Legoland sekali lagi memberi satu perubahan persekitaran di
Imagination. Apa yang pernah wujud di fikiran kita mungkin
direalitikan di sini. Gunakan imaginasi anda untuk hidup di alam Imagination.
Permainan | Kedai | Kemudahan Lain |
Build and Test Centre | Pizza Mania | Surau |
Kid's Power Tower | Baby Care | |
The Observation Tower | ||
Lego Studio | ||
Duplo Playtown | ||
Duplo Express |
Build and Test Centre
Sekiranya cuaca agak panas, jemputlah melepak di Build and
Test Center yang tertutup dan berhawa dingin ini. Bukan sahaja persekitarannya
yang selesa, malah ia memberi peluang untuk kanak-kanak (dan juga dewasa) untuk
berjinak-jinak bersama Lego. Pengunjung boleh mendaftarkan diri di sini untuk
diberi sepasang set tayar Lego. Gunakan alat-alat Lego di sini untuk membina
model kereta mengikut kekreatifan masing-masing. Terdapat juga trek ringkas
yang mana pengunjung boleh mencuba kewibawaan model kereta masing-masing dengan
berlumba sesama sendiri.
Kid’s Power Tower
Kid’s Power Tower terdiri daripada 3 menara yang mempunyai
tempat duduk yang bersambung dengan tali. Apa yang penunggang perlu lakukan
ialah duduk di kerusinya dan menarik tali untuk mendaki menara tersebut. Di
puncak menara, pengunjung boleh meninjau persekitaran Imagination ataupun
melepaskan tali untuk menurunkan kerusi untuk panjatan seterusnya. Kid’s Power
Tower memberi peluang ibu bapa dan anak-anak bersama menikmati keseronokan
tunggangan ini. Oleh sebab itu, untuk setiap kerusi, hanya dibenarkan 1 orang
dewasa dan 1 org kanak-kanak sahaja menaikinya. 2 org dewasa tidak dibenarkan
naik bersama.
The Observation Tower
Ketika kunjungan saya, The Observation Tower masih belum
dibuka untuk pengunjung. Melihatkan design menara ini, menara ini kelihatan
mempunyai satu bahagian yang boleh dinaiki oleh penumpang. Penumpang pula akan
dibawa tinggi ke puncak menara untuk melihat persekitaran Legoland. Mungkin
fungsinya sama seperti Menara Taming Sari di Melaka. Apa pun, memang tak sabar
menanti The Tower untuk berfungsi sepenuhnya yang bakal menjadi tumpuan kepada
pengunjung kelak.
Lego Studio
Lego 4D Studio antara yang paling menarik dalam semua
tunggangan ni Legoland Malaysia. Saya amat menekankan kepada pengunjung untuk
tidak melepaskan peluang melihat siaran di Lego Studio ini memandangkan semua
peringkat umur boleh masuk ke dalamnya. Seperti kita menonton wayang 3D,
pengunjung juga turut diberi pinjam sepasang cermin mata 3D. Walau
bagaimanapun, setelah mula siaran, pengunjung dapat menikmati pengalaman 4D
yang takkan dapat dirasai di mana-mana panggung wayang. Untuk membiarkan
pengunjung mengagumi sendiri teknik 4D, biarlah saya rahsiakan apa yang begitu
menyeronokkan di sini. Pembaca kena datang sendiri dan nikmati sendiri
pengalaman yang hebat di sini. Di bawah merupakan jadual siaran Lego Studio
ketika kunjungan saya tetapi mungkin berubah dari hari ke hari. Mungkin pengunjung boleh merancang untuk mula beratur
sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal sebelum siaran bermula untuk memastikan
studionya belum penuh.
Duplo Playtown and Duplo Express
Duplo Playtown merupakan tapak permainan yang sesuai untuk
semua golongan kanak-kanak. Keseluruhan tapak Duplo Playtown dilapikkan dengan
lantai getah yang lembut dan selamat untuk kanak-kanak bermain di atasnya.
Ianya juga berbumbung keseluruhannya memberi tempat berteduh untuk pengunjung
berehat sambil memantau anak-anak mereka bermain. Turut dimuatkan sebumbung
dengan Playtown adalah Duplo Express. Duplo Express ialah sebuah keretapi mini
yang selamat untuk kanak-kanak yang menepati had ketinggiannya.
Pizza Mania
Restoran yang dibina di Imagination adalah Pizza Mania.
Menawarkan menu makanan Itali seperti pizza dan spaghetti. Saya berkesempatan
mencuba pizza beef pepperoninya berdiameter 10” berharga RM24. Walaupun agak
mahal berbanding saiznya, tapi rasanya amat menarik. Dengan rotinya yang nipis
dan rangup dan limpahan keju cheddar di atasnya memberi kepuasan pada para peminat
pizza. Pizza bersaiz 10” ini cukup untuk dimakan berdua atau bertiga. Yang
mengiurkan lagi selera pengunjung di sini, bukan sahaja restoran ini padat
dengan bau pizza yang menyelerakan, malah dapurnya terletak di sebelah kaunter
pesanan dan diletakkan kaca lutsinar di mana pengunjung boleh melihat sendiri
bagaimana pizza disediakan dan dimasak menggunakan dapur conveyornya.
Selain dari ini, terdapat juga Baby Care terletak
bersebelahan dengan Pizza Mania. Walaupun belum dibuka ketika saya di sana,
tempat ini mungkin menawarkan bilik yang selesa untuk ibu bapa yang ingin menguruskan
anak-anak kecil mereka seperti menyusu, tidur atau menyalin pakaian. Terdapat
juga surau di sebelahnya, memudahkan pengunjung menunaikan ibadat solat di
pertengahan kunjungan mereka di sini. Di tepi Imagination pula, terdapat satu
kolam pancuran air yang masih belum berfungsi. Apa yang pada kira saya amat menarik
mengenainya, ianya mempunyai beberapa pengesan pergerakan di tepian pancuran
itu. Sekiranya pengungjung menghampiri salah satu pengesan itu, ia menghasilkan
bunyi muzik yang unik. Dengan lebih kurang 6 pengesan di kelilinginya, dengan
bunyi muzik yang berbeza, pengunjung boleh menghasilkan lagu sendiri dengan
bergerak dari satu pengesan ke pengesan yang lain.
Dari sini, pengunjung boleh meneruskan perjalanan ke kawasan
tema seterusnya iaitu Land of Adventure.
Ikuti post saya seterusnya mengenai lawatan ke Land of Adventure di Legoland Malaysia.
No comments:
Post a Comment