles -

Unknown said...

Charles, "anda tidak berada di bawah tindakan undang undang yang telah lanjut" bermaksud pemohon belum dikenakan tindakan undang-undang seperti dipanggil perbicaraan di mahkamah atas arahan pihak bank, cthnya.

Unknown said...

Hi En. Izmal,
Kalau saya under AKPK programme, bolehkah saya jadi penjamin pada adik saya utk beli kereta? Tqvm

Unknown said...

Janet, sebenarnya AKPK tidak meletakkan sebarang halangan. Cuma, ketika dlm DMP AKPK, AKPK akan memaklumkan kepada semua bank bahawa status kita adalah di bawah pantauan AKPK. Disebabkan ini, bank akan nampak yang kita berisiko dan tidak akan berurusan dengan kita untuk pinjaman atau apa-apa urusan yang meletakkan liabiti pada pihak bank. Jadi, sekiranya kita nak jadi penjamin, dan pihak bank nampak bahawa itu adalah liabiliti, mereka takkan menerima permohonan kita. Tetapi, semua itu adalah atas budi bicara bank.

Anonymous said...

Assalamualaikum En Izmal

Terima kasih di atas maklumat dan perkongsian mengenai AKPK. Saya ingin mohon pendapat En Izmal mengenai pinjaman koperasi Kowaja. Kesilapan saya memberi nama untuk kawan membuat pinjaman tapi sudahnya saya juga yang bahana. Pinjaman itu tidak berbayar dan bertunggak sehingga kini. Sebelum ini saya tidak bekerja dan baru tahun ini bekerja tetap. Pinjaman sebanyak RM15k dan munkin skrg sudah menjadi 20k++. Saya berniat untuk membayar balik pinjaman tersebut tetapi tidak mampu membayar tunggakan sekaligus kerana tidak berkemampuan disamping tidak mahu berhutang pinjaman lain. Saya pernah berbincang dengan pihak mereka tetapi tidak dilayan.

Adakah koperasi kowaja antara yang tersenarai dan bolehkah pihak AKPK membantu saya? Terima kasih untuk balasan En Izmal..

Anonymous said...

Assalamualaikum En. Izmal,

Untuk makluman, saya telah mengikuti program DMP AKPK sejak 3 tahun yang lalu. Saya juga merupakan penjamin pinjaman peribadi rakan sekerja sebelum syarikat tempat kami bekerja distruktur semula dan diberi pampasan VSS 4 tahun yang lepas. Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh collection agent Bank Rakyat (CCR Network) yang menuntut pembayaran minima RM5,000 agar kes saya tidak dilanjutkan ke mahkamah bagi proses tuntutan saman, memandangkan bayaran oleh peminjam telah tertunggak sebanyak RM108k. Di sini, bolehkah saya disaman oleh pihak bank walaupun saya telah mengikuti program DMP AKPK tersebut, bahkan saya tidak pernah mempunyai apa-apa tunggakan dengan bank lain? Mohon pencerahan dan nasihat daripada tuan, terima kasih.

Din

Unknown said...

Sila hubungi terus AKPK di 1800-88-2575 untuk hal berkenaan

Unknown said...

Din, untuk sebarang masalah kewangan, sila terus hubungi kaunsellor AKPK Encik Din untuk berbincang mengenai kewangan.

L512 said...

Izmal

1 jika dapat Surat guaman adakah masih layak
Sertai AKPK??
2 selain tiada perkerjaan & bank rap status sblm sertai akpk adalah syarat utama,disebabkan apa jika pihak akpk reject utk membantu??

Unknown said...

L512, AKPK adalah suara kita utk perbincangan bersama bank. AKPK juga memberi jaminan kepada bank untuk memastikan kita melunaskan hutang bank. Disebabkan kredibiliti AKPK, membolehkan bank mengurangkan interest dan membenarkan pembayaran bulanan yang minima.

Oleh disebabkan kuasa AKPK hanya wakil suara kita kepada bank, jadi kita mestilah juga seseorang yang berkredibiliti untuk melunaskan hutang bank, dengan bayaran bulanan minima.

Utk membuat bayaran bulanan, kita mestilah ada sumber pendapatan dan juga belum bankrap. Jadi, sekiranya kita tiada sumber pendapatan tetap atau sumber pendapatan kita di bawah selian Insolvensi (bankrap), AKPK tak dpt nak buat apa-apa.

Unknown said...

Izmal, saya kakitangan kerajaan.saya ada pinjaman dgn MBSB dan koperasi potongan hampir 1800+ per month melalui potongan angkasa. Dan mulai tahun hadapan potongan mbsb akan digandakan akan menyebabkan potongan saya melebihi 70%.. Blh ke saya mengurangkan potongan saya dgn bantuan akpk?

Unknown said...

Rose Lyena, saya tiada pengalaman dlm MBSB mahupun potongan angkasa ketika saya melalui DMP AKPK. Saya syorkan Cik Rose hubungi AKPK terus di 1800-88-2575 untuk kemukakan soalan itu.

Anonymous said...

Salam, nasihat saya kalau boleh sebelum akpk restructure, buatlah housing and car loan dulu sebab once kita committed to akpk memang susah nak dapat loan. One of my friend sebelum dia committed to akpk, dia withdraw cash from all his credit card. Setidak-tidaknye nanti dia ada jugak cash in hand. Tapi kalau boleh try to avoid akpk. Unless dah tak de jalan lagi. Kawan I hutang kredit card almost rm100k. I think monthly dia bayar rm1000+++. Kalau byr ikut bank bank tu mmg la takkan dpt rm1000 +++ sebulan. Maunye rm3k to rm4k.

Anonymous said...

Salam, semalam 29 Disember 2015 saya ke AKPK Johor Baharu setelah daftar online. Sessi kaunseling berjalan tak sampai setengah jam. Dokumen yang saya bawa lengkap kecuali bil elektrik. Bil tu boleh diemailkan kemudian. Hari ini 30 Disember 2015 pada jam 9.25 pagi saya terima email menyatakan permohonan menyertai program DMP telah berjaya dan disuruh membuat bayaran pertama. Saya terkejut kerana prosesnya begitu cepat sekali. Saya terus hubungi kaunselor di JB untuk mendapatkan jumlah ansuran yang patut saya bayar. Saya dinasihatkan untuk buat bayaran mulai 1 Januari 2016. Saya ingin bertanya perlukah saya membuat bayaran kad kredit saya lagi? Terima kasih

Unknown said...

Tahniah atas diluluskan untuk DMP. Sebaik sahaja DMP aktif, boleh fokus pembayaran ke AKPK sahaja dan tidak perlu untuk bayar lagi ke bank-bank yang di bawah pantauan DMP AKPK. Tetapi, sekiranya nak bayar juga, pun boleh, tidak salah. Tp disebabkan bayaran rendah DMP AKPK adalah satu kemudahan bagi kita, lebih baik gunakan duit lebihan itu untuk urusan-urusan kewangan lain.

L512 said...

Dear izma
Sekiranya DMP telah diluluskan ,Brape hari AKPK memperuntukkan bayaran pertama??adakah 10 or 14 hari??

Anonymous said...

Assalammualaikum En Izmal, saya ingin bertanya, setelah DMK aktif dan bayaran pertama dibuat adakah semua akaun kad kredit saya dibekukan. Adakah pihak AKPK terus menyelesaikan kesemua bayaran tertunggak? Adakah saya akan menerima penyata kad kredit setiap bulan sebagaimana biasa? Terima kasih

Anonymous said...

kalau nama di bwh program DMP AKPK adakah masih boleh menjadi penjamin untuk pembelian kereta?

Unknown said...

L512, biasanya dlm minggu pertama DMP diluluskan, kaunselor AKPK yg mewakili akaun tuan akan call untuk berbincang mengenai bayaran bulanan dan bayaran pertama

Unknown said...

Salam. Setelah DMP aktif, dah perlu membuat bayaran pertama. Dlm masa 2 atau 3 bulan DMP aktif, pihak-pihak bank ada yang masih belum update sistem dan belum bertindak sewajarnya. Setelah pihak bank terima info dari AKPK, mereka akan membekukan akaun Tuan termasuk kad kredit dan meletakkan akaun Tuan pada pihak liaison bank dan AKPK. Semua akaun termasuk yang tertunggak, akan dirombak balik, ditentukan bayaran bulanan baru (untuk rujukan AKPK) dan salinanan aggreement baru akan dihantar oleh pihak bank kepada Tuan. Akaun terbaru Tuan adalah di bawah pantauan agen liaison bank itu. Tuan mungkin tetap menerima penyata akaun tetapi kemungkinan besar maklumat di dalamnya tidak lagi tepat. Sekiranya call customer service bank, mereka juga tidak akan dapat melihat update akaun terkini Tuan. Semua maklumat di bank kini adalah di bawah pihak liaison bank itu.

Unknown said...

Sekiranya kita di bawah AKPK, rekod kita akan mempunyai tag AKPK. Semua organisasi kewangan seperti bank yang melihat rekod kita seperti di CCRIS akan tahu bahawa kita di bawah AKPK. Keputusan sama ada kita boleh memohon loan atau menjadi penjamin, adalah 100% terletak pada pihak bank, tetapi berkemungkinan besar mereka tidak akan menerima permohonan kita jika kita di bawah AKPK DMP

Unknown said...

sy ada loan kereta rm40k n personal loan 5k dgn cimb..bulanan kereta 500 n personal loan 160 ..dh 2 tahun sy byr kereta n sekarang tertunggak 3 bulan..sy risau kereta sy kne tarik..boleh kah pihak akpk tlg kurangkn bayaran bulanan sy..berapa byaran bulanan pihak akpk tlg sy..mcm ne nk buat kira2 bayaran bulanan klu sy nk settle kn hutang tersebut..

Unknown said...

Nad Nur, semasa saya di dalam DMP AKPK, AKPK memutuskan untuk membiarkan saya selia sendiri akaun pinjaman rumah dan kereta. AKPK hanya membantu untuk akaun personal loan dan kad kredit sahaja. AKPK akan meminta saya mencadangkan sendiri berapa jumlah yang saya sanggup serahkan kepada AKPK untuk bayaran personal loan dan kad kredit. Saya mencadangkan satu nilai yang selesa untuk saya bayar setelah menolak pendapatan saya dengan perbelanjaan bulanan termasuk menolak bayaran rumah dan kereta yang perlu saya bayar dahulu. Sekiranya bayaran bulanan AKPK yang saya cadangkan itu dpt melangsaikan akaun pinjaman personal loan dan kad kredit kurang dari 10 tahun, AKPK biasanya akan bersetuju dengan nilai bayaran bulanan yang kita kemukakan.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 314   Newer› Newest»

Post a Comment