Lego Kingdom mengubah teknik high-tech dari Lego Technic ke zaman mediaval berdasarkan zaman raja-raja England dahulu kala. Di sini,
lagenda-lagenda lama seperti Forestmen,
Dragon dan Merlin dihidupkan kembali di dalam fantasi Lego Kingdom.
Permainan | Kedai | Kemudahan Lain |
The Forestmen's Hideout | King's Market | Tiada |
Dragon's Apprentice | Knight's Feast | |
Castle Stage | ||
The Dragon | ||
Merlin's Challege | ||
Royal Joust |
The Forestmen’s Hideout
The Forestmen’s Hideout adalah binaan adventure yang sesuai untuk kanak-kanak menjelajah di dalamnya.
Binaan dari kayu ini memberi peluang kepada kanak-kanak bergelongsor, memanjat,
bergayut dan berlari di segenap pelosok The Forestmen’s Hideout. Disarankan ibu
bapa turut memantau pergerakan anak-anak, dikhuatiri ada yang melakukan
aksi-aksi stunt yang menyeramkan seperti terjun dari platform yang agak tinggi
di sini.
Dragon’s Apprentice
Dragon’s Apprentice adalah tunggungan roller-coster mini yang turut boleh dinaiki oleh kanak-kanak
berumur 6 tahun ke atas. Cabaran tunggangan ini agak “lembut” sedikit
berbanding roller coster yang lain.
Golongan dewasa yang agak ketaq lutut pun boleh menaiki tunggangan ini untuk
merasai debarannya tanpa terkena serangan sakit jantung. Tapi jangan gelak
sakan walaupun sekadar menaiki “anak naga” ini, kerana tunggangan ini turut
memberi debaran yang berpatutan.
Castle Stage & The Dragon
Castle Stage antara binaan terbesar di Legoland Malaysia.
Binaan istana lama zaman raja English kuno ini sungguh cantik dan dibuat dengan
ketelitian. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini ye. Di sini juga
merupakan pintu masuk ke The Dragon, tunggangan roller coster yang tidak kurang hebatnya berbanding Project X. Sesuai
untuk orang dewasa berumur 13 tahun ke atas sahaja. The Dragon menawarkan
tunggangan yang sungguh mendebarkan dan menyeronokkan. Di samping itu,
disebabkan tungunggan ini antara yang tertinggi di Legoland Malaysia, turut
juga menawarkan pemandangan seluruh Legoland yang saujana mata memandang dalam
beberapa saat sebelum menghempas, menerbalikkan, memecut dan
menonggang-langgangkan penunggang yang menjerit sampai terkeluar anak tekak.
Merlin’s Challenge
Tunggangan Merlin’s Challege agak selamat di mana pengunjung
duduk berdua di atas kerusinya and dipusingkan seperti merry-go-round. Mungkin akan rasa sedikit pening lalat tetapi agak
menyeronokkan untuk naik bersama keluarga dan kawan-kawan. Pastikan kanak-kanak
di atas 3 tahun dan menepati syarat ketinggiannya sahaja boleh turut menaiki
tunggangan ini.
Royal Joust
Royal Joust selamat untuk dinaiki oleh kanak-kanak berumur 3
tahun ke atas. Kanak-kanak akan dipakaikan tali pinggang keselamatan dan duduk
di atas model kuda Lego dan dibawa mengelilingi kawasan Royal Joust. Walaupun
nampak tunggangan ini selamat, kanak-kanak di bawah 3 tahun masih tidak dapat
dibenarkan naik kerana sukar untuk memantau pergerakannya memandangkan
kanak-kanak terpaksa bersendirian di atas tunggangan sepanjang perjalanannya.
Knight’s Feast
Knight’s Feast merupakan restoran yang disediakan di Lego
Kingdom. Ia terletak bersebelahan dengan The Dragon. Knight’s Feast
menawarkan makanan ringan ala barat seperi sausage dan fried fries. Makanannya
dalam lingkungan belasan ringgit, sesuai untuk mengisi perut di waktu pagi dan
petang.
King’s Market
King’s Market merupakan kedai menjual cenderahati bertemakan
Lego Kingdom seperti patung Knight, Dragon dan Merlin serta alat permainan
seperti sword, shield, crown dan tiara. Seperti mana alat-alat mainan Lego yang
lain, harganya agak standard mahal tetapi mungkin berbaloi bagi peminat-peminat
Lego untuk mendapatkan permainan Lego di sini untuk koleksi masing-masing.
Lego Kingdom juga dihiasi dengan model-model yang dibina
menggunakan Lego. Kebetulan pula, salah satu maskot Lego iaitu Ollie, memunculkan
diri semasa saya di sini memberi kesempatan untuk bergambar dengannya. Jangan
lupa untuk mengambil gambar kenangan di sini berlatarbelakangkan konsep dunia
English kuno yang begitu menarik.
Selepas menghabiskan masa di Lego Kingdom, turun bukit
sedikit dan pusing ke arah kiri untuk memasuki satu lagi kawasan tema Lego
iaitu Imagination.
Ikuti post saya seterusnya untuk review di dunia Imagination.
No comments:
Post a Comment