Dari dunia moden di Imagination, pengunjung dibawa kembali ke zaman pra-sejarah dan digandingkan bersama dunia Egypt di Land of Adventure.
Permainan | Kedai | Kemudahan Lain |
The Dino's Island | Jungle Café | Tiada |
Bettle Bounce | Adventure Depot | |
Pharoah's Revenge | ||
Lost Kingdom Adventure |
The Dino’s Island
The Dino’s Island belum lagi dibuka untuk pengunjung ketika
saya di sana. Tunggangan ini bertemakan zaman pra-sejarah. Untuk mengabadikan
imej itu, terdapat model-model Lego berbentuk dinosaur di tepian sungai buatan
ini. Melihatkan konsep tunggangan di sini, pengunjung perlu menaiki sampan
kecil dan dibawa mendaki struktur bangunan di sini. Sampan itu digelongsorkan
pula kemudiannya tepat menuju ke dasar sungai buatan ini. Dijangka pengunjung
akan basah dengan limpahan air yang mendadak sebaik sahaja sampan itu terhempas
ke arah sungai. Kemungkinan juga tungganggan ini dinanti-nantikan ramai untuk
merasai sendiri keseronokan melalui cabaran berair ini.
Bettle Bounce
Bertemakan zaman firaun di Egypt dulu, Bettle Bounce
memaparkan 2 menara berkonsepkan obelisk yang cukup terkenal pada zaman
dahulukala. Setiap menara boleh menempatkan sehingga 7 orang penumpang.
Pengunjung perlu duduk di kerusinya, dibawa naik ke puncak menara sebelum
dijatuhkan semula. Walaupun nampak sedikit menyeramkan tetapi amat selamat dan
tak tinggi sangat menaranya pun. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang gayat,
cukup untuk membuatkan pengunjung menjerit kecil-kecilan.
The Pharaoh’s Revenge
Pharaoh’s Revenge bukan lah tunggangan dan bukan lah untuk
orang dewasa. Ia merupakan playground
untuk kanak-kanak sahaja. Di dalam bangunan yang teduh dan berkipas ini,
kanak-kanak boleh bermain dengan memasukkan bebola ke dalam mesin yang akan
memancutkan bola-bola ini menggunakan tekanan udara. Terdapat dua tingkat di
dalam Pharaoh’s Revenge memberi cukup ruang untuk kanak-kanak bebas bermain dan
berlari di dalamnya.
Lost Kingdom Adventure
Sekiranya anda meminati tema penjelajahan dan perlumbaan
mencari harta karun, di sinilah tempatnya.
Di Lost Kingdom Adventure, pengunjung berempat akan dinaikkan di model
kereta seperti tunggangan di dalam lombong-lombong lama. Setiap penumpang
dibekalkan dengan pistol yang berlaser. Model kereta akan bergerak automatik
membawa penumpang menjelajah di sini bertemakan suasana penjelajahan di dalam
piramid. Sepanjang perjalanan, model-model Lego seperti scarab, mumia,
labah-labah, kelawar dan sebagainya muncul dan penumpang perlu menembak
model-model ini berpandukan lampu yang dikenakan di model tersebut. Di kerusi
penumpang dipasang juga paparan LED yang memaparkan markah untuk tembakan yang
tepat. Ini memberikan keseronokan bersama ketika penumpang saling berlumba
untuk mengumpul markah yang terbanyak sepanjang penjelajahan di Lost Kingdom
Adventure ini.
Jungle Cafe
Jungle Cafe merupakan restoran yang disediakan di Land of
Adventure ini. Dengan binaan dari model-model kayu, restoran ini dibentuk
bertemakan rumah-rumah pondok di dalam hutan. Ia menawarkan makanan snek seperti
burger, fried fries dan sausage. Ia terletak bersebelahan dengan The Dino’s
Island di mana pengunjung dapat menyaksikan kebingitan penumpang Dino’s Island di
samping bunyi-bunyi yang menenangkan dari sungai buatan di Dino’s Island. Walau
bagaimanapun, keseluruhan restoran ini berkonsep open air di mana ianya berbumbung tetapi tidak berpenghawa dingin
seperti beberapa restoran yang lain.
Adventurer’s Depot
Adventurer’s Depot merupakan kedai yang disediakan di sini.
Ia menjual pelbagai makanan ringan serta air dan aiskrim untuk menghilangkan
dahaga. Terdapat juga model-model Lego dijual di sini untuk dijadikan koleksi
bagi peminat Lego.
Jika dibandingkan dengan dunia lain di Legoland ini, Land of
Adventure kelihatan agak kecil dan menawarkan cuma sedikit tunggangan kepada
pengunjung. Selain The Dino’s Island, tunggangan di sini kelihatan sedikit
hambar, lagi-lagi jika dibandingkan dengan kawasan lain. Walau bagaimanapun,
konsep dunia zaman lampau yang cuba diterapkan di sini masih mampu memberi
kelainan, bersesuaian dengan citarasa pengunjung yang berbeza.
Dari sini, ambil simpang ke kiri dan berjalan sedikit menuju
ke kawasan tema seterusnya iaitu Lego City.
Nantikan post saya seterusnya di mana saya akan membawa pembaca beriadah pula di Lego City.
Nantikan post saya seterusnya di mana saya akan membawa pembaca beriadah pula di Lego City.
No comments:
Post a Comment