Thursday, 27 September 2012

AEON : Pinjaman Peribadi i-Cash

Salam kepada para pembaca. Beberapa rakan saya ada bertanya mengenai pengalaman saya membuat pinjaman peribadi dengan AEON credit service. Jika para pembaca pernah ke website AEON, pasti anda tahu yang maklumat di situ adalah amat terhad.



Sebelum saya terjah lebih mendalam, ingin saya terangkan pada semua bahawa AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja sedangkan mereka sendiri bukanlah satu institusi bank. Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja. Kalau nak dikatakan dengan lebih mudah, lebih kurang macam along la, cuma bagi pinjam duit, letak faedah (bunga) dan kutip keuntungan dari bayaran balik. Takde turnover syarikat dari saham, unit trust, atau yang sewaktu dengannya seperti institusi bank yang lain.

Berbalik kepada pinjaman peribadi atau apa sahaja perkhidmatan yang AEON tawarkan, saya ingin mengsyorkan supaya para pembaca cuba survey tempat lain dulu. Cuba tengok tawaran dari bank international dulu, sebab servis mereka antara yang terbaik. Kalau kita tidak menepati syarat mereka, cuba survey bank domestik pula seperti Maybank, CiMB, RHB dahulu. Kalau dah betul terdesak sebab susah nak memenuhi syarat bank domestik, barulah menjengah ke AEON Credit Service, itu pun setelah berfikir 5, 6 kali dulu ye.

Yang pertama, kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi. Di website tulis 0.8% besar-besar, hanya buat gimik je. 0.8% tu untuk sebulan. SEBULAN tau, bukan setahun. Jadi setahun adalah 9.6%. Ooh, ok la tu kan, murah lagi, kan? Belum habis cerita ni. Kadar faedah 9.6% setahun tu hanya untuk pinjaman RM5,000 ke atas sahaja dan pemohon mesti sudah mempunyai kredit kad. Kalau pemohon belum ada kredit kad, minta maaf, banyak lagi berita buruk mendatang.

Kalau pemohon tidak ada kredit kad, adakah pemohon pemegang kad AEON Express? Kalau pemohon ada kad AEON Express, iaitu memang sudahpun menjadi customer kepada AEON, naik sikit kadar faedah pinjaman AEON ke 10% setahun. Baik sungguh AEON jaga existing customer, dapat kadar faedah 10% jer.

Oh, tapi kalau pemohon baru, belum pernah berurusan dengan AEON, dan belum ada kredit kad, berapa kadar faedahnya? Kalau pemohon baru, jangan risau, sama juga macam pemegang kad AEON Express, dapat kadar faedah 10% setahun asalkan meminjam lebih dari RM5,000.

Tetapi, kalau nak pinjam kurang dari RM5,000, ada beza tak? Teramat beza sangat. Kalau nak meminjam kurang dari RM5,000, untuk pemegang kad kredit dan kad AEON Express, kadarnya 14% setahun. Untuk pemohon baru yang tidak ada kad kredit pula, kadar faedahnya 18% setahun. Tak salah taip ni ye, memang 18% setahun. Dah sama macam buat cash advance pakai kad kredit pula.

Para pembaca boleh nilaikan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk memohon pinjaman dari AEON ini. Fikir masak-masak sebelum memohon dan fikir masak-masak sebelum permohonan diluluskan.

Sekiranya anda telah pun meminjam dengan AEON, pastikan tidak tertinggal bayaran bulanannya. Sekiranya rekod pembayaran anda buruk, bersedialah untuk menerima surat merah dan panggilan telefon dari AEON yang bertubi-tubi dengan bahasa-bahasa yang teramat “manis” untuk memastikan anda memulangkan duit mereka.

Jika anda benar-benar ingin memohon, sediakan 1 salinan photostat Kad Pengenalan, 1 bulan slip gaji terkini dan salinan buku bank simpanan anda atau penyata bank. Untuk memohon, boleh walk-in ke mana-mana cawangan AEON Credit Service, atau poskan borang dan dokumen ke AEON Credit Service (M) Berhad, Level 29, Menara Olympia, No. 8, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, atau faxkan sahaja ke 03-2036 5988.

Bagaimana cara pembayaran jika pemohonan diluluskan? AEON akan kredit masuk wang pinjaman (selepas tolak bayaran-bayaran lain) ke bank simpanan pilihan anda.

Berhati-hati sebelum membuat pinjaman peribadi ye. Elakkan berhutang sekiranya masih ada jalan penyelesaian lain untuk masalah kewangan masing-masing.

325 comments:

1 – 200 of 325   Newer›   Newest»
azlini hassan said...

Salam..sya nak tnye pendapat..semlm sya ad dpt call dr aeon tuk offer PL..aeon nie call betul2x time sya need money sgt...so skunk nak tnye loan ngan aeon nie btUl2x hamprak ke??◦нêhe...

Unknown said...

Kalau nak dikira dari segi ke'hamprak'an, semua Personal Loan (PL) pasti adalah hamprak disebabkan bakal membebankan pengguna. Tp mmg x dpt nak dielakkan kadang-kala disebabkan kecemasan, perlu buat pinjaman. Jadi pilih PL yang paling rendah interestnya. Dan ketika buat keputusan, buat kira-kira dulu. Cthnya, klu pinjam RM10,000 dari AEON untuk 5 tahun, selain dari perlu pulang balik RM10,000 tu, malah kena pulak bayar interest RM5,000. Jadi nilaikan sama ada tujuan kita nak buat PL tu, berbaloi atau x sampaikan perlu 'sedakah' RM5,000 kepada bank atau x.

Anonymous said...

sebelum pinjaman kita lulus mmg dia akan call company ke?n kalau kite keje contoh macam company yg x daftar dye dapat taw ke?tp epf sume ade la..

Unknown said...

Dlm proses bank nak approve loan, diorang kena assess atau nilai sama ada pemohon tu mampu bayar balik loan ke tak. Antara aktiviti yang dorang boleh buat seperti check CTOS, CCRIS dan klu perlu, dorang call bank lain atau tempat kerja untuk confirmkan.

Unknown said...

kalu kite tak ada komitment ngn bank cm tak pernah buat apa-apa loan and tak ada credit card pon memang tak ley buat personal loan ker erk...??

Anonymous said...

ada dpt gak kol dr aeon 2..beriyer2 sgt suh g amik 5k 2..berkali2 ckp interest low 0.8..haha...tp xbgtau tok sbulan jer..thxs 4 info bro..komfem riject :P.

Unknown said...

salam nak tanya aeon ada cawangan dekat ioi mall puchong tak?

Hafidz_anl said...

Kalau pemohonan diluluska.. AEON akan masuk wang pinjaman ke bank simpanan pilihan kita ke?

Unknown said...

Ya, AEON akan masukkan ke bank simpanan selagi bank pilihan tu adalah panel mereka

Unknown said...

siti raabiah : Personal loan pun salah satu tool untuk kewangan peribadi. Jika kita pandai menggunakannya dan jika benar-benar, boleh je ambil personal loan. Tp biarlah setelah dihabis timbang semua option lain sbb bila buat komitmen baru ni, takut-takut tak tertanggung buat jangka masa panjang je

Anonymous said...

Salam... Thanks 4 the info.. Aeon baru tel nak offer PL. Dia kata layak mohon 50k. Byran bulanan dlm RM7** selama 60bulan. Rasa mcm bnyk sgt la pulak. Slalu klu bank2 lain utk 50k brp byran bulanan utk selama 60 bulan tu ye.

Anonymous said...

AS SALAM,nk ty lah btl ke klu nk ambik kereta tp kne byr dgn AEON BANK,,blacklist blh dpt ke???diorg blh terima jgk ke?

Unknown said...

Bayaran bulanan byk bergantung pada interest rate masing2. Kena tahu interest rate yg ditawarkan, baru boleh kira bayaran bulanannya.

Unknown said...

Untuk sama ada permohonan blacklist diterima atau tak, 100% bergantung pada budi bicara bank dan sekiranya ditolak, bank tak perlu nak bagitahu sebab apa permohonan ditolak.

Unknown said...

Saya masih ada hutang kad kredit tertungak dlm 3k belum kradit limit dan bayaran bulanan tidak pernah miss malah byar lebih lg...dikira ccris bladklist juga ka.

Unknown said...

Zhafrilee - Klu takde masalah lain, sepatutnya tak blacklist lagi. Melainkan miss bayaran minima bulanan dan akaun awak dipindahkan ke collection center, baru ada kemungkinan ditag oleh bank

Unknown said...

slm,

nak tnya klu black list kt CTOS blh x buat PL kt Aeon Kredit ni? Aeon Kredit akan check CTOS n CCRIS ke?

ejan said...

Sy dh buat loan eon,tp pihak eon x cll2 lg,dh 2 minggu

Anonymous said...

Sy dah tanya semua bank tp xlayak. Gaji x mencukupi..pastu yg boleh skrg cimb express i cash..dan aeon credit. Agak2, aeon credit ni bahaya x..sy cadang nk wat 5k je utk 2thn ngan repayment 250..tp cimb lak 5k 2thm 309 xsilap jd aein lagi murah. Tp sy was2 la nk wat ngan aeon. Bole x bagi pendapat?

Unknown said...

Dept kredit mana-mana bank perlu menyiasat semua maklumat kredit kita sebelum membuat keputusan sama ada kita layak atau tak. Klu pun kita ada blacklist, tapi sekiranya bank rasa nak bagi pinjaman, bergantung pada mereka juga. Pihak bank tak perlu bgtau kita kenapa pinjaman kita diluluskan atau tak.

Unknown said...

Ejan, dah buat loan tu maksudnya dah mohon ke atau dah approve? Apa-apa pun, boleh direct check ngan AEON statusnya. Klu tak approve, xde apa yg perlu dirisaukan. Cuma takut dah approve, tp duit x dpt, dan akaun dah diaktifkan bersama ngan semua pembayaran bulanan.

Unknown said...

Klu byk bank reject application kita, perkara pertama yg perlu kita fikirkan adalah sama ada betul ke kita layak dan sanggup ambil loan. Loan adalah tanggungan jangka panjang, jd kena fikir sama ada kita sanggup menanggung bayaran balik bulanan selama 60 bulan atau 5 tahun tu tanpa tunggakan atau x. Tp klu keadaan memaksa gak utk ambil loan, cari lah tempoh yg pendek (<3tahun) dgn bayaran bulanan yang paaaaaling selamat untuk kita bayar.

Anonymous said...

Hari tu aeon ada call mengenai pinjaman peribadi sebanyak RM 5000 dan dah lulus..Saya tak sain agreement lagi dan tak gi lagi cawangan aeon yg terdekat..Saya nak batalkan permohonan tersebut..Apakah yang harus saya lakukan?

Unknown said...

Apa-apa yg melalui phone ni mmg leceh. Sebab, tak tahu kenapa, dorang leh proceed hanya dengan minta IC je, tanpa sign agreement pun. Teramat merugikan untuk consumer. Boleh gi cawangan utk bincang, tp kemungkinan besar tetap ada penalti charge. Utk semua pembaca, sila berhati-hati ngan tawaran melalui phone, x kira la insurans ke, pinjaman ke, kad kredit ke. Walau susah mcmana pun, gi apply apa2 di cawangan, bukan dlm phone.

Anonymous said...

salam..kalau nak buat pinjaman utk memulakan bisnes sendiri,bagaimana pula?..

Unknown said...

Guru kafa layak ke..mati kutu ni adk nak exem duit x byr kolej x bg masuk..dah try smua tmpt cume majikn je unta x nak sain

Unknown said...

Untuk business, jangan ambil personal loan. Kena survey untuk business loan. Byk tawaran dari bank bergantung pada jenis business tu.

Unknown said...

Untuk permohonan loan, bergantung pada syarat2 nyer. Tolong study syarat2 dan nilai sama ada layak memohon atau tak. Kalau x layak, jgn mohon. Sbb setiap kali permohonan kita reject, history reject tu di update ke financial rating kita. Next time bila nak buat apa2 loan, bank akan lebih berhati2 klu dia nampak kita pernah kena reject

Unknown said...

pertanyaan..klu kereta sngkut 2 bulan,loan peribadi
3 bulan..boleh kene ccriss ker?

Unknown said...

Soalan tu mcm kurang tepat sikit. CCRIS hanya maintain sejarah atau rekod kewangan kita. Jadi semua hal pinjaman dan tanggungan kita akan ada dlm CCRIS. Klu bayaran sangkut, bank boleh "tag" blacklist dalam CCRIS. Takde apa2 tindakan yg CCRIS "kena"kan pada kita. Tp bila kita nak buat loan, bank boleh nampak sejarah kita dlm CCRIS yg akan mempengaruhi penimbangan bank utk approve loan kita atau x.

Unknown said...

saya nak buat easy loan rhb,tak taular dapa t ke x pasal kereta sangkut 2 bulan,loan cimb sangkut 3 bulan...u ada suggestion ker bro?

Unknown said...

nasihat dr saya, jgn buat loan baru klu loan lama masih lum settle. Settlekan masalah loan lama, baru buat loan baru. Dan jgn settlekan loan lama dgn cara membuat loan baru sbb ianya merugikan dari segi interest yg perlu bayar, malah masalah baru akan timbul dari loan baru.

Anonymous said...

saya baru 2-3 hari apply loan dengan AEON, sebab semua bank reject (no Komitmen), nak komitmen pun susah sebab semua bank reject, loan ke CC ke..huhuh..
-
jalan terakhir saya buat AEON saja.. dan dah beri..
-
statement 6bulan 120k++ , SSM plak dah 3 tahun..
-
buat pinjaman 50k maksima.. untuk perbesarkan busines sedia ada..(income nett 3k-4k
-
boleh bagi peratus lulus tak ?

(FRESH LOAN)

Unknown said...

adakah selepas sign perjajian PL dengan aeon credit...duit akan di cashkan terus ke dalam akaun pilihan kita pada hari tersebut ker...

Anonymous said...

kalau bank call kita utk verify on our info selalunya tanda2 nak lulus ke apa..

Unknown said...

Takde tanda apa-apa. Cuma menunjukkan data untuk permohonan tak lengkap dan bank call untuk minta penjelasan je

Anonymous said...

tumpang tanye..kalo ade wat loan asb,then ade loan keta(gantung sebulan),pastu ade byr monthly utk akaun aeon(beli brg-byr cantek,x penah miss)pastu ade credit card aeon(tiap bulan byr minimum) bole ke utk mohon personal loan with aeon?

Anonymous said...

salam nk tnyee klu gaji 1900 cmpur elaun, ot dpt la 2600.. klu nk pinjm dlm 20k lps ker

Unknown said...

Minta maaf. Makin ramai bertanya mengenai kelulusan pinjaman. Buat makluman, saya tidak mewakili mana2 bank dan tidak dpt memberi maklumat mengenai kelulusan pinjaman. Saya hanya boleh memberi pendapat bagi pihak pengguna, cara utk mengurangkan hutang dan cara yg lebih bernas mengawal kewangan peribadi masing2.

Anonymous said...

Saya nak tanye cket...sy dpt offer loan dri aeon kredit tapi sy belum ambil lgi..tetapi dlm mse yg same sy ade buat PL dengan CIMB...n masih dalam pemprosesan....jdi ade effect ke bile sy setuju amik loan dgn aeon dgn pemprosesan CIMB PL loan td??? Sbb Aeon Credit bukan bank kn...mintak penjelasan..TQ..

Unknown said...

Boleh jelaskan nak minta penjelasan untuk bahagian mana?

.ieLah. said...

Salam Kamal Izzudin,

sy dapat call dari aeon lah utk PL kan. dorang offer 0.84% bla2. and sbb sy dah memang ada akaun yang masih aktif ( beli peti sejuk), dia ckp permohonan semua is tak perlu borang and all. lepas tu dpt call lagi ckp loan dah lulus.
at the same time, sy n suami terikat dgn perkara lain and kami decide tak jadi la utk amik loan aeon ni kan.

td baru dpt call lagi sekali, and budak tu mcm push suruh amik jugak. lepas sy ckp sy tak boleh jugak amik, dia ckp something like, jika ada mslh dgn pihak aeon dia tak btanggung jawab slps ni.

ok soalan sy, dalam hal ni, kira sy dah buat permohonan & dah lulus. tp sy tak jadi nak amik. so ape yg sy perlu buat? kena pegi aeon utk cancelkan ke macam mana?

thanks in advance.

Unknown said...

Ya, sila le AEON untuk settlekan hal ni dan cancel PL. Jgn buat apa-apa urusan melalui telefon, apa lagi urusan permohonan loan. Tak patut gak bank ugut macam tu, tp dah mmg sifat pihak Bank buat customer mcm ni. Terus ke AEON, jumpa customer service, dan buat apa je yg boleh untuk cancelkan PL tu.

Unknown said...

ada cara lain x untk buat pinjaman sbb nama sy da di gne kn untk bli motor.....tp sllu sgt tertunggak....aeon ada cara lain x untk memberi pnjman.....sbb sy perlukan dlm 2k....agak2 boley lulus ke mcm too...

Anonymous said...

salam bang ni mber saya tanya, kalo PL loan aeon kita lulus kita kena gi sign agrement dulu kann?baru diorg msukkan duit dlm akaun kita.

Dakwat Hitam said...

Dah boleh bukak consultancy company dah ni bos. He He

Anonymous said...

salam en. Kamal Izzudin,

saya berminat nak beli t.bimbit baru menggunakan AEON nih.. bajet hp pula dalam rm2k.

agak-agaknya berbaloi ke tidak..

Unknown said...

Kalau ada budget, baru beli hp, tu adalah step pertama yg bijak. Tp, boleh saya tahu kenapa nak melalui AEON untuk pembelian tu? Adakah nak guna EPP guna kredit kad atau nak guna AEON express? Penggunaan Zero Interest EPP tidak mendatangkan keburukan asalkan tak lewat bayar bayaran bulanan. Untuk Skim AEON express pulak, ada interestnye yang agak tinggi, jadi kurang sesuai kalau menggunakan AEON express.

Anonymous said...

slm en kamal..tmpg tnya..sy ada ctos 3.5k..dn hutang kecik yg lain.boleh x sy apply PL ngan aeon utk settlekn ctos ngan hutang2 tu?basix sy 1k..layak ke?

Guben shah here said...

Salam..en. kamal.
Saya Ada satu soalan,jika pihak (eon credit) menghubungi saya ,then pihak eon credit offer loan. Or overlap.adakah 100% lulus?.

Anonymous said...

Berapa lamakah proses buat aeon express ini? Sebab saya sudah dapat calling dia suruh tunggu lagi. Saya sudah telepon custumer services dia bilang dalam proses. .

ummie izuuddin said...

salam en kamal.. maaf ya ..sy krg fhm maksud interest 0.8 hnye sbln..jadi blln seterusnye brape ya..? cth sy buat pnjaman 10k utk 4 thn setiap bln 288... kalau lewat byr sy tahu pasti ade tambahan byrn,tp kalu byr dgn baik,adakah kite kene byr lebih dr 288 setiap bln..? rm288 ni bkn bersih ke en?

Anonymous said...

Saya ada AEON credit card yang blum dijelaskan sekian lama. Jika saya jelaskan baki keseluruhan untuk kad tersebut, bolehkah saya menyambung menggunakan kad credit card tersebut. Pada masa yang sama nama saya dah blacklist.

Anonymous said...

AEON credit ni masuk CCRIS report tak?

Unknown said...

untuk penolakan loan 2...brape byk ye dye ptong duit kite

najaaEk9 said...

saya nk buat loan rm3k..gaji kalau kurang dari 1k mmg xdpt ke??tlong bg jawapan..

addy said...

salam kamal.

baru2 ni saya dah pun apply untuk beli mobile phone menerusi AEON...dah pun terima call dari pihak AEON, tapi xtau la sama ade prmohonan saya approve ataupun reject...cume saya nk bertanye, contohnye harga dalam rm22++.00....dan monthly installment rm16+.00 selama 18x....total sume stelah saya kira2 balik lbih kurang rm28++.00...adakah jumlah itu yg harus saya byr? ataupun ade cas2 yg lain?

dan klau prmohonan ditolak...adakah pihak aeon akan mmbatalkan borang prmohonan saya..takut jugak la sbb dorg gunakan autodebit...takot x apply pn dorg debit dr akaun saya pulak...hadodododoiii....

Unknown said...

Bg soalan yg melibatkan permohonan lulus atau x, sila berurusan direct dengan Aeon sbb sy bukan wakil Aeon.

Unknown said...

ummie izuuddin : 0.8% bulanan tu, maksudnya kira interest bulanan. Dlm hal cik, RM10,000 x 0.8% = RM80 sebulan. Sbb pinjam 4tahun, atau 48bulan, jumlah interest adalah 48bulan x RM80 iaitu RM3840. Untuk bayaran bulanan, campurkan pinjaman dan interest, pastu bahagi dgn 48bulan iaitu RM10,000 + RM3840 = RM13,840. RM13,840 bahagi 48bulan = RM288.33. Jd bayaran bulanan RM288 tu tetap. Klu ada terlewat bayar, baru ada tambahan denda yg perlu dibayar

Unknown said...

AEON juga akan dilaporkan di dalam CCRIS

Unknown said...

addy : Sila periksa invoice atau perjanjian untuk melihat secara terperinci apa yg Aeon cas ke dlm pinjaman. Utk Auto-Debit, sila check dgn bank untuk pastikan Auto-Debit telah dibatalkan. Sistem auto-debit yg dah lulus amat melecehkan klu nak dibatalkan sbb pihak Aeon cuba lepas tgn, dan pihak bank Auto-Debit lak xnak ambil apa2 tindakan

Anonymous said...

MR.
saye nk mnx pendapat Cik kamal...skrg nie saye sangkut ansurans motor dh 8 bln,so sy nk settlekn...pd pendapat cik kalau sy bt AEON personal loan nie ok x..sbb sy perlukan dlm ms yg trdekat nie...sekian

Unknown said...

Bila kita buat ansuran kereta atau motor, keseluruhan interest telah dikira ketika perjanjian approve. Begitu juga untuk mana2 personal loan. Jd, klu guna personal loan utk settle ansuran motor, interest tu dah bertambah la. Jd makin2 la rugi. Lps tu, bila ansuran motor tertunggak, mungkin x satu masa nanti, personal loan dan ansuran motor tu bakal tertunggak pada masa akan dtg? So, cuba fikir balik punca masalah dan settlekan punca masalah. Konsep gali lubang, timbus lubang melalui personal loan bukan cara yg terbaik sbb dia bakal mendalamkan lubang kita dan menambah masalah di masa akan dtg jika punca sebenar masalah tu x ditangani dgn pantas.

lolabellaharun said...

kalo aeon dh call and pinjaman dh diluluskan bleh x cancel..bcoz sy ada beli brang..dn sy rasa jumlah pembayaran itu mahal..sy x mmpu byar,,harap leh bg pendapat..tension..help pless..

Anonymous said...

Assalammualaikum bang.. sy nk taw, adakah membuat pinjaman d aeon mbwa kød keburukan kpd sesorg itu?.. saya tlah memohon utk buat pinjaman d eaon disebabkan mslh kuarga.. sbb semua bank saya tlah cuba,tp tidak berjaya.. jd hanya aeon je mampu saya buat.. jd apakah effect yg akan saya tempuhi?

Anonymous said...

Sy sedang memohon loan kereta sbnyk 23k drpd aeon bank ngan interest smpi 6%..sbb bank laen da x lps..adkh b'baloi or sy kne usaha lg ke bank tmptn..bole bg nsht n pdgn x???..

Unknown said...

Aeon masih dikira pemiutang yang diikhtaf, walaupun Aeon bukan sebuah bank. Mengggunakan servis Aeon untuk kredit kad atau loan, mempunyai kesan yang sama dengan mana-mana bank iaitu direkod pada CCRIS. Apa yg perlu diberi perhatian ialah interest rate sahaja dan bayaran bulanan sbb interest rate yang Aeon kenakan biasanya antara yg agak tinggi. Asalkan mampu untuk buat bayaran on-time, biasanya tiada kesan2 yang buruk

Unknown said...

Interest hire purchase 6% adalah amat tinggi dan pasti merugikan. Cuba survey semua bank dahulu yang boleh menawarkan interest rendah. Jika bank menolak permohonan loan, pasti ada sebab, ataupun risiko. Jadi mungkin lebih baik menilai semula sama ada adakah anda mampu membuat loan atau tidak. Klu loan tambahan membebankan, elakkan dari menambah hutang.

ima said...

nak tanya..kalau kita dh ada akaun pl dgn aeon then nak overlapping..adakah aeon terima?dan apa ye syaratnya jika boleh buat overlapping?

Unknown said...

Hari tu aku ada borak dgn bos pinjaman skim koperasi...dia ckp..kalau x de interest baik x yah wat...syarikat memberi pinjam...aku ckp...btol gak...kalau x de interest mcm mana nak bayar sewa opis...mereka nak cari mkn jugak...hehehe...gaji rm1000 bleh ke pinjam dgn aeon..?sya x dpt pinjam dgn kwn sya tu..sbb syarikat dia dpt bgi pinjam kat pekeja krajaan je.....

Unknown said...

saya nak pinjam rm3k...tapi gaji sya rm1k...bleh ke..?pemotongan hutang melalu bank atau kita pegi kaunter mreka pastu kita bayar cash....??mcm mne tu..

Anonymous said...

Saya guarentor org.nama blaclist sebab pemimjam tk byr,saya rasa nak bt loan rumah pun tak boleh.Ada idea tak???

Anonymous said...

Salam encik kamal,aeon ni lebih baik dari pinjam bank example cimb ker?sbab saya nk wat loan untuk baya payment rumah suami saya,so saya takut nt xtertangung jer..

Unknown said...

Salam bro...saya student tapi kerja part time dgn basic lbih kurg 6-7 rat...saya nk mohon PL dri aeon nie..agak2 lps x?pastu saya ada htg trtggk ngn maxis..agak2 kacau x lau nk apply?pliz reply..saya nk taw sgt

Unknown said...

Salam bro...saya student bekerja part time dgn basic dlm 6-7 rat...saya nk memohon PL dari aeon nie...agak2 lepas x?lagi satu saya ada htg trtggk ngn maxis,jadi kacau x loan saya?

Iron Chef said...

Salam bro..saya nk tanya..mcm mana pengiraan had limit pinjaman AEON & syarat2 asas kelulusan pinjaman?ada yg kata 5 kali ganda gaji maximum pinjaman..maksud saya,mostly kebanyakan bank conventional menetapkan total deduction loan mesti not exceed 60% dr gross salary etc..gaji saya dlm RM7K sebulan tp fixed commitment bulanan saya RM5k..rasa2 msh layak tak utk buat pinjaman dgn AEON ni?saya yakin saya mampu utk buat bayaran balik on-time sbb separuh dr komitmen saya tu tadi bukan saya yg bayar,cthnya rumah saya sewa dgn org lain,which is dpt cover loan rumah + extra cash on hand..cuma saya memerlukn pinjaman dr AEON utk masa terdekat ni sbb nk bukak bisnes..mohon pencerahan..

Anonymous said...

SALAM SAYA NK TNYE. .KALAU KITA MAHU MEMBUAT PL
DI AEON BERAPAKAH GAJI MINIMUM YANG DI KEHENDAKI. .

Unknown said...

Salam....nak tnye,dulu sye ade buat pinjaman aeon kredit untuk beli moto adik sye..
Sye gune name sye coz die msih blaja...
Skarang sye dapati nama sye dah blacklist sbb die x byr...
Kalau sye byr semula sume yg die x bayar tu,nama sye kembali pulih x?

Unknown said...

Ye, kalau hutang semua dilangsaikan, bank akan update untuk membersihkan nama dari blacklist, tapi mungkin ambil masa dan kena rajin follow up sbb ada bank yg mengalami masalah "terlupa" nak update.

Unknown said...

Mana-mana institusi kewangan mempunyai criteria masing-masing dlm meluluskan pinjaman atau kredit. Mereka tidak diwajibkan memberitahu secara jelas bagaimana penilaian itu dibuat dan tidak perlu memberi sebab mengapa mereka menolak satu-satu permohonan pinjaman.

Anonymous said...

Salam Encik Kamal. Sekiranya hutang dah settle dan bank lupa nak update dgn ctos atau ccriss sehingga berlarutan mencecah tempoh 7 tahun. Akibatnya, selama tempoh tersebut peminjam telah terjejas kerana kehilangan peluang untuk membuat apa saja jenis pinjaman dgn institusi kewangan. Satu-satunya jalan hanyalah meminjam dengan along yang akhirnya meninggalkan kesan yang amat membebankan sehingga kini. Soalan, jika peminjam membawakan kes ini ke mahkamah adakah peminjam berpeluang untuk mendapat gantirugi keatas "keterjejasan" yg dialami?

Unknown said...

Kes ini bergantung pada perbicaraan dan budi bicara pihak mahkamah.

Anonymous said...

Salam..
Saya nak tnya pendapat...saya plan nak buat personal loan tuk saving dlm fixed deposit and asb..berbaloi x? Utk emergency case if anything happen like accident ke..so plan nak buat 20k 5k simpan FD..10k saving asb and another 5k emergency..

Unknown said...

Amatlah tidak digalakkan untuk buat Personal Loan untuk FD atau ASB. Ini disebabkan interest rate loan x dapat nak cover dividen dari ASB atau FD. Klu survey loan biasa pun, paling baik boleh dapat 9%, takkan boleh dicover oleh dividen ASB yang 7.5% dan lagi-lagi lah tak dapat dicover oleh dividen FD yang rata-rata cuma 3% sahaja. Jika ada duit untuk bayar bulanan personal loan, x perlu ambil personal loan, tp duit tu terus masukkan ke dlm ASB setiap bulan. Focus investment ASB sbb dividen dia antara yang terbaik. Diverse simpanan ke FD tak berapa bagus disebabkan interest rate rendah berbanding ASB, dan capitol akan lock, x dapat nak turn around in case emergency.

Anonymous said...

kalau ada PL dengan AEON, bank boleh detect ke

Unknown said...

Ya, akan update masuk record CCRIS juga

Anonymous said...

senang crta la,,apa pndangan abg,,nk buat Pl kat mna?yg interest x tggi,

Unknown said...

Interest yg bank kenakan adalah tahap risiko penghutang. Bank akan kenakan interest rendah hanya pada penghutang yg mempunyai sandaran jaminan yang baik. Contohnya seperti Bank Rakyat yang hanya untuk pekerja kerajaan sahaja. Atau Bank Simpanan Nasional yg memberi interest rendah untuk golongan executive ke atas yg mempunyai risiko rendah.

Anonymous said...

PL Aeon penah saya ambik..saya mintak rm6000 tp yg approve hanya rm3000..sbb basic gaji saya rm3000..kita tak dpt rm3000 penuh,diaorang bank in ke acc cuma rm2700++..sbb dh tolak pemprosesan fee & documentasi..saya byr bulanan rm140 selama 30bln..itu la yg mampu sbb time tu ada komitmen lain..sekarang dh setel..

Anonymous said...

maknanya kalau kerja biasa2 ja terpaksa jgak la aeon nih ye,gaji pon dalam rm800 ja

Unknown said...

Untuk kita mempunyai pengawalan yang bagus dlm personal finance kita, elakkan letak diri kita dalam situasi "terpaksa". Tang tu yang byk kita rugi sbb pihak bank akan menggunakan situasi "terpaksa" kita untuk mengaut keuntungan. Ni kita punya "personal" financial jd bergantung pada keperibadian kita untuk membentuk dan mengarah tujukan personal financing kita. Jgn terlalu bergantung sgt pada servis2 pihak bank

eDa zubaida said...

agak2 en ikmal kalu basic saya rm1700 lepas x nak buat loan 10k... nak guna cpt duit ..
aeon dgn rhb mane lagi ok...

KidS said...

aku ada buat pinjaman dri Aeon ni...utk bli motosikal pada 2008...lepas 6 bulan aku x bayar payment tu..dia org tarik motosikal tu...then suruh aku byr baki tu dlm rm4K...satu sen pn aku x byr...so kes ni dh 5tahun...mmg slalu call cakap bawa pgi court..last year before raya pn ada call...aku bgitau..aku xda duit nk byr semua tu...dia cakap nanti hantar lawyer pgi court kes ni...aku jwb.."ok..pgi court..cakap kt hakim nanti..hantar i masuk jail kalau x dpt byr..i ok je" then xda call lagi...tpi 2mggu nk raya ni...dia org mula call blik...siap hantar msg tgh mlm kt aku...hahaha...cmon la....pgi court pgi court la...i tggu ni....hahaha F**K AEON!!!

Anonymous said...

Bro izmal..nk tny ckit..bru ni aeon ade msg suh sy collect credit card..tp x p amik lg la..n xde sign ape2 surat utk credit card 2 lg..sbb hrtu melalui fon je..kad 2 dikira dh aktiv ke blom??

Unknown said...

eDa zubaida - Untuk pinjaman 10k, AEON i-Cash lebih rendah interest rate dari RHB Easy Loan.

Unknown said...

Biasanya, kad kredit selepas kita terima, kita perlu call bank untuk aktifkan. Dlm tempoh tertentu, klu kita masih tak call bank untuk aktifkan kad, bank akan terus batalkan kad itu utk tujuan keselamatan.

Unknown said...

hai izmal...saya nie first time nk buat pl kat aeon...sbb amat memerlukan untuk kos pembdahan bapa yg sakit tenat...2 bank saya apply aduh setiap kali saya col bnk rhb bnk dgn cimb bank cakap tgh dlm proses....dh 3mggu tggu xda juga terima jwpn....cimb lg teruk kata approve dlm 5hari....sampai sekrg dh masuk 2mggu asyik cakap benda yg sama....soalan pertama hendak saya tanya....kalau saya aply aeon nie dlm masa yg sama saya dh apply kat bank adakah akan mengganggu pjmn bnk saya?kedua kalau saya buat pl aeon cara paling bagus untuk saya byr apa?saya tak fhm maksud auto debit dan potongan dr gaji?sbb saya first time nk wat kat aeon krn terpaksa

Unknown said...

Utk soalan pertama : Bila kita buat permohonan utk loan atau kredit kad, permohonan tu akan diupdate ke dlm CCRIS. Bank pula akan check CCRIS kita utk menilai sama ada loan kita boleh approve atau x. Cthnya, sekiranya AEON dah update permohonan kita dlm CCRIS dan rekod berkenaan muncul ketika CiMB check CCRIS kita, ia mungkin akan memberi kesan utk CiMB approve atau x loan kita.
Utk soalan kedua : X byk beza mengenai bagaimana kita bayar sama ada Cash, Online transfer (IBG), Auto Debit atau Standing Instruction, mahupun potongan gaji. Asalkan kita byr tepat pada masanya, tu yg lebih penting. Auto debit adalah urusan di mana bank kita ada menghantar bayaran secara automatik ke akaun pinjaman kita. Potongan gaji pula, diuruskan oleh syarikat anda bekerja, di mana gaji akan dipotong dulu utk byran pinjaman, sebelum gaji bersih diberi kepada anda.

Unknown said...

tapi kalau saya ada buat pemohonan kat aeon tp blum sain apa3 perjanjian adakah pihak dr bnk tahu dan adKh akn mengganggu pjmn saya....saya sudh x tahan dgn bnk rhb bnk....3mggu lbh apply tp tiap kali tanya status pinjaman ckp benda yg sama....xda dlm status..pas tu ckp tgh dlm proses dan akn mgmbl masa 7-14 hari lg...alasan raya..saya apply dh lma sblum raya..nk knk tunggu pula....tunggu bapa saya meniggal baru dpt duit?.itulh saya nk buat aeon....xda plhn...

Unknown said...

Semuanya bergantung pada bagaimana pihak bank update CCRIS. Asalkan bank update CCRIS, semua maklumat ada dlm tu untuk rujukan institusi bank lain. Dalam hal kecemasan begini, mmg agak terdesak dan terburu-buru perlu utk segera dptkan pinjaman dr bank. Tp bank bukan jabatan kebajikan yang mengambil berat mengenai masalah pemohon dan mereka tidak bertanggungjawab utk mempercepatkan proses permohonan. Jika teramat perlukan wang, cari dari sumber lain seperti melalui keluarga atau sahabat, tetapi jgn sesekali pergi kepada Along. Dlm keadaan terdesak lah menyebabkan kita mudah buat keputusan yang silap dan dlm keadaan terdesak la bank2 atau along suka ambil kesempatan.

Unknown said...

dulu sewaktu blum ada peraturan 10tahun pinjaman peribadi mbsb lh bnk yg paling bagus....dia org lbhkn org yg betul3 kecemasan d percepatkn pinjaman dan d sertai dgn surat sah dr doktor....skrg bnk negara dh kacau so semua susah....semua org tahu bnk bukan jabatan kebajikan....paling kurang pihak bnk col customer bgtau apa mslh dia org....nie tidak tunggu customer col baru bgtau....sy pun bkn kali pertama buat personal loan...paling lma proses pun 2mggu lbh....saudara saya pun org susah....setakat tolong rm100,200 blh lh....tp kos
pembdahan bapa saya 8ribu....tadi bnk col bapa sakit tenat....saya dh xda cra lain cuma skrg aeon saja yg dpt tolong walaupun saya tahu byrn mahal dan kemungkinan amaun yg saya inginkn mungkin 50-50 dpt...disini saya nk tanya saya ada kwn dkt cimb bhgn hq saya baru htr borang dekat dia....kbtulan agen aeon ada col bgtau dia sudh terima borang pemohonan saya...jd saya nk tanya proses pemohonan aeon berapa lma???duit lpas sain surat tu tempoh kemasukn duit berapa hari?bg tunjuk ajar apa patt saya buat...thnk u

Anonymous said...

Ow em ji.. mmg tgh brkira2 nk wat loan ngan aeon.. nsib baik jmpe article ni. tqvm for the info.

Unknown said...

Rudy - Sy tidak mewakili AEON, jd sy tak dpt nak confirmkan tempoh permohonan loan anda. Permohonan loan akan melalui beberapa proses penilaian sebelum diluluskan atau tidak. Bergantung pada pihak bank.

Unknown said...

Apa yg sy ingin tonjolkan dlm posting ini, AEON antara pemberi hutang yang paling teruk dari segi servis, mahupun kadar faedah yang dikenakan. Sekiranya permohonan loan atau kad kredit anda tidak diluluskan oleh mana-mana bank, sepatutnya anda menilai semula tahap kewangan anda, sama ada anda perlu atau tidak, menambah liabiliti dlm kewangan anda, bukan cuba mencari institusi yang kadar faedahnya tinggi tetapi syarat kelulusannya longgar. Jika tahap kewangan anda tidak mampu untuk menanggung liabiliti, jgn cari masalah baru dgn menambah liabiliti (hutang) baru, tp cari cara lain utk mengurangkan liabiliti lama yang tertunggak.

Anonymous said...

Salam. Posting vendetta komen2 yang sangat membantu dalam mendapatkan info2 mengenai PL especially AEON. Thanks semua.

Unknown said...

salam.. Saya dah apply loan 2 minggu lepas kat public bank untuk loan kereta. Tapi saya baru telefon bank dan bank ckp baru semalam hantar loan ke HQ untuk approval. Apa maksudnya tu?

Unknown said...

Mahadi - Cawangan hanya bertanggungjawab untuk menguruskan permohonan je, termasuk memastikan semua dokumen dan borang permohonan lengkap. Permohonan pula perlu dihantar ke HQ bank, ke bahagian credit dept yang akan menilai sama ada permohonanan tu boleh diluluskan atau tidak. Jd, seperti kes En Mahadi, pihak cawangan baru saje siap memperkemaskan permohonan awak dan baru saje menghantar permohonan ke HQ. Sekarang, kena tunggu pihak HQ lak mengambil masa utk menilai permohonan awak.

Anonymous said...

bro kalau nk cancel loan boleh ke? saya ada beli motor now tgh proses dkt aeon lah nk luluskan ke tak hmm kalau nk cancelkan boleh ke?

Unknown said...

Secara teorinya mmg boleh. Tp klu try gi bank, pihak cawangan akan tolak ke HQ, pihak HQ akan tolak ke pihak kredit, pihak kredit akan tolak ke cawangan balik. Sbb selagi loan x approve, application tu hanya atas kertas je, xde dlm sistem dan susah nak track kt mana. Last2 kena tendang ke hulu ke hilir mcm bola, tp still x berjaya nak cancel gak application tu.

Unknown said...

salam nak tanya gaji saya rm 1500 ++ sebulan.. x pernah buat pinjaman lagi fresh... kalau saya nk mohon pinjaman rm 6000 boleh ke? n biasanya kalau kita pinjam rm 6000 dan approve biasanya berapa jumlah bersih yang akan kita terima.. kalau x dpt bagi contoh untuk amount ni .. amount lain pun boleh

Anonymous said...

Salam,

Nama saya Sha. Ingin buat PL rm25k-rm35k.
Kerja baru sahaja 2 bulan. Keje tetap penolong pegawai. Nk buat loan cpt sb lg 1 bulan nk kawin. TERDESAK. Ada ape2 cadangan yang membangun atau jalan. Sb semua bank kt luar hendak slip gaji 3 bln ke atas..

Unknown said...

Asalamualaikum.saya ingin bertanyakan pendapat tentang PL bersama aeon.saya pinjam rm20k.jadi interest bulan o.8% tu betul ke.dah mac pinjaman wang berlesen je.kalau gagal bayar apa tindakkan aeon tu nanti.

Unknown said...

Salam. sy diperkenalkan dengan pembelian sebuah produk yang mana harganya mahal (5K). Jadi dicadangkan untuk buat pinjaman aeon. ansuran 190 sebulan selama 3 tahun. so ada interest kt situ. total bayar balik 6840. kalau saya bayar bulan2 ontime, then sy bayar jugak advance seribu atau lebih sebulan, adakah sy tetap kene bayar sehingga 6840? atau saya boleh bayar smpi 5k sahaja kalau sy bayar advance (contoh: sepatutnya 190 sebulan, tapi saya bayar 600 sebulan?)

Unknown said...

Irah, Pinjaman AEON Express merupakan pinjaman unsecured dan interest nye x compounding. Maksudnya, sebaik sahaja loan approve, keseluruhan interest telah dicas dlm akaun. Bayar lebih bulan-bulan pun x memberi kesan langsung kepada interest. Tp klu bayar lewat, ditambah pula ngah denda lewat.

Unknown said...

Noh. Ya, interest bulanan AEON adalah 0.8% sebulan atau 9.6% setahun untuk pemohon yg ada Kad Kredit sahaja. Klu untuk customer baru yg takde kredit kad, interest bulanan adalah 1.5% atau 18% setahun. So, faham2 je lah, sama ada pinjam AEON ni kira bijak atau x. Klu lewat bayar, AEON akan ambil tindakan seperti bank2 lain juga, termasuk cas lewat, blacklist dan boleh juga ke tahap bankrupt.

Anonymous said...

saya ada ambil loan aeon....boleh x saya ambil loan bank lain......?

Unknown said...

Imran, boleh mohon loan bank lain. Tp mengikut budi bicara bank sama ada nak approve atau tak. Semua loan akan terupdate the CCRIS dan bank2 akan nilai tahap liabiliti kita sebelum approve mana2 loan.

Unknown said...

salam en izmal.. saya bru buat pnjaman aeon rm3000 dan sy ambix 2 tahun.. tiap blan kena byar rm170.. bleh kew jika kte ingin bayar lbh sbb ade duit lbh.. adakah 2 tahun i2 akan jadi berkurang atau tetap 2tahun.. dan cara bayaran ape yg disyor kn.. auto debit atau byar sndiri.. jika byar sndiri.. dimana kah nk bayar selain pegi cawangan.. sbb jauh.. jika auto xbgus.. ape sbb nye ek.. terima kasih..

Unknown said...

Ronzales. Untuk personal loan, bila approve je, terus dah dikira interest ke dlm loan dan ditetapkan byrn bulan RM170 tu. Mmg boleh bayar lebih tiap bulan, sekadar untuk mencepatkan byrn balik, tp mmg takde membantu apa utk mengurangkan interest. Sy lebih suka bayar sendiri melalui online seperti Maybank2u untuk sebarang urusan dgn bank. Auto debit lebih sesuai utk mereka yg mudah lupa bayaran bulanan ataupun yg sukar untuk buat bayaran tiap bulan, seperti di kawasan pedalaman contohnya. Auto debit dikenakan cas, jd rugi klu kita takde masalah buat byrn sendiri, tp nak menggunakan auto debit. Setelah pinjaman dilangsaikan pula, kita yg bertanggungjawab menguruskan utk stop auto debit utk mengelakkan bayaran terlebih dibuat. Kdg kala, disebabkan timing utk urusan pembatalan itu x tepat, kemungkinan bayaran terlebih dibuat oleh auto debit. Bergantung pd bank2 tertentu, kadang kala agak sukar utk dptkan semula duit lebihan kita dan makan masa yg agak lama.

Unknown said...

salam en izmal, saya nak tanye..saye ade buat asb loan di maybank,before ni gaji dr majikan akn masuk 2hb setiap bulan..pastu awal tahun dr majikan masuk 7hb..so selalu system maybank2u akan tolak rm2 sebagai penalti..adakah rekod CCRIS saye teruk, dan susah utk beli kereta..

Unknown said...

Satila, ada kemungkinan CCRIS akan nmpk buruk sbb terdapat ruang di dlm CCRIS iaitu "Conduct of Account for Last 12 months" di mana boleh direkodkan jika account kita bermasalah atau tidak pd setiap bulan. Dlm hal ni, sama ada apply ke bank utk lambatkan tarikh auto-debit, atau pastikan sentiasa ada baki yg cukup pada 2hb tu untuk diauto-debitkan oleh bank

Unknown said...

Salam bro..saye ni baru beli motor bulan lepas..beli melalui kedai tp loan aeon..sapetutnye 2hb dah kene bayar..tp td check kt acc. bank duit belum auto debit lagi..bukan ape..kang kalau dorang call ke ap saye xangkat nanti ingat saye ape plak..saye slalu keje luar..macam mane bro ye pasal kalau bab utang ngan bank ni saye xnak sangkut2..

Unknown said...

Zakwan, rasanye tindakan dah ok tu. Sbb keje luar, gunakan auto-debit untuk elakkan bayaran lewat. Tp mmg auto-debit pun x se-auto mana, jaga kekadang mmg boleh jadi keadaan pihak bank lambat meng-auto-debitkan bayaran. Masalahnya, klu auto-debit lambat, memang peminjam yang terpaksa menanggung kos denda.

Ada satu cara lagi, back-dated cheque. Klu ada akaun semasa contohnya, boleh request buku cek. Lps tu, tulis bayaran setiap bulan, tapi backdated setiap cek tu ke tarikh setiap bulan. Cek tu pula, depositkan ke Aeon. Aeon x boleh nak cash cek tu sehingga tarikh cek smpi. Jadi duit takkan diambil, hinggalah Aeon cash kan cek berkenaan.

anis,perak said...

salam...sy btul2 memerlukn kewangan ketika ini...ingt nk pinjm kat bank ni la...ad cdgn bank lain x selain bank ni...urgent sgt2....

Unknown said...

Cuba apply kat bank yang menawarkan interest rate yg lagi rendah seperti Maybank atau Al-Radji

Anonymous said...

Pendapat saya tentang aeon ni, untuk sesiapa yg nak beli barangan rumah atau gadget, aeon adalah yg terbaik dari courts.. interest pun boleh diterima.. Cuma pandai pinjam, pandailah membayar.. Selepas dah ada akaun denga aeon, selalunya memang senang nak apply PL dgn aeon ni.. Kad kredit, barang2 di rumah termasuk gadget sy sendiri, semuanya sy gunakan aeon dan hampir semua dah habis bayar. Cuma kalau boleh jgn sangkut atau delay payment every months..Sebelum sy sign agreemnt PL dari Aeon, sy dah survey tempat lain dulu termasuklah cimb dan rhb.. Pada saya Interest Aeon adalah yg paling kurang.. Rasanya kawan2 sy semua yg nak ambil PL atau hutang barang2, mmg sy advise suh g Aeon.. Yg penting payment jgn delay.. Kita dah berhutang, kita kena ada rs tangungjawab utk pay

Anonymous said...

salam tuan , mintak sedikit penjelasan mengenai personal loan ni .. kalau kita pinjam dari Aeon 10k lepas lulus adakah amount itu mereka kasi atau mereka ada tolak2 cas urusan .. dan dari jadual pembayaran diberikan ada kemungkinan tak cas lebih dari kiraan jadual yg diberikan pihak Aeon tu.. contoh 10K 2tahun 501 X 24 = 12024 , total amount perlu dibayar mengikut kiraan jadual pembayaraan .. ada tak hidden cost disebalik ni klu kita bayor cantik .? Terima Kasih .

Unknown said...

Bila dpt agreement selepas loan approve, akan dinyatakan kos2 sampingan seperti kos pemprosesan. Biasanya kos itu akan dimasukkan ke dalam loan, dan mengurangkan duit yg kita dpt.

Anonymous said...

hi..tumpang tanye..sy ade loan asb mybank..pymnt cntek..loan kete, ade 2x lmbt baya...ade easy-rhb, n kad krdit..persoalannye, sy nk buat loan lain utk tutup loan easy n kad..kire nye sume pymnt cntek la..bank mana fast approval ya..dlm mase same, ade emergency..hrp mmbntu

alinz said...

Assalamualaikum..awk nak tanya kalau kte dpt offer PL dr aeon pastu kte tak amek tp ble check dlm ccris loan tue ada tau..macam mana kte nak delete dr list ccris yea? sb ia mggngu sy nk buat PL dgn bank. Sy tau pun sb bank tanya.

Unknown said...

Masalh skarng ni kebnyakan bank d malaysia terlalu lh payah nk buat loan.kbnyakan diorang reject..tp try kt aeon mmg mudah.mmg btol ape yg bro info kn tu.tp kalau buat laon smpai 60 bln tu mmg ler bsar intrest bro..so x yah buat lme2 la an..! Sbab kalau d bandingkan dgn bank lain pmbyaran jangka msa pndek d aeon lbeh murah dr.

Unknown said...

Salam bro..ape yg bro info byk btolnye..tp mslhnya skrng ni kbnyakan bank2 d mlysia ni diorang leh tendang ikot ske2 hti diorang je bla custmer buat laon.punye la byk reason diorng kasi.mak ai..mndidih darah bro..tp aeon ok je,xde masalah.sya bg pndapat la bro,bro bndingkan pmbyaran dlm jngka masa pendek aeon dgn bnk2 lain.murah bro.interest pon ok.kalau ambk loan dlm jgka msa max aeon mmg agk bsar bro,tp pndai2 la kn,klau dh bsar baik byr dlm jngka msa pndek.tpi kpda yg lain,sperti bro ckp..kalau xde masalh kewngan baik x yah buat loan la..salam..

Unknown said...

Sebenarnya aeon ni bagi saya Aeon terbaik.low interest.sya berurusan dgn aeon credit lbeh kurang 3 taun dh.payment sya ok..alhamdulillah diorang byk membantu sya.untuk pengetahuan bro2 n sis2 kt sini.anggaran pinjaman sya dgn aeon slma 3 taon ni lbeh 20k la.loan yg sya buat gadget,set gym dan mcm lg ar.skang ni tgl psonal je.tu pon tgl blnce dlm lbeh kurng 3k ar..u all tgk smua cwngan big bike,kday phone ke..mcm2 lg ar kedai2 d seluruh malaysia byk berursan dgn aeon skrng.terbukti aeon ok je.tp yg penting jgn la buat pmbyrn dlm jngka msa yg pnjng.bg sya interest agk bsar ckit ar.tp ok lar dr bank2 lain..skrng ni kbykanya mmber2 sya byk berurusan dgn aeon.mudah n low interest.yg pnting diorng bg nilai pmbyaran bulanan dgn hrga yg berpatutan dannterest yg rndah dan pnting sekali aeon buat pelanggan diorang mampu byr balik duit diorang.

Unknown said...

Alinz, boleh request dispute dkt CCRIS http://creditbureau.bnm.gov.my/index.php?ch=6&pg=8&ac=11

Unknown said...

Anonymous, debt consolidation cuma satu tools utk memudahkan pembayaran hutang. Tp bukan utk menyelamatkan hutang yg tertunggak. Sy syorkan check dulu kenapa ada hutang yg tertunggak. Jgn buat hutang baru sekiranye kita masih belum berjaya menjinakkan hutang lama.

Anonymous said...

kalau ctos total sume hutang dalam 6k campur dengan asb loan sebanyak 55k boleh lulus tak kalau nak buat loan dengan aeon.?asb loan tu tiap2 bulan saya bayar jadi rekod buruk untuk asb masih belum ada lagi..

Anonymous said...

Salam bro,
Mintak pndapat sikit. Sy bru brtukar tmpt kerja baru hampir sbulan dan soalannye boleh x sy mohon loan aeon mnggunakan dokumen spt payslip tmpt kerja lama.? Tujuan loan utk beli motor n sgt urgent.

Anonymous said...

salam en kamal, sya bercadang untuk amek loan aeon ni dalam 15k..tujuannanye nak wat pelaburan emas delay.. sebab member rapat sy da buat n sebab 2 sy yakin..sy perlukan rm14400 tok 100g emas..every month sy akan dpat keyntungan rm900-1200.. so dr duiy ni,sy akan amek ckit
let say 600 tok loan.. n masi berbaki keuntungan sy..en rase berbalaoi x saya buat loan ni?? satu lgi, agak boleh luluskah saya kerja d international cmpany, sekarang sedang wat asb loan dengan maybank.. xde komitmen lain spt kereta n rumah..

Unknown said...

Sekiranya loan yg diambil, digunakan utk menjana pendapatan seperti melalui pelaburan dan keuntungan dari pelaburan itu dapat cover interest dari loan, itu merupakan satu langkah yg bagus. Tp saya x dpt nak beri pendapat sama ada loan akan approve atau tak sebab semua bergantung pada budi bicara pihak kredit dari bank. Walau bagaimana pun, apa yg saya dpt perhatikan, pihak bank semakin ketat dlm meluluskan pinjaman buat masa ini

Unknown said...

Utk sebarang permohonan servis bank, sila gunakan maklumat kerja yg terbaru. Tidak mustahil utk pihak bank menghubungi syarikat tempat kerja kita utk memastikan maklumat yang dihantar adalah tepat. Kalau beri maklumat tempat kerja lama, dan pihak bank dapat tau yang saudara dah berhenti, akan memastikan permohonan tidak diluluskan sebab gagal memberi maklumat yang tepat

Anonymous said...

tapi kalau aeon ni lebuh mudah kan??

Unknown said...

Utk personal financing, memandangkan kita menguruskan wang kita sendiri, cuba dapatkan yg terbaik utk wang kita. Kurangkan duit yg terbuang disebabkan interest rate tinggi atau disebabkan kos2 lain yg boleh dielakkan. Hanya kerana memohon pinjaman dari satu2 institusi itu mudah, bukan 100% bermakna institusi adalah yg terbaik utk wang kita.

Unknown said...

encik izmal..ada pertanyaan ni.saya seorang member elken dan mempunyai downline dengan last minit tarik diri untuk tidak ambil barang dari elken.masalah sekarang barang dah approved dan AEON sdh luluskan pinjaman tersebut tetapi downline sdh tarik diri last minit maka saya terpaksa tanggung kos tersebut. pertanyaan saya, barang tersebut belum buka dan still dengan elken, adakah barangan tersebut boleh dipulangkan dan membatalkan perjanjian tersebut?...

Unknown said...

AJ - saya tak tahu sgt mengenai Elken. Tapi apa2 je produk atau barangan, kena uruskan direct dengan syarikat produk itu. Aeon hanya bagi pinjaman je.

Anonymous said...

Encik Izmal,
Bagaimana dengan pinjaman peribadi dari pemimjam wang berlesen yang kita yakini bahawasanya ia tidak seperti ahlong?

Unknown said...

Pinjaman kepada bank yg selamat pun boleh jadi bebanan kepada peminjam sekiranya kita gagal memahami selok belok hak kita sebagai peminjam. Saya amat tidak menggalakkan pinjaman dari badan selain bank, utk memastikan hak kita tidak disalah-gunakan.

Anonymous said...

Terima kasih atas jawapan.
Agak sukar sekarang untuk mendapatkan PL kerana CCRIS merekod aktiviti pembayaran kita.
Ini kerana auto debit yang lewat 2 hari dari tarikh sepatutnya selama 4 bulan berturut-turut telah memberi kesan history payment saya.Bukan x bayar cuma permindahan akaun gaji ke bank lain saja.
Selama 2 tahun pembayaran hutang tidak pernah sangkut itupun x approve.

Unknown said...

Betul tu. Mmg kelulusan utk pinjaman agak ketat pada masa sekarang. Tapi cuba jgn smpi membahayakan kewangan sendiri, mengarah ke jalan yg mudah tapi bahaya utk dapat pinjaman. Pinjaman adalah satu liabiliti yang berat, dan bakal membebankan pada masa akan datang. Saya amat-amat menggalakkan pembaca semua utk cuba membentuk hidup ke arah debt free dan jgn smpi kewangan peribadi kita byk bergantung kepada bank mahupun institusi kewangan lain.

Anonymous said...

Salam Tuan,
Selama ini saya tidak pernah ambil kisah berkenaan auto-debit easy RHB dari akaun saya sebab ianya akaun gaji.
persoalan saya ialah:-
1. Gaji selalu masuk 1hb x pernah lewat
2. Tarikh bayaran PL ialah 27hb (ikut perjanjian)
3.Disebabkan gaji masuk 1hb, so the auto dept bru potong masa tarikh itu..
Maknanya mmg rekod CCRIS saya ada kesan kan yg boleh menyebabkan bank x approve new loan?
Saya pinjam 3K ja x pernah miss bayar cuma kes auto dept lewat je dari akaun?

Unknown said...

Sy cadangkan dptkan print out CCRIS dulu dan tgk sama ada byran lambat tu direkodkan atau x.

Anonymous said...

salam..nak Tanya..kalau tak bayar balik sebulan ada masalah tak? saya baru sebulan ni tak dapat bayar..tp aeon call mcm nak mati..paksa bayar...sila advice sesape boleh?

Anonymous said...

En. Izmal Hussein,
bole tlg bg sya pendapat, sya ingin ambil satu kereta 2nd yg brharga rm9,500.. sya amat2 memerlukan kereta buat masa ini, sya baru clearkan nama sya dari ctos yg berjumlah rm20k++ setahun yang lalu, bolekah sya membuat loan aeon ini? sya rasa sya mungkin tak lepas buat loan dibank2 sbb sya mempunyai komitment yg tinggi selain ada ccris.. adakah keputusan sya ini untuk pakai kete dgn membuat loan aeon adalah keputusan yang tepat?? t.ksh...

Unknown said...

Sy syorkan buat kira-kira yg mendalam dulu mengenai perbelanjaan bulanan. Pastu, nilai sendiri sama ada bulanan kereta yg nak dibeli tu, mampu dibayar atau x. Buat pinjaman kereta adalah liabiliti. Klu ikat 9 tahun contohnya, maksudnya kena menanggung bayaran bulanan selama 108bulan. Jadi nilai sama ada kita ada cukup wang untuk 108 bulan yg mendatang utk bayar bulanan kereta.

Anonymous said...

salam..saya gaji + elaun tetap RM1400.00 dan adakah saya boleh apply loan aeon berjmlah 13k?saya xda sebarang komitmen lain lagi

Unknown said...

Saya x pasti sama ada loan boleh approve atau x, semuanya bergantung pada budi bicara pihak Aeon. Cuma biasanya, jika total liabiliti bulanan di bawah 30% dari gaji bersih, kemungkinan lebih besar utk dpt kelulusan.

Unknown said...

Assalam. .tumpang tnya ye..ade member elken ajak join die tpi die x de ckp pun nak wat loan aeon atas name saya..tup2 loan dah lpas n saya kene byar 210 selama 3 tahun..so saya hot lah n saya nak cancel loan tu..sbb aeon call x de pun ckp pasal loan..skrang saya mmg x nak barang dri alken tu..ade x cara len nak cancel loan aeon tu..pening saya pk..kang bayar hutang bodo jer

Unknown said...

Disebabkan loan dah approve dan barang elken tu dah dpt ke tangan Wak Jo, hanya boleh settle melalui Elken saja. Maybe boleh pulangkan barang ke Elken dan bincang pasal cancel loan melalui Elken. Klu terus ke Aeon, mmg rasanya Aeon x dpt nak buat apa2.

Hantu Nakal said...

salam sy baru nak buat personal loan ngan aeon,,,letih p maybank,cimb,bank rakyat,mana2 bank x lepas,sebab swasta kena gaji atas 2k baru le approve,,x de cara lain g aeon credit,pinjam nak kawen..harap lepas...macam tu la kitaran hidup,nak hidup nak senang sikit,kena la berhutang,even yang da jadi kaya raya,mesti pernah berhutang,yang penting komitmen

Anonymous said...

Baru2 ni saya ambik pinjaman sebanyak 3.5k..bayar ansuran rm188 untuk 24 bulan.untuk bayar kos perubatan bapa..in case kalau jadi apa nak apply lagi agak nya boleh tak..

Unknown said...

Sedihhhh ngan aeon.

Anonymous said...

assalam nk tnya en izmal hussein ni keja aeon kaa

Unknown said...

Salam bro, sy still confius. Saya ade buat pinjaman dengan easyrhb rm 3000 tenure 5 tahun. Bulan ni terlewat bayar 10 hari and sudah buat bayaran bulanan 90. Berape cas denda lewat yang dikenakan? tak faham kalau tgk agreement 1% dari jumlah tunggakan?

Unknown said...

x. saya x bekerja dgn aeon

Unknown said...

Saya dah memohon dekat sebulan
Tapi pihak aeon x call saya langsung
Kenapa erk?

Unknown said...

salam...pihak aeon akan rujuk CCRIS ke utk approve loan? and kalau approve loan...akan ada data pinjaman dgn aeon dlm data CCRIS ke?

Anonymous said...

salam bro..kalau pinjam 10k brape dia bg..10k gak ker or 9k+ je

Unknown said...

Sebarang pinjaman dari AEON, akan ditolak dgn cas-cas permohonan dan baki je yg didebitkan ke dalam akaun masing-masing

Unknown said...

Salam...saya nak buat PL easy bank rhb, check status lulus 16k (432/month)..tp sy tak pinjam lg cuma br check status
kelayakan je... saya nak buat bisness... pada masa yg sama saya nak buat pinjaman dari punb untuk usahawan muda juga, masalahnye kat sini...easy bank akan luluskan dlm masa 5hari je, punb plak amik masa yg lama sikit sebab mcm2 nak kene sediakan, saya nak pakai duit lepas raya... ape pendapat encik kalau saya buat PL easy bank rhb untuk 1st step, lepas punb luluskan pulak saya akan repayment rm1000/month untuk 18bulan..

Unknown said...

Salam Wan, cuma ambil pinjaman sekiranya duit pinjaman itu boleh digunakan utk menjana pendapatan seperti untuk memulakan perniagaan sahaja dan cuba ambil pada nilai cukup-cukup utk digunakan dan pada nilai kadar terendah. Double loan amatlah tidak digalakkan disebabkan kita akan makin rugi disebabkan kadar interest yg perlu dibayar. Jangan meletakkan diri dalam keadaan terburu-buru atau terdesak ketika membuat sebarang keputusan melibatkan kewangan peribadi. Sentiasa fikir secara rasional dan timbangkan keuntungan sendiri

Unknown said...

Assalam. Mungkin ada yang perasan bahawa soalan-soalan sama ada loan boleh lepas tak, kenapa loan tak lepas, kenapa AEON ambil masa lama untuk approve loan, tidak saya paparkan di sini. Utk makluman, saya bukan mewakili AEON malah saya agak bias dengan servis AEON mahupun bank-bank lain. Saya pro kepada pengguna dan memberi pandangan peribadi saya yang lebih menjurus kepada kepentingan pengguna. Jika terdapat soalan-soalan berkenaan servis AEON, sila rujuk terus kepada pihak AEON atau bank-bank terbabit.

mohd sumarzuki said...

Saya nak tahu apa pasal pinjaman saya tak layak...

mohd sumarzuki said...

Jadi awak wakil apa

Unknown said...

Siapa tiada wakil mana-mana pihak. Ini blog peribadi saya di mana saya kongsi pengalaman saya ketika berurusan dengan pihak-pihak kewangan

Unknown said...

Jika permohonan kita tidak diluluskan, pihak bank tiada sebarang keperluan untuk beritahu kenapa permohonan kita tidak diluluskan. Malah, setiap permohonan yang tidak lulus akan direkodkan di CCRIS di mana siapa-siapa yang dapat info CCRIS kita akan nampak sejarah yang mengatakan permohonan kita tidak diluluskan menyebabkan bank-bank lain akan lebih berhati-hati ketika penilai permohonan kita. Jadi berhati-hati jangan main mohon je apa-apa pinjaman tanpa kita menilai sama ada kita layak atau x, sebab setiap permohonan yang tak layak akan ada rekod dalam CCRIS dan sedikit sebanyak memburukan rekod kita

Anonymous said...

Salam , sy buat loan aeon beli motor , lepas tu 2 bulan je sy bayar . lepas tu dekat setahun tak bayar , sbb mase tu baru berhenti kerja , ni sy dah keje balik . Gaji best . Patu gaji sy bulan pertame , takde kene tolak pape , gaji bulan kedua tibe2 duit sy rm1300 lesap , stelah di cek , rupe nye aeon dah potong , patu gaji ke 2 ni , bnyk jugak la , sy tak penah deal auto debit potong terus dari bank , so cmne ek ? boleh ke cancel kan autodebit ? Reply me please .

Anonymous said...

salam..nk mnta pndgn..sy dpt offer dri hq eon wat PL. kata diorg,diorg offer sbb byr loan mto skrg ni cntik xde mslh..klu sy wat 5 rbu byr slame 3thun.bpe intrest yg sy kena?

Unknown said...

Dlm hal seperti auto-debit, lebih baik berurusan terus dgn pihak bank. Disebabkan tuan tertunggak setahun, kemungkinan besar akaun tuan dipindahkan ke bahagian collection di mana tuan perlu mencari pegawai yang terbabit menjaga akaun tuan utk urusan seterusnya.

Unknown said...

Memandangkan anda sudahpun mempunyai akaun di AEON, mungkin PL tu ditawarkan dgn interest 10.08% setahun. Utk pinjaman RM5,000 selama 3 tahun, jumlah interest yg perlu dibayar ialah RM1,512 iaitu lebih kurang bayaran bulanan RM181

akma said...

saya nak minta pendapat, terpaksa buat loan tpi xnk jdi beban kemudian hari. easy rhb, aeon atau al-rajhi. salary 19++ . saya xpnh wat PL, cuma loan kete, dan penh sangkur 2 bulan 2thn dulu skrg dah ok. nk minta pendpt bank mana yg ok kureng mslh. kita tahu kalau da PL mana2 pn mslh sbb da berhutang cuma klu ada pengalaman bank yang tidak bebakan peminjam hehe. tq

Unknown said...

Sekiranya betul-betul perlu buat personal loan, ambil kira yang interest paling rendah ye.

Anonymous said...

Macam mana nak bayar duit motor guna maybank2u ? Maaf, i'm newbie . TQ

Unknown said...

Boleh pakai Interbank Transfer sekiranya ansuran motor itu dengan mana-mana institusi bank

Anonymous said...

Salam. Beberapa tahun yg lepas sy ada membeli motor utk kegunaan adik sy. Malangnya dia tidak membayar dan kesannya nama sy disenarai hitam. Last time sy check kt bnm,ada rekod drp aeon. So mmg aeon pn masuk ccris jgk? Bkn ctos je? Lg 1 nk tanya,sepanjang tempoh adik sy tak byar,amout tunggakan akan sentiasa naik ke smpai ke hari ni? Terima kasih.

Unknown said...

Ya, Aeon antara credit service yang akan update ke CTOS dan CCRIS juga. Selagi jumlah pinjaman tak dilangsaikan, akan dikenakan interest dan jumlah hutang akan bertambah. Pihak Aeon juga boleh meminta arahan mahkamah untuk menggesa kita menjelaskan hutang tertunggak. Jika di mahkamah, pembicaraan menunjukkan kita tidak mampu melangsaikan hutang, mereka juga boleh membawa kes ke Jabatan Insolvensi untuk declare kita bankrup dan Jabatan Insolvensi akan uruskan kewangan kita sehingga semua hutang dilangsaikan.

Anonymous said...

So maximum smpai berapa hutang itu akan meningkat? Sbb sy dah lama tak dpt panggilan drp aeon walhal no telefon sy tak tukar pn.

Unknown said...

Akan berterusan meningkat tiap bulan. Pengalaman saya, ketika credit card Aeon overlimit RM4,000 dan saya tak bayar, hingga boleh sampai baki hutang jadi RM8,000.

Unknown said...

Salam?.. Sy dsini blum pernah buat pinjaman d mna2 cawangan atau mna2 bank...sya nak tnya layak ke sy buat pinjaman aeon untuk tarik motor??..

Unknown said...

Salam ..sya ini blum pernah buat pinjaman d mana2 cawangan atau pun d mana2 bank..jadi sy nk tnya ..ada ka sya layak buat pinjaman aeon credit untuk tarik satu motor????

Unknown said...

Salam..sye nk tnya..sye ni belum pernah buat pinjaman d mana2 cawangan atau pun d mana2 bank..sye nak buat pinjaman dari aeon credit..tapi ada ka sye layak????..

Unknown said...

Boleh cuba mohon di Aeon. Kelulusan adalah mengikut budi bicara mereka. Yg penting, pastikan tanggungan sebulan di bawah 70% dari pendapatan

Pemborong-pengedar said...

salam nak tanyayalah izmal..saya ada baki pinjaman motor sebanyak sebanyak 225 dan bulan ni habis..boleh ker buat terus personel loan..sebab saya ada keperluan mendesak..bank banyak tak approve..agaknya nak kena hantar ke segala maklumat yang diperlukan..sebab maklumat lama masih ada pada mereka masa pembelian motor

Unknown said...

Sekiranya permohonan sebelum ni ditolak disebabkan ada tanggungan pinjaman motor tu, perlu clearkan dulu rekod pinjaman motor tu. Setelah habis bayar motor, kadang ambil masa 1 hingga 2 bulan, baru rekod2 CCRIS diupdate. Jadi, habiskan bayaran motor dulu, tunggu dlm sebulan, dan periksa sendiri rekod CCRIS di kiosk. Klu rekod dah update, baru buat permohonan baru. Permohonan yg ditolak pun akan masuk CCRIS. Jadi klu nak laporan kredit kita lawa, kena berhati-hati juga ketika buat permohonan baru.

Unknown said...

Saya blacklist ctoss..tetapi saya masih dapat kelulusan pinjaman aeon motor..sebelum ni saya ada buat pinjaman aeon kamera.hset,meja makan loan peribadi..dan insyaalah saya akan mohon aeon sekali lagi utk loan kereta hampir 50k tak lama lagi..apa yang saya nampak melalui pengalaman jika pembayaran balik ok..insyaallah akn dluluskan

azamhakim said...

Dulu sy penah buat loan kereta tapi bank x lulus sebab saya tidak ada hutang apa2..lepas itu saya cuma ada buat loan rhb 10k sahaja lepas 2 bulan saya cuba masuk lagi loan kereta tapi tidak lulus juga..saya ada tanya kwn2 dia kata kena tgu 6 bulan baru boleh masuk blk..betul ke?skrg ini baru 5 bulan..

Unknown said...

Bank ada banyak benda yang dinilai sebelum meluluskan pinjaman sesiapa. Antaranya ialah check tanggungan seperti bayaran bulanan yang ada, check rekod bayaran tanggungan dan check permohonan yang dilulusakan atau ditolak. Ini semua melibatkan kredit rating kita dan rekod di CTOS dan CCRIS. Jika permohonan asyik ditolak, boleh check sendiri rekod CTOS dan CCRIS untuk tengok apa yang bank nampak sehinggakan bank menolak permohonan azam ye.

Unknown said...

Sy ade buat loan aeon ni..dan suda amik motor....
Boleh ke sy batalkan loan dan pulgkan motor itu semula...
Atau ade kah cara lain untuk masalah ini

Unknown said...

Kalau pulangkan motor pun, akan dikira sebagai jual semula 2nd hand, nilai terus jatuh. Nilai harga 2nd tu akan guna untuk top up loan, dan pastinya kurang dari harga loan. Jadi, akan kena bayar cash beza nilai tu.

Anonymous said...

Berapa denda yg dikenakan oleh aeon jika lambat bayar ansuran bulanan.. jumlah yg sy pinjam adalah rm2800.

Anonymous said...

Salam....sya kmarin g aeon credit utk PL..sya wt pinjaman 15k..gji bersih 1700++...ase sya lulus x dgn dgn PL 15k tu...tpi ada acc dgn aoen sbb bli moto bwu2 nie..bln nie bwu start byr bulanan rm140 mto bwu tu dgn aeon..

Unknown said...

Boleh rujuk agreement atau statement untuk lihat Late Payment yang dikenakan.

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 325   Newer› Newest»

Post a Comment