Thursday 27 September 2012

AEON : Pinjaman Peribadi i-Cash

Salam kepada para pembaca. Beberapa rakan saya ada bertanya mengenai pengalaman saya membuat pinjaman peribadi dengan AEON credit service. Jika para pembaca pernah ke website AEON, pasti anda tahu yang maklumat di situ adalah amat terhad.



Sebelum saya terjah lebih mendalam, ingin saya terangkan pada semua bahawa AEON Credit Service hanyalah pemberi hutang melalui kredit kad, ansuran bulanan, insurans dan pinjaman peribadi sahaja sedangkan mereka sendiri bukanlah satu institusi bank. Disebabkan itu, keuntungan syarikat dari bahagian end customer profit terletak hanya melalui faedah (interest) dari pemiutang dan terhad pada perkhidmatan yang mereka tawarkan sahaja. Kalau nak dikatakan dengan lebih mudah, lebih kurang macam along la, cuma bagi pinjam duit, letak faedah (bunga) dan kutip keuntungan dari bayaran balik. Takde turnover syarikat dari saham, unit trust, atau yang sewaktu dengannya seperti institusi bank yang lain.

Berbalik kepada pinjaman peribadi atau apa sahaja perkhidmatan yang AEON tawarkan, saya ingin mengsyorkan supaya para pembaca cuba survey tempat lain dulu. Cuba tengok tawaran dari bank international dulu, sebab servis mereka antara yang terbaik. Kalau kita tidak menepati syarat mereka, cuba survey bank domestik pula seperti Maybank, CiMB, RHB dahulu. Kalau dah betul terdesak sebab susah nak memenuhi syarat bank domestik, barulah menjengah ke AEON Credit Service, itu pun setelah berfikir 5, 6 kali dulu ye.

Yang pertama, kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi. Di website tulis 0.8% besar-besar, hanya buat gimik je. 0.8% tu untuk sebulan. SEBULAN tau, bukan setahun. Jadi setahun adalah 9.6%. Ooh, ok la tu kan, murah lagi, kan? Belum habis cerita ni. Kadar faedah 9.6% setahun tu hanya untuk pinjaman RM5,000 ke atas sahaja dan pemohon mesti sudah mempunyai kredit kad. Kalau pemohon belum ada kredit kad, minta maaf, banyak lagi berita buruk mendatang.

Kalau pemohon tidak ada kredit kad, adakah pemohon pemegang kad AEON Express? Kalau pemohon ada kad AEON Express, iaitu memang sudahpun menjadi customer kepada AEON, naik sikit kadar faedah pinjaman AEON ke 10% setahun. Baik sungguh AEON jaga existing customer, dapat kadar faedah 10% jer.

Oh, tapi kalau pemohon baru, belum pernah berurusan dengan AEON, dan belum ada kredit kad, berapa kadar faedahnya? Kalau pemohon baru, jangan risau, sama juga macam pemegang kad AEON Express, dapat kadar faedah 10% setahun asalkan meminjam lebih dari RM5,000.

Tetapi, kalau nak pinjam kurang dari RM5,000, ada beza tak? Teramat beza sangat. Kalau nak meminjam kurang dari RM5,000, untuk pemegang kad kredit dan kad AEON Express, kadarnya 14% setahun. Untuk pemohon baru yang tidak ada kad kredit pula, kadar faedahnya 18% setahun. Tak salah taip ni ye, memang 18% setahun. Dah sama macam buat cash advance pakai kad kredit pula.

Para pembaca boleh nilaikan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk memohon pinjaman dari AEON ini. Fikir masak-masak sebelum memohon dan fikir masak-masak sebelum permohonan diluluskan.

Sekiranya anda telah pun meminjam dengan AEON, pastikan tidak tertinggal bayaran bulanannya. Sekiranya rekod pembayaran anda buruk, bersedialah untuk menerima surat merah dan panggilan telefon dari AEON yang bertubi-tubi dengan bahasa-bahasa yang teramat “manis” untuk memastikan anda memulangkan duit mereka.

Jika anda benar-benar ingin memohon, sediakan 1 salinan photostat Kad Pengenalan, 1 bulan slip gaji terkini dan salinan buku bank simpanan anda atau penyata bank. Untuk memohon, boleh walk-in ke mana-mana cawangan AEON Credit Service, atau poskan borang dan dokumen ke AEON Credit Service (M) Berhad, Level 29, Menara Olympia, No. 8, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, atau faxkan sahaja ke 03-2036 5988.

Bagaimana cara pembayaran jika pemohonan diluluskan? AEON akan kredit masuk wang pinjaman (selepas tolak bayaran-bayaran lain) ke bank simpanan pilihan anda.

Berhati-hati sebelum membuat pinjaman peribadi ye. Elakkan berhutang sekiranya masih ada jalan penyelesaian lain untuk masalah kewangan masing-masing.

326 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 326 of 326
Unknown said...

Boleh rujuk agreement atau statement untuk lihat Late Payment yang dikenakan.

Unknown said...

Perlu tunggu surat jawapan lulus atau tidak untuk pinjaman itu. Kelulusan bergantung pada budi bicara mereka. Dengan maklumat yg anda beri, mungkin boleh lulus jika jumlah liabiliti anda kurang dari 40%

Unknown said...

kalau loan dah lulus dan dah sign agreement suem biasanye berapa lama masa yg diambil untuk dpt duit tu dalam akaun yg dipilih?

Anonymous said...

izmal,nak tnya..bole ke x sy nak buat personal loan dgn aeon sdgkan ptgn kswp tiap2 bulan xda..sy b'kja secara freelance..skng ni xda ptgn kwsp..sblm ni sy b'kja dgn company lain..sy ada loan pc..bulan 6 ni byran tu akn settle..byran xpnh miss..cumanya sy bingung skng..kwsp nya ptgn tiap2 bulan xda..ada cara lain ke nak urus??sbb bulan 6 ni sy nak pkai duit..nak pinjam dlm 10k..

Unknown said...

Dlm satu atau 2 minggu

Unknown said...

Kurang jelas masalah awak tu, sbb Personal Loan takde kena-mengena dengan potongan KWSP.

Unknown said...

salam..nak tanya..kalau dah buat permohonan pertama tetapi tidak diluluskan,nak coba kali kdua..boleh ker?

Unknown said...

Syasya, klu tiada perubahan dgn permohonan yg pertama seperti masih gaji yang sama atau masih tanggungan yg sama, tak digalakkan cuba lagi. Sbb kemungkinan besar akan tidak diluluskan juga. Dan semua rekod permohonan yang tak lulus akan disenaraikan di CCRIS membuat rekod CCRIS jadi tak lawa

Anonymous said...

as salam En.Izmal aeon kredit ada kaitan dengan courth mammoth x?
kalau masih ade hutang tertunggak di court mammth aeon boleh detect x?

Unknown said...

Hutang Court Mammoth dan AEON akan tersenarai dalam CCRIS untuk rujukan semua institusi kewangan

Unknown said...

Nak tanye...kalau kita da buat permohonan pinjaman dengan aeon credit dah siap isi n sign borg tapi belum serah slip gaji n buat pengesahan melalui telefon...sy nk batalkan ade ape2 penalti yang dikenakan x?

Unknown said...

SIti Azmah, Bergantung pada tahap proses tu. Klu permohonan tu masih belum sampai ke HQ atau bahagian kredit, maknanya belum diproses langsung, mmg takde masalah untuk batalkan. Tapi kalau dah diluluskan oleh bahagian kredit, akaun pinjaman dah aktif dan pembatalan mungkin ada penalti ikut surat perjanjian yg dah ditanda-tangani.

Anonymous said...

saya pernah loan hp melalui aeon credit..tab & smartphone..record pembayaran mmg cantik..tak pnh myangkut..baru2 ni saya cuba pulak buat personal loan..try 10k..OMG tanpa bnyk songeh..aeon bagi approved 1 hari jea...pagi officer dia call dlm pkul 9 10 mcm tu lpstu ptg dlm pukul 3..saya dpt msg yg loan sdh approved..sila pergi cawangan aeon utk sign aggrement..i cant believe that aeon so fast..10hb saya hntr permohonan..11hb loan approve..saya berhasrat utk mengekalkan record baik saya kat aeon..supaya senang nk minta 'tolong' lain kali..hehehehe

Anonymous said...

Salam..sy nak tanya gaji sy skrang ni basic 960 + elaun tetap jadi 1300 semuanya..pada pendapat encik Izmal ada kemungkinan untuk lulus x kalau sy nak buat loan sebanyak 5k..?tq

Anonymous said...

Pada pendapat encik Izmal kalau sy nak buat loan dlm 5k ada kemungkinan untuk lulus x.?gaji sy skrang ni basic 960 + elaun tetap jadi 1300 semua..

Unknown said...

Klu tiada tanggungan lain, rasanya tiada masalah. Tp kena ambil tempoh 3 tahun ke atas supaya bayaran bulanan nampak selamat sikit utk gaji tu. Dan pastikan 3 slip gaji, konsisten tunjuk elaun hingga RM1.3k. Klu tak, mungkin hanya gaji RM900 tu je yg diambil kira.

Anonymous said...

salam semua... cuma nk bertanya yg ade pengalaman dgn aeon ni... kalo kita buat loan kereta dgn aeon... berapakah interest yg di kenakan oleh pihak aeon... dan berapa lama kah proses loan utk kereta yee... terima kasih

Anonymous said...

Sorry sy nak tanya, apa risiko kita takbayar hutang aeon ?

Unknown said...

Sy nk wat pl.. tp sy bkerja sendiri ada ssm lesen n akaun simpanan saja. Tnpa akaun semasa bole ke apply pl dgn aeon?

Unknown said...

hi izaml. sy nak buat PL sebanyak 10k gaji bersih sy 1000+ tapi potongan kwsp sy stiap bulan ikut basic 560. maksudnya hanya rm62. sy pun approve juga sebab takut najib makan duit hahha. tp rsanya lepas ke tak? kwsp dan laon mmg ada kaitan ke? thanks ya..

Unknown said...

Quennie, loan bergantung pada tanggungan ataupun baki gaji bersih selepas tolak bayaran hutang. Klu lepas tolak KWSP dan hutang, masih ada dlm 40%, ok lagi tu utk apply loan

Unknown said...

Assalammualaikum en izmal... sy beli moto tpi syarikat moto menggunakn loan dari aeon....
Persoalan sy adakah sy kerugian? Atau berbaloi...sbb harga moto angaran 20k++ Dan approved loan dlm 20k... bulan2 rm420x6years... kadar rate 0.66%.... berbaloi ka? Sy xde pilihan coz company moto hnya menggunakn aeon credit je........mohon penerangan

Unknown said...

Izmal, mtk email or phone number

Unknown said...

Dah sign agreement brpa lma bru duit msuk..

Anonymous said...

salam.
nk tnya mcm mna nak cek sendiri rekod CTOS & CCRIS? sb en izmal ada bg tau Boleh check sendiri rekod CTOS dan CCRIS untuk tengok apa yang bank nampak sehinggakan bank tolak permohonan

Unknown said...

saya nk tnye..sy ade CCRIS boleh ke nk wt loan dgn Aeon credit x??sy sgt memerlukan duit skrg nie..kiranya sy nk langsaikn hutang skali dgn nk pnjam dgn aeon credit nie

Unknown said...

Utk check CCRIS, boleh rujuk post saya di http://moneymatter7.blogspot.com/2013/07/laporan-ccris-portal-kredit-anda.html

Unknown said...

Eiha cahaya, teramat jarang bank-bank memberi loan untuk pembelian motor. Ansuran motor biasanya atas pinjaman pihak kedai sendiri atau pun melalui Aeon. Aeon punya beri interest rate antara 9% hingga 18%. Klu Eiha bayar RM420 selama 6 bulan, maknanya Eiha dpt interest rate dalam 9%, iaitu yg terendah Aeon tawarkan. Jadi tak rugi sgt.

Unknown said...

Sama ada Aeon meluluskan atau tidak permohonan, bergantung pada budi bicara Aeon. Utk memastikan pinjaman mudah diluluskan, pastikan CCRIS rekod cantik (tiada blacklist contohnya) dan Nisbah Hutang kurang dari 50%

Anonymous said...

Salam Izmal..
Sekadar utk minta pendapat.. saya ada 2 personal loan (1PL akan habis may tahun depan).. 2 credit card.. pembayaran skrg sudah melebihi 70% dari gaji saya..sy cuba memohon PL dgn pelbagai bank..tapi x berjaya sbb full commitment.. dan saya tak pernah miss any payment.. semua nye sy bayar on time tanpa sbrg tangguhan.. bole ke sy memohon aeon PL utk membayar balik 2 crdt card tu.. sbb setelah sy kira.. dari sy byr setiap bulan utk crdt card dlm 1500++.. ada baik nya saya apply PL utk byr semua cc. dgn hanya byrn 8++ sbln. mohon pencerahan.. terima kasih.

Unknown said...

Sekiranya commitment bulanan dah melebihi 70% gaji, mana-mana bank pun berkemungkinan menolak permohonan pinjama.

Anonymous said...

Salam.. sekiranya nisbah hutang melebihi 70%.. masih boleh apply aeon PL ke.
Nama bersih dalam semua pinjaman..no ctos..no ccris.

Unknown said...

Biasanya 40% - 50% pun bank-bank dah susah nak approve. Klu 70%, mmg jarang bank-bank approve.

Anonymous said...

Kalau tidak boleh apply.. jalan terakhir adalah akpk.. need ur advise

Unknown said...

Klu perlukan consultancy yang lebih mendalam, boleh email saya di kamal7812@gmail.com. Sekiranya saya dapat fahamkan masalah tuan/puan lebih mendalam, mungkin saya dapat memberi pendapat yang lebih bersesuaian.

Unknown said...

Perlu buat pembatalan ke? aku pun dah terjebak ni. .mmg nak batalkan je..agak2 kalau abaikan ade effect tak kat pemohon?

Unknown said...

Tumpang tanya kalau nak abaikan@tak ambil duit loan sekiranya lulus ada apa2 effect buruk tak?

jackillerzz said...

Assalam ...klu sy nak amik cash guna kad kredit bank lain kat aeon bleh x ..?

Unknown said...

Jangan terlalu takut dengan AKPK. AKPK pernah menyelamatkan saya untuk keluar dari hutang RM100,000 dan membantu untuk memperbaiki disiplin kewangan saya. Jika ada masalah kewangan, boleh rujuk kaunseling AKPK dahulu. Sekiranya keadaan kewangan semakin meruncing, jangan takut untuk memohon DMP di bawah AKPK

Unknown said...

Unknown, sekiranya pembatalan yang encik maksudkan itu adalah permohonan Personal Loan, ya, sila rujuk ke bank untuk pembatalan.

Unknown said...

Hairul Paazmin, untuk urusan bank, jangan sesekali lost communication (komunikasi terputus) bersama pihak bank. Sekiranya loan dah approve, nak batalkan, mesti merujuk kepada pihak Bank untuk urusan seterusnya. Mengabaikan dan tak mengambil wang loan, tidak membantu sebab sistem bank masih terus menjalankan akaun pinjaman encik, walaupun wang pinjaman tak dikutip.

Unknown said...

Salam jackillerzz, saya tak pernah terdedah pula pada perkhidmatan Aeon memberi tunai melalui kredit kad bank lain. Mungkin tak boleh.

Unknown said...

Kt aeon sye ade personal loan baki RM 700 Dan boleh sye apply loan personal lgi

Unknown said...

Vignes, boleh hubungi Aeon berkenaan perkhidmatan mereka

Anonymous said...

Aslmkum bro... hari tuh ada nak minta personal loan kat aeon ni. basic rm900 komitmen rm200 je,,, tuh pun moto ak..tpi + income ak dah dkt rm1300++ sebulan... ak nak buat loan dya reject sebab apa?

Unknown said...

Waalaikumussalam, sorry, saya tidak mewakili Aeon dan tak tahu kenapa permohonan ditolak. Pihak bank juga tidak perlu memberitahu sebab-sebab kenapa permohonan ditolak. Mungkin encik boleh kira berapa peratusan bayaran bulanan dan komitmen encik kepada gaji basic. Jika peratusan lebih 40%, mungkin itu sebab permohonan ditolak. Masalahnya, semua permohonan yg ditolak akan direkodkan di CCRIS. Jika byk rekod permohonan kita ditolak, permohonan akan dtg di bank-bank lain juga akan menyebabkan bank-bank lebih berhati-hati untuk meluluskan permohonan. Jadi, jika permohonan dikhuatiri bakal ditolak, jgn buat permohonan, untuk menjaga rekod CCRIS kita untuk masa depan ye.

Unknown said...

sy ada mohon PL ngan CIMB dan RHB.. tgh tnggu 1 minggu.. sy nak taw peratusan sy lulus? gaji 2300.. sy mohon 18k.. teda CCRIS.. cuma sy ada ambil hp ngan sen heng dan byr bulanan 200.. dan pekerja bank tu apply skli utk kad kredit supaya senang lulus.. thk u..

Unknown said...

Cik Halimah, kelulusan pinjaman bergantung pada budi bicara bank, mengikut peratusan liabiliti atau tanggungan pemohon

Anonymous said...

salam . Saya Minggu lepas ada buat pinjaman dengan aeon nh . saya buat pinjaman teliphone . dah seminggu lebih nh takde respone . Acane ehh

Unknown said...

Boleh hubungi mereka

Unknown said...

As salam..saya nak tnye knp loan saya tidak lulus yer..diorg nilai dari segi ape yer..sbb saya dh lame settle kan hutang saya dgn aeon kredit..dan xde masalah pun..bile saya call tnye pasal loan saya diorg x blh jawab..tp bile saya tnye nama saya clear x dlm akaun aeon kredit..diorg kate clear...so saya pelik la.. tolong bagi pencerahan sikit..plsss

Unknown said...

Salam Miera Idora, cuma pegawai yang review permohonan Cik Miera sahaja yang tahu kenapa tidak lulus dan pegawai itu tidak dibolehkan untuk memberitahu kenapa permohonan tidak lulus. Ada banyak perkara yang dinilai ketika meluluskan loan, dan walau sekecil mana pun isunya, sekiranya bank tak yakin, bank tak perlu meluluskan permohonan.

Unknown said...

adakah sebb bayaran saya terdahulu tidak cantik...sbb itu loan saya tidak lepas?? dan macm mane saya nak yakinkan Aeon krdt yg saya berminat untk memohon loan tersebut??

Unknown said...

Kemungkinan bank tak yakin:
1. Terdapat rekod bayaran tertunggak atau terlambat bayar (walaupun dgn bank lain)
2. Hutang semasa terlalu tinggi berbanding pendapatan bersih (melebihi 40%)
3. Terdapat rekod permohonan yang pernah ditolak (walaupun dari bank lain)

Untuk meyakinkan pihak bank, mungkin perlu memastikan rekod bersih dari perkara-perkara di atas lebih dari 3 bulan, mungkin.

Unknown said...

as salam bro....sye nk tye...boleh ker sye apply lgi aeon tuk kli kedua lepas sye pye loan kne tlak...

Unknown said...

Salam Sis. Tiada halangan untuk apply loan. Tp, jika tiada apa-apa perubahan informasi dari permohonan yang terdahulu dengan yang terkini, kemungkinan besar bakal ditolak lagi permohonan itu. Malah, pihak-pihak bank akan semakin tegas dalam menilai permohonanan seseorang, setiap kali pihak bank nampak rekod CCRIS yang menunjukkan terdapat permohonan terdahulu yang pernah ditolak.

Anonymous said...

mcmna pl yg bro buat tu?? lpas x??

Anonymous said...

Salam.. Sy ade buat loan kat Aeon, dah nak dekat 2 tahun bulan April ni last payment yg sy kena settle. tp utk bayaran bulan Januari ni (Due on 2nd January) sy ada outstanding sbb nk kena pakai duit. Sy plan nk bayar bila gaji nanti sekali dgn Februari pnye installment. Aeon yg 'baik hati' ni hari2 call sy suh sy buat bayaran siap ugut nk blacklist nma sy. Kalau ade tunggakan 1 bulan je mmg akan kene blacklist ke? takut pulak, sblm ni mmg xpnh missed pon buat bayaran kt 'Along' yg di iktiraf ni.

Unknown said...

BIla ada tunggakan, institusi kewangan mmg boleh rekodkan di CCRIS. Klu diorang nak blacklist pun, sekadar blacklist under bank mereka sahaja. Tp, maklumat tunggakan yang direkod di CCRIS tu akan nampak oleh semua bank-bank lain. Jd, bila mohon apa-apa pinjaman dari bank lain, dan bank nampak ada rekod tertunggak di CCRIS, itu mungkin boleh mempengaruhi keputusan bank lain untuk tidak meluluskan pinjaman akan datang

Unknown said...

salam...sy nk wat loan eaon dlm 4k tp de tunggakan loan keta 2 bln..leh ke?

Unknown said...

Ezani, kelulusan permohonan loan bergantung pada budi bicara pihak Bank. Tp, rekod tunggakan, berkemungkinan memberatkan keputusan bank ke arah tidak meluluskan pemohonan

Unknown said...

sy ni nk loan moto.. harga otr rm9346.. so kalau full loan aeon. interest 0.8 .x 12 =934.6 x5 tahun.. 9345 + 4673 = 14019 ..and kalau bln² x 60 bln = 233.6 . .betul ke?? mseh confuse lagi ni. .?

Unknown said...

salam..saya nk tanya..biasanya apakah alasan yang paling kukuh untuk diberikan jika mereka bertanya mengenai tujuan pinjaman..
alasan yang senang lulus untuk pinjaman kita.

Unknown said...

rasa nya lepas..smlm baru saya pergi aeon kdt nak buat pinjaman 3k saja sebab nak pakai duit..aeon bagi tau yang kalau kita ni pelangan aeon mcm dah pernah beli peti sejuk ke moto ke apa2 dah senang nak buat loan atau apa2..tak yah isi borang n jadi pelangan ekspress terus sebab kata aeon sales girl tu..dah senang nak loan or apa2..cepat pun cepat..n kalau tak da miss bayar or bayar cantik lagi senang..macm saya tak pernah loan dengan aeon..saya ada pinjaman bank sahaja..baru firstime nk loan icash dengan aeon..itupun saya nk setel habis lepas sebulan..nak tanya kalau ada tungakan sebulan ja keta..boleh lepas ke loan aeon icash..loan peribadi..3k ja..saya mohon..smlm..tengah tguu result..mmg tau interst tinggi..tapi saya rasa oklagi dari bank sebba nk isi n tolak payslip lagi takat 3k sikit ja laon nya..saya tak nk loan banyak2.dah da loan banyak sblm ni..saya buat ni nak bantu suami buat rumah skit..dan bagi sewa..mcm modal la..suami nak setelkan nanti.harap lepas la..

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t.. Baru2 ni sy ada apply PL ngn Aeon credit. Saya apply 10k. kebetulan saya memang perlukan duit utk urusan mustahak. Jadi, sy pun pegi ke Aeon nasib baik Aeon dekat ngn tmpt sy tggl. Kira Aeon nie jln terakhir sy apply, sbb nk buat PL kt bank lain gaji minima 1500 - 2000. Gaji saya baru 1350. So, sy pegi ke counter aeon utk apply PL. Saya bwk sekali ngn dokumen2 yg di perlukan. Selang 2 ari, aeon credit call utk information. Lepas selang beberapa ari hampir dkt seminggu gak la, baru loan sy tue approve. Alhamdulillah x sangka sy buat loan 10k tu lepas. Apapun tq aeon sbb approve PL saya.

Unknown said...

Lee Juan, ya. Formula pengiraannya memang sebegitu. Tetapi nombor-nombor yang ditunjukkan di atas agak tak konsisten. Boleh check semula nombor-nombor itu dan gunakan formula yang sama untuk menganggar bayaran bulanan.

Unknown said...

Nanu Qieylla. Tak pasti lak apa alasan kukuh.

Anonymous said...

Salam..sy ada beli moto guna byrn aeon dn byrn selama 3 thn..2 thn prtama sy tiada mslh tnggakan..nk d jdkn cerita sy dtmpa mslh dn pnjmn moto tttunggak dlm 6 bln..sy nk tau klu dh lama trtunggak aeon akn buat tndkn mahkamah ke atas sy atau skadar ccris n ctos?

Unknown said...

Ya, tindakan mahkamah akan diambil dan tunggakan akan diupdate ke CCRIS. Jika diblacklist, akan diupdate ke CTOS juga.

Unknown said...

Salam..saya ada try buat loan dgn aeon tapi x lepas..saya xd ctos dan komitmen saya x tinggi..saya bekerja di syarikat coway..gaji purata rm3500..masa first buat loan tuu penasihat tuu cakap statement saya kukuh..tapi last2 x lulus..kenapa yer?? Saya juga buat loan di cimb tapi x lulus..tapi bank hanya hantar mesej tanpa diberitahu sebb! Boleh tau biasanya sebb apa x lulus??

Anonymous said...

Asslm..saya nak tanya ..bagaimana saya nak clear nama sbgai pemilik motor superbike..nama saya diguna utk loan aeon..skrg ni baru 2bln loan..boleh bgtau cara dia x? sy buntu sbb skrg ni org yg guna nama sy tu suka buat tertunggak dn cuba jual tanpa pgetahuan sy. tp bila saya nak superbike tu die xbg..bolehkah sy buat report polis?

Faiz said...

Bos, nk tny. Bgimne pula dgn Aeon credit card? Sy nk buat Aeon member card je. Tp promoter ckp prlu ade Aeon credit card & it's free, no annual fee? Sy xde intention nk pkai credit card tu, even 1 kali (*sy prefer pay by cash). Adekah sy akn menanggung bala jika kad trsebut msh pd sy?

Unknown said...

Salam Pieqien Afif. Saya pun tak tahu kenapa tidak lulus sebab saya tiada kena-mengena dengan AEON. Dan mana-mana institusi kewangan juga tidak diperlukan untuk memberitahu kenapa mereka tidak meluluskan sebarang permohonan.

Unknown said...

Salam, saya kurang jelas berkenaan nama Tuan digunakan untuk loan AEON. Tp jika ianya adalah berunsur jenayah, mmg perlu membuat laporan polis

Unknown said...

Salam, Mohd Faizzuddin. Sekiranya saya memerlukan kredit kad, AEON adalah institusi yang terakhir saya akan pergi untuk memohon kredit kad. Masalah yang pernah saya hadapi di AEON menyebabkan saya tak mungkin kembali ke AEON untuk sebarang urusan lagi. Berkenaan Annual Fees, apa yang saya tahu, AEON ada mengenakan annual fee. Mungkin Tuan boleh minta AEON untuk hitam putih mengenai tiada annual fee itu sebab apa yang diucapkan secara lisan, tidak boleh terlalu diguna-pakai.

Anonymous said...

Salam en izmal..saya baru apply PL dgn aeon n ble cek, ade problem ccris sdgkn xpnh lg apply loan.tp sye jd guarantor utk adik sye bli brg (installment)..mohon pencerahan

Unknown said...

Salam. Semua maklumat kredit akan dimaklumkan ke BNM dan dimasukkan ke dalam CCRIS. Oleh itu, menjadi guarantor juga akan dimasukkan ke dalam CCRIS.

farisya said...

sy baru apply loan 30k dgn aeon.. sblm ni ade masalah dgn asb, asb kate nma akan clear dlm masa 6bulan.. lepas 6bln tu sy buat loan di aeon, smgu lepas tu dpt call dr aeon mintak grentor. dh submit smpai skrg xcll lagi . hmpir 2 minggu xada panggilan dr aeon.. agak2 ape masalahnya smpai lama sgt..

Unknown said...

Salam Farisya. Saya kurang faham berkenaan "masalah dgn ASB dan nama akan clear". ASB merupakan Amanah Saham, jadi saya kurang jelas mengenai "nama akan clear" dari amanah saham. Berkenaan permohonan loan dgn AEON atau mana-mana bank pun, mmg mengambil masa yang lama disebabkan permohonan tu akan dipindahkan ke beberapa pihak sebelum mendapat approval. Boleh je contact AEON untuk mendapatkan penjelasan.

muadz said...

Bolehkah sy apply pl aeon sbb sy still under cntrt

Unknown said...

Janji bayor bulan2 kan ...sharp ..x lewat ...

Unknown said...

Muadz, Under Contract yang macamana tu?

Unknown said...

Salam, nak tanya syg wat pinjaman 15k..then pihak aeon call bgtau x lepas sebab ada tunggakan ptptn..kalau sye byar tnggakan ptptn tu..agak2 lepas x pmohonan pnjaman ney..

Unknown said...

Salam Nor Amyliza. Setiap tunggakan atau lewat bayaran akan direkodkan di CCRIS dan CTOS. Jadi, klu dah tertunggak dan rekod ada dlm CCRIS, walaupun selepas tunggakan settle, rekod bayaran lewat itu tetap ada dalam CCRIS. Pihak bank mengambil kira bayaran lewat juga dlm menimbangkan untuk meluluskan permohonan pinjaman. Jadi, bergantung pada pihak Bank sama ada mereka konfiden atau tidak pada Puan selepas melihat rekod kewangan Puan

Unknown said...

tempoh apply brapa lma

Unknown said...

Nurul Rizami, tempoh apply bergantung kepada berapa pantas kita isi borang dan mengemukakan dokumen yang diwajibkan

Unknown said...

Andai kata tarikh byrn utk aeon ialah 27 hb,tpi gji masuk 29 hribulan..apa kesan dy? xblh tkr tarikh byrn aeon p 29hb jgak ke?. so byrn tu biar on time sahaja tanpa kelewatan.

Unknown said...

Salam, Syeril Erill. Adakah bayaran loan AEON dipotong dari gaji? Jika tidak, bayaran loan AEON tiada kena-mengena dengan gaji masuk. Tapi bayaran AEON ada kena-mengena tarikh bila kita membayar loan itu. Jika hanya bayar loan selepas 27hb, itu dikira lewat bayaran, akan dikenakan cas lewat bayaran dan akan direkodkan di CCRIS mengena bayaran lewat. Sekiranya lebih sesuai untuk tukar tarikh luput bayaran loan AEON, boleh cuba memohon dengan AEON dan bergantung pada budi bahasa pihak AEON sama ada untuk meluluskan atau tidak.

Unknown said...

Salam en sy nk tnya husbnd sy pernah pinjam aeon credit.tpi dh settle sbb msa buat pinjam bnk rakyt settle semua termsk card kredit bila kami buat pinjam kena reject alasan payment lpas xcntik..dh dua kli reject.klu sy nk bli motor pkai nma husbnd adakah aeon reject lgi?blh bgi info skit

Unknown said...

Salam. Pihak pemberi pinjam akan menilai tahap kewangan pemohon melalui CCRIS dan CTOS. Semua rekod masa lalu, termasuk lewat pembayaran atau permohonan yg tidak lulus, akan direkodkan juga. Rekod-rekod seperti ini memungkin pihak pemberi pinjam kemungkinan menolak pinjaman. Dapatkan rekod CCRIS dan CTOS, dan jika terdapat apa-apa rekod yang tidak latest atau tidak tepat, betulkan dulu. Kemudian, cuba cantikkan rekod bayaran terkini, mungkin dalam 3 bulan akan datang. Selepas itu, baru pohon pinjaman. Jangan terlalu terburu-buru utk berterusan membuat pelbagai pemohonan ye, sebab setiap pemohonan yg direject, akan direkodkan menyebabkan makin sukar utk dapat pinjaman pada masa akan datang.

Anonymous said...

Aku kete kena tarik sbb xtahan maintainance. 2kali overhaul dlm setahun lepas 4 thn guna. Nak jual kete xde market value. Call pegawai bank bg jalan biarkan kete x byr 3 bulan dan kena tarik. Kete akan masuk lelong. Hutang baki 28k. Lelong 10k je tertinggi. Ada baki 18k kena setel. So aku buat surat bayar ansuran sehingga 50% dari baki kemudian buat f/s (harapkan bonus) ��. Masalahnya bila check ccris rekod bayaran dia tunjuk "999" setiap bulan. Patutlah bila nak apply kredit card kena reject. Loan rumah,superbike,PL,kdt card byr cantik. Loan kereta pun bayar cantik sblm dan selepas (kena lelong) seperti yg dipersetujui .Ptptn dah f/s gak. Xyakin dah nak buat loan lg. igtkan nak amik kereta baru. Last2 beli kereta seken secara tunai. Kecik hati dgn pihak bank pb. Mmg la xkena special action atau attention tp record dia buat dlm ccris tu x agak2. Buat kawan2 yg suka meminjam better think twice. Ikut nafsu atau keperluan? Takut kelak makan diri.

Unknown said...

Terima kasih dengan sharing pengalaman loan. Betul tu. Apa sahaja jenis liabiliti seperti loan, teramat mengarah kepada menyusahkan dan membebankan kewangan peribadi kita. Jadi perlu berhati-hati, fikir berpuluh kali sebelum commit untuk ambil loan. Sebolehnya, kurangkan pengambilan loan. Hanya jika loan itu akan digunakan untuk menambah aset sahaja, baru ambil loan. Loan bukan sepatutnya digunakan untuk menaikkan taraf hidup walhal kita belum mampu atau belum bersedia untuk menaikkan taraf hidup kita.

Anonymous said...

sy baru bli brg kat aeon...kalau sy nak mohon untuk PL pula bole ke?

Unknown said...

Jika jumlah bayaran hutang bulanan kurang dari 30% gaji bersih, biasanya boleh lagi

Anonymous said...

Cik...nak tnya kalau sya nk loan dlm 20k...tpi sya nk byr cash smua loan yg lain ok x cik? Sbb comitmen sya dua sahaje..cuma loan moto ngan elken..jdi sya fkir kalau sya loan tu nak byr cash smua hbiz utk dua comitmen ni... adkh idea ni ok cik?

Anonymous said...

dah wat 5k loan dgn byaran bulanan 9tahun.. nak byar 50% .. dr jumlah tmasuk interest.. byaran 50% di buat kerana ingin buat buat overlap utk 12k .. boleh? adakah eon akan terima ?

Unknown said...

Kalau nak ambil loan untuk bayar loan lain, banyak benda perlu dipertimbangkan:
1. Adakah tak mampu untuk bayar sendiri loan yang ada, sehingga perlu ambil loan baru
2. Adakah loan baru mempunyai interest rate yang sangat rendah, berbanding interest-interest loan yang ada sekarang?
3. Adakah bayaran bulanan loan baru itu lebih rendah berbanding membayar loan-loan yang ada pada masa sekarang?
4. Sekiranya terdapat penjimatan sekiranya ambil loan baru, adakah bayaran yang jimat itu digunakan untuk membentuk aset (seperti melabur)?

Unknown said...

Minta maaf. Tak faham apa yang dimaksudkan overlap.

Anonymous said...

Salam nak tanya, local bank mana yg senang approve loan and interest rendah?

Anonymous said...

Contohlah kalau saya buat pinjaman peribadi dengan AEON sebanyak RM5000 untuk tempoh 3 tahun, berapa interest saya perlu bayar??interest dia kalau x silap 0.84%...ada sesiapa boleh tolong atau yang ada pengalaman tentang pinjaman AEON nie??

Unknown said...

Salam. Interest rate untuk personal loan banyak bergantung pada kelayakan peminjam, jumlah nak pinjam dan tempoh pinjaman. Boleh compare guna website-webiste seperti https://ringgitplus.com, https://loanstreet.com.my atau https://www.imoney.my

Unknown said...

Anonymous, 0.84% tu hanya untuk SEBULAN SAHAJA ye dan hanya layak untuk pelanggan AEON yg sudah mempunyai akaun dengan AEON sahaja. Jadi, kalau untuk 3 tahun = 3 x 12 bulan x 0.84% = 30.24%. Jadi, utk RM5000, interest sahaja adalah RM1,512. Jadi, bayaran bulanan adalah RM181 sebulan utk 3 tahun. Kalau pelanggan baru, interest dikira lain ye, lagi tinggi dari 0.84%

jay21 said...

kalau ctos.buat pinjaman di aeon blh lepas ke?

Unknown said...

Kalau laporan kredit dari CTOS atau pun CCRIS ada masalah, memang boleh mempengaruhi kelulusan permohonan loan dari mana-mana bank juga

norsyafiqa rosdin said...

Salam tuan. Minta pendapat. Kalau ada sangkut CCRIS sebabkan PTPTN, ada effect x utk kite apply loan di AEON?

Unknown said...

sye nk tanye ckit...sye ad buat pinjaman personal loan dgan aeon nie...nk tanye klau contoh ia lulus duit pinjaman tu msuk akuan mne yee..atau ia ttap kan sendiri dlam akuan yg sye bekerja skunk..

Unknown said...

Salam, berkenaan lambat bayar, ada dinyatakan tidakan-tindakan yang akan bank ambil, di dalam agreement. Kalau merujuk pada maklumat di website, lambat kurang 10 hari dari tarikh due, kena RM18. Antara hari ke-11 hingga ke-18, kena RM23. Antara hari ke-19 hingga akhir bulan, kena RM40. Dan setiap bulan seterusnya, akan ditambah lagi RM23 sebulan, hingga la bank terima bayaran

Unknown said...

Salam Fariz, semasa isi borang permohonan, dia ada minta isi maklumat untuk serahan duit pinjaman. Kalau isi nombor akaun di situ, dia akan transfer ke nombor akaun itu. Kalau tidak, dia akan bagi check

Unknown said...

Nak tanya sikit kalau loan da app da sign agrement brape lame bank in

Anonymous said...

kalau aeon ada call untuk buat confirmation, kita kebna tunggu berapa lama lagi untu tahu approved.
kita kena pergi customer service untuk sign aggrement selepas approved?

Unknown said...

Froz Fourze, bergantung pada budi bicara bank

Unknown said...

Proses kelulusan pinjaman bergantung pada budi bicara bank. Kalau cepat, cepatlah settle. Kalau lambat, memang berzaman baru settle. Setelah dah confirm, akan diminta tanda tangan aggreement ye.

Anonymous said...

assalam sy nk tnye sy ade buat loan 10k dekat aeon tp sy buat overlapse.hutang lame ade lg 3k.loan sy approve tuk 10k tu tp bila dah tolak semua hutang lama sy hanya dpt 2k sahaja.ape lg yg aeon tolak ye.sbb ikut pjanjian sy akan dpt 6k.

Unknown said...

Salam. Berkenaan overlapse hutang tu, saya nasihatkan untuk tanya terus ke AEON. Mereka boleh check status akaun Tuan/Puan berkenaan apakah bayaran yang dikenakan melalui akaun terbabit

Anonymous said...

salam, saya ingin bertanya utk pinjaman aeon pembelian motorsikal, aeon ada buat islamic loan x? saya dah submit loan tersebut cuma masih dalam pertimbangan untuk proceed atau cancel. sebab kalau buat loan kedai nak kna deposit tinggi. xmampu den.

Unknown said...

Salam. Saya tak pasti mengenai perkhidmatan AEON. Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

CERITAHIDUPAKU said...

Assalamualaikum, saya nak tanya, saya ada buat loan, dan loan saya dah lulus. Tapi sekarang saya dah fikir kali ke10 untuk cancel loan tu. Soalannya, bolehkan saya cancel nama di loan aeon tu? Pls answer

Unknown said...

Salam Puan Izz Fara, selepas bank approve permohonan loan, bank akan keluarkan Letter of Offer yg merupakan agreement beserta T&C secara terperinci mengenai loan yang ditawarkan. Puan perlu ke bank utk tanda tangan sekiranya Puan bersetuju menerima loan tersebut. Tetapi jika Puan reject dan tidak turunkan tandatangan, loan itu akan terbatal disebabkan "Reject by Customer"

Eve said...

Hi, sy bkn sengaja nak lewat byr dan ada tunggakan 5 bln PL..sy xda kerja skrg.. Mmg sy tgh usahakan byr bulan2 mcm biasa. Tp org dkt aeon call sy ckp akan bagi saya surat dari peguam. Mereka nak masukan saya dalam senarai hutang lapok. Mcm mna nie..

Unknown said...

Eve, sekiranya tak dapat menyelesaikan hutang walaupun tertunggak 1 bulan, segeralah call bank dan bincang cara penyelesaian. Jika bank tiada penyelesaian, boleh minta bantuan dari AKPK. Sekiranya sudah 5 bulan tertunggak, bank mmg boleh keluarkan surat peguam dan naik mahkamah. Boleh cuba contact AKPK, tgk sekiranya belum terlambat untuk mereka bantu. Bila dah jadi kes mahkamah, AKPK pun dah tak boleh tolong

renee said...

Hi En. Izmal, bulan Dec 2016 saya ada membuat PL dengan Aeon Credit sebanyak 5k selama 36 bulan. Bayaran bulanan saya ialah 184 tetapi saya bayar 200 supaya cepat habis. Saya menyesal buat PL ini sebab saya rasa rugi interestnya besar sangat. Saya ingat nak habiskan semua bayaran bulanan saya (RM 5400) bulan depan. Ada cara x untuk saya habiskan bayaran tersebut tetapi jumlah dikurangkan? Sebab kiranya saya refinance semula, instead of pinjaman selama 3 tahun saya kurangkan jadi bawah setahun.
Tq

Unknown said...

Renee. Saya belum pernah mengalami mana-mana bank bersetuju utk "refinance" personal loan. Ditambah pula, pengalaman saya berurusan dengan AEON adalah teramat teruk disebabkan AEON tiada langsung bertolak ansur sekiranya pelanggan tidak dapat membayar balik hutang. Oleh itu, berkemungkinan besar AEON tidak akan melayan permintaan "refinance". Tetapi, boleh cuba tanya mereka, mana tahu, mereka ingin membenarkan permintaan sebegitu.

renee said...

Thanx mr izmal. Nampaknya saya kena bayar utk interest 3 tahun walaupun saya dah nak habis bayar dalam setahun saja. Kepada yg baru bercadang nak ambil, fikir masak2 sbb interest mmg besar banding bank lain.

Unknown said...

Thanks Renee for the tips. Antara banyak-banyak agensi kredit, saya memang paling tidak menyarankan untuk berhutang dengan AEON disebabkan pengalaman buruk yang saya hadapi ketika dengan AEON.

Anonymous said...

salam..sekiranya loan dah lulus tp barangan blum diamlbil mcm mne? tetap kene wt payment ke?

Unknown said...

Salam. Bermulanya pinjaman bergantung pada apabila kena setuju untuk terima loan dengan menanda-tangani perjanjian. Kalau dah tanda tangan, kiranya loan tu dah aktif, walaupun "barangan" belum diambil

«Oldest ‹Older   201 – 326 of 326   Newer› Newest»

Post a Comment