Tanggal 31 Ogos 2012, saya telah diberi kesempatan untuk
mengunjungi Legoland Malaysia di Nusajaya, Johor. Legoland ini merupakan Taman
Tema yang bertemakan Lego yang keenam dibina di dunia dan merupakan Legoland
pertama di Asia.
Legoland Malaysia dijangka akan dibuka secara rasmi hanya
pada 15 September 2012. Hari Keluarga yang diadakan pada 31 Ogos 2012 hanya
dibuka untuk ahli keluarga pekerja-pekerja di Legoland Malaysia.
Di pintu masuk Legoland Malaysia dihiasi dengan pintu
gerbang yang dibina mengikut konsep Lego.
Di tepi pintu gerbang itu, terletak kaunter tiket dan juga
mesin ATM untuk memudahkan pengunjung membeli tiket untuk masuk selepas
Legoland Malaysia dibuka kelak. Kaunter tiket telah pun dibuka untuk pengunjung
membeli awal tiket-tiket mereka.
Selepas melepasi pemeriksaan tiket, saya terus berada di
salah satu daripada 7 kawasan tema Legoland Malaysia iaitu dipanggil “The
Beginning”.
Ini merupakan peta keseluruhan Legoland Malaysia yang
merangkumi 76 ekar kawasan taman tema.
7 kawasan tema di Legoland Malaysia adalah:
1) The
Beginning
2) Lego
Technic
3) Lego
Kingdom
4) Imagination
5) Land
of Adventure
6) Lego
City
7) Miniland
Untuk pengunjung dewasa, saya syorkan untuk terus ke kiri ke
arah Lego Technic. Untuk mereka yang membawa kanak-kanak, saya syorkan ke kanan
ke arah Lego City dahulu.
Sekiranya pengunjung lebih tertarik untuk menaiki rides atau permainan-permainan yang
ditawarkan, mari saya mulakan dengan Lego Technic.
Lego Technic
Lego Technic memperkenalkan permainan berasaskan high-tech. Perhatikan
teknologi-teknologi Lego yang diguna-pakai di sini.
Permainan | Kedai | Kemudahan Lain |
Technic Twister | Robot Kitchen | Tiada |
Aquazone Wave Racers | ||
Project X | ||
Lego Mindstorm | ||
Lego Academy |
Technic Twister
Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak di atas umur 3
tahun. Sehingga 4 orang pengunjung perlu duduk di dalam tunggangan berbentuk cawan dan akan
berpusing-pusing sepanjang permainan. Ada juga stering di tempat duduk di mana
pengunjung boleh mengawal pergerakan pusingannya. Technic Twister tidak berapa menakutkan
tetapi boleh menyebabkan rasa pening lalat sikit dengan pusingan-pusingannya.
Agak menyeronokan untuk naik sekeluarga atau dengan kawan-kawan.
Aquazone Wave Racers
Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak di atas umur 6
tahun. Pengunjung perlu berdiri di atas model bot yang akan berpusing
mengelilingi paksi tengah seperti merry-go-round.
Model bot itu terletak di atas air dan juga mempunyai stering di mana
pengunjung boleh mengawal pusingannya. Apa yang menyeronokkan mengenai Wave
Racers ini, di tepi kolam tersebut diletakkan papan kawalan yang mana pengunjung
lain boleh memancutkan air kepada pengunjung yang sedang menaiki Wave Racers.
Tapi jangan gelak tak hengat pula bagi para pemancut air sebab kadang kala
pemancut air makan tuan dan memancutkan air kepada pengunjung di tepi kolam
juga. Pengunjung yang menaiki bot dan juga yang memancutkan air mungkin akan
basah sedikit tapi tak la sampai ke tahap lencun.
Project X
Project X antara permainan yang paling menakutkan antara
semua rides. Jadi ia sesuai untuk orang dewasa melebihi 13 tahun sahaja. Pengunjung
perlu duduk di dalam model kereta yang boleh menempatkan sehingga 4 orang
penunggang dan akan melalui cabaran roller
coaster yang mendebarkan. Walaupun cabaran tunggangan ini tidak semerbahaya
roller coaster lain di luar sana,
tetapi disebabkan model kereta kecil yang perlu dinaiki memberi perasaan
seperti ianya akan tertanggal dan terjatuh pada bila-bila masa sahaja. Ia
adalah antara tunggangan yang paling menyeronokkan dan mendapat sambutan
hangat, jadi beraturnya pun agak panjang. Diharap pengunjung dapat bersabar dan
ambil masa lebih sedikit di Project X.
Ketika saya menaiki Project X, didapati pihak Legoland tidak menyediakan pre-load untuk memeriksa ketinggian penunggang sebelum beratur. Jadi agak membuang masa sedikit jika pengunjung beratur dan akhirnya tidak dapat naik sekiranya tidak mematuhi ketinggian yang dibenarkan. Di harap pihak Legoland dapat memantau ketinggian pengunjung di pre-load untuk mengelakkan pengunjung kecil beratur lama di sini tetapi tidak dapat naik ke Project X.
Ketika saya menaiki Project X, didapati pihak Legoland tidak menyediakan pre-load untuk memeriksa ketinggian penunggang sebelum beratur. Jadi agak membuang masa sedikit jika pengunjung beratur dan akhirnya tidak dapat naik sekiranya tidak mematuhi ketinggian yang dibenarkan. Di harap pihak Legoland dapat memantau ketinggian pengunjung di pre-load untuk mengelakkan pengunjung kecil beratur lama di sini tetapi tidak dapat naik ke Project X.
Lego Mindstorm dan Lego Academy
Lego Mindstorm dan Lego Academy terletak sebelah
menyebelah di bangunan yang sama. Dua permainan ini bukanlah jenis tunggangan
tetapi lebih kepada bengkel pembelajaran. Di Lego Academy, pengunjung boleh
menggunakan permainan Lego untuk mencipta binaan mengikut kekreatifan
masing-masing. Lego Mindstorm pula sedikit high-tech
di mana dengan model-model Lego, pengunjung boleh mencipta robot dan
model-model kejuruteraan yang lebih kompleks. Jangan lupa juga untuk bergambar
di hadapan model sains terkenal Albert
Einstein di situ yang dibina 100% menggunakan blok-blok Lego.
Robot Kitchen
Robot Kitchen adalah restoran yang disediakan di kawasan
Lego Technic. Ia menawarkan makanan berperasa Asia seperti kari ayam yang
diubah sikit cara masakannya untuk menyuntik menu barat. Harga makanannya dalam
lingkungan belasan ringgit. Jangan pula tertipu dengan namanya ya, sebab dah
penat saya cari, satu robot pun tak wujud dalam dapurnya. Jadi makanannya
disediakan oleh jurumasak-jurumasak manusia yang tegar memberikan layanan yang
baik dan pantas kepada para pengunjung.
Di Lego Technic juga terdapat model binaan dari Lego dan
maskot-maskot Lego yang kadang-kala muncul di sini. Jangan lepaskan peluang
untuk bergambar di sini. Terdapat juga pancuran air berlampu berdepan dengan
Robot Kitchen. Melihatkan keadaan pancuran air itu, walaupun bersusah dan
berpayah ibu bapa menjaga anak, ada kemungkinan yang amat besar anak-anak akan
melencunkan diri di pancuran air ini. Jadi jangan lupa bawa pakaian lebih untuk
anak-anak dan biarkan sahaja mereka mandi di pancuran air itu. Ibu bapa jangan
pula join sama, buruk bebenor kalau
orang ramai tengok mak bapak terkinja-kinja di pancuran air yang bersaiz
kanak-kanak itu.
Selepas Lego Technic, ambil simpang kiri dan berjalan naik
bukit sedikit ke arah Lego Kingdom.
Saya akan menulis review untuk Lego Kingdom pada post yang seterusnya.
2 comments:
salam, cerita pasal miniland xde pun..
Nak tgk pasal Miniland ye? Orait, nanti buat posting Miniland gak k
Post a Comment