Thursday 20 September 2012

Kad Kredit Tanpa Faedah

Salam kepada para pembaca. Mungkin para pembaca di luar sana mempunyai satu atau dua kad kredit. Adakah faedah yang dikenakan oleh pihak Bank membebankan? Adakah cara pengiraan faedahnya sungguh mengelirukan sampaikan rasa malas nak memeriksa pengiraan faedah dari transaksi anda? Inginkah anda menggunakan kad kredit anda tanpa dikenakan faedah?

Hari ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai pengiraan 20 hari tanpa faedah (20 days interest free) yang ditawarkan oleh bank kepada pemegang-pemegang kad kredit.

Sebelum itu, diingatkan bahawa 20 hari tanpa faedah ini ada syarat-syaratnya :

  1. Bank anda ada menawarkan 20 hari tanpa faedah. Sila periksa syarat-syarat dari bank kad anda untuk memastikan anda diberi tempoh tanpa faedah ini.
  2. Hanya diberikan kepada pengguna kad kredit yang telah membayar penuh penyata terakhirnya. Pada mereka yang bayar minima atau sebahagian sahaja dari baki penyata bulan lepas, tidak mendapat 20 hari tanpa faedah ini.
  3. 20 hari tanpa faedah ini hanya untuk transaksi belian sahaja. Bagi transaksi pendahuluan wang tunai (cash advance) atau pemindahan baki (balance transfer), tidak diberikan tempoh tanpa faedah.
Cara untuk mengira atau mengenalpasti transaksi yang tanpa faedah, dapatkan satu salinan penyata kad kredit anda, sama ada atas kertas penyata atau secara online. Kenalpasti 2 maklumat penting iaitu, Statement Date (Tarikh Penyata) dan Due Date (Tarikh Perlu Bayar).

Contohnya:
Statement Date : 15 September 2012
Due Date : 3 Oktober 2012

Buat makluman anda, caj faedah transaksi anda dikira pada setiap hari, bukan hanya pada hujung bulan penyata. Ini bermakna, sekiranya transaksi belian anda dibuat pada 16 September, tempoh 20 hari tanpa faedahnya adalah sehingga 5 Oktober. Pada Statement Date 15 Oktober, transaksi 16 September telah pun dikira 10 hari caj kewangan dari 6 Oktober hingga 15 Oktober.

Sekiranya kita benar-benar hendak mengelakkan dari dikenakan sebarang faedah melalui 20 hari tempoh tanpa faedah, kira 10 hari sebelum tarikh Due Date. Dalam contoh di atas, 10 hari sebelum 3 November (Due Date penyata akan datang) adalah 24 Oktober. Ini bermakna, sebaik sahaja sampai Statement Date pada 15 Oktober kelak, jangan gunakan kad kredit sehingga 24 Oktober. Dengan itu, apabila penyata 15 November akan datang, tiada transaksi yang mencecah 20 hari dan semua transaksi yang tersenarai dalam penyata tidak dikenakan caj. Tapi pastikan bayar kesemua baki di dalam penyata 15 November itu sebelum Due Date 3 December untuk mengelakkan transaksi dikira faedah pada bulan akan datang.

Secara ringkasnya:

  1. Kenalpasti Statement Date dan Due Date.
  2. Kira 10 hari sebelum Due Date.
  3. Jangan melakukan apa-apa transaksi belian antara tempoh Statement Date hingga 10 hari sebelum Due Date.
  4. Bayar keseluruhan baki tertunggak di dalam penyata.
Pastikan juga periksa Statement Date setiap bulan kerana dikhuatiri pihak Bank mengubah Statement Date dan Due Date yang mungkin menyebabkan pengiraan kita terganggu. Gunakan kad kredit anda dengan bijak!!

29 comments:

Anonymous said...

Bro..aku ada kad kradit aeon, baki tertungak 2.5k. Bayaran bulanan rm98 ja..kalo aku byar bulan2 dalam kadar minama baki tertungak tu akan dikenakan faedah ka by hari...xberapa jelas..minta tolong explain..

Unknown said...

First, saya anggap awak takde buat penggunaan tambahan ke kredit kad selain dari RM2,500 tu ye.

Bayaran minima untuk RM2.5k adalah RM125, jadi tak dibenarkan bayar RM98 sahaja sbb kurang dari bayaran minima.

Klu awak ikut pada bil untuk bayar minima sahaja tiap bulan, awak perlukan 84 bulan untuk settlekan RM2.5k tu dan selepas 84 bulan, awak telah pun membayar RM3.5k iaitu RM1k sahaja adalah untuk interest.

Tp, klu awak bayar RM125 tiap bulan, walaupun bayaran minima dlm bil dah kurang dan awak tetap kekalkan bayaran bulanan sebyk RM125, dalam 24 bulan akan settle RM2.5k tu dan interestnyer cuma RM500 sahaja

Ghazali said...

Bru ni sya ada buat pinjmn cimb express cash tapi x lulus sbb apa sya xtau knpa xlulus, boleh kh sya mohon pinjman aeon credit

Shakina Amirudin said...

according to your replied that mean kita kena bayar RM2.5K plus RM500 dalam masa 24 bulan betul tak?

Unknown said...

Shakina - Ya. Dgn syarat, kad kredit tu x digunakan untuk sebarang transaksi lagi dan byr bulanan RM125 tetap, walaupun bayaran minima telah kurang.

Fizul Ismail said...

Asslm bro...mohon pertanyaan saya ada kad kredit bsn. Pada 24.10.15 yg menggunakan kad kredit sbyk rm 704.20 tp saya membayar pd 4.11.15 sbyk rm610 shj. Bakinya sy terlupa membyar sbb sy tersalah kira bil. Klu baki nya sy bayar pada 15.11.15 adakah sy dikenakan interest. Jika ada, berapakah amount interest tersebut? Mohon jelaskan tq

Unknown said...

Salam Fizul. Bilakan statement dan due date untuk akaun kad kredit berkenaan?

SOTI said...

Salam bro. Kalau saya menggunakan kad kredit dan membayarnya dalam tempoh 20 hari tersebut tanpa merujuk kepada penyata kad kredit adakah saya mempunyai rekod berhutang CCRIS yang baik atau bagaimana?

Unknown said...

SOTI, CCRIS merangkumi semua rekod kewangan yang memberi gambaran tahap kewangan kita. Jadi, kad kredit juga akan disenaraikan dalam CCRIS walaupun bayar pada masanya. Jika terdapat masalah bayaran kad kredit, maklumat itu juga mungkin diupdate ke dalam CCRIS

Anonymous said...

Salam,

Saya baru dapat kad kredit.

1st time usage, 9/3/2016 - Beli electric appliance - EPP RM1800 over 12 bulan.

Soalan saya,

1. betulkah untuk elak dari kena interest, saya kena bayar sebelum 29/3/2016?
2. untuk bulan2 berikutnya, bagaimana saya nak elak dari kena bayar interest ye?

Mohon Pencerahan. Thanks

Unknown said...

EPP bergantung pada tarikh bila bayaran bulanan tu dicas dalam akaun. Kemungkinan ikut tarikh beli iaitu 9hb setiap bulan, atau mungkin juga di statement date seperti 15hb atau 25hb. Untuk mengelakkan interest, tarikh 20 hari itu dikira bermula tarikh bayaran bulanan dicas ke dalam akaun.

Anonymous said...

faham, tu kalau bulan pertama. kalau bulan seterusnya, macam mana nak kira 20 hari? mungkin cik boleh bagi contoh pengiraan?

Unknown said...

Pengiraannya Tarikh+20, tu sahaja. Jadi kalau EPP tu dicas pada 9 Apr, kena bayar sebelum 29 Apr. Tu sahaja

Unknown said...

mcm mna nk apply

Unknown said...

Nurul Rizami, mcm mna nak apply apa tu?

Unknown said...

Saya masih kurang jelas...adakah ini bermaksud, jangan gunakan kad kredit selepas tempoh 20 hari Interest Free Period tamat? Contoh, kad kredit A menyatakan statement date adalah setiap 28hb...ini bermaksud, dari tarikh tersebut sehingga 20 hari akan dtg, kalau kita gunakan kad kredit kita takkan kena caj faedah dan setelah tempoh itu, baru kita akan dikenakan faedah kalau swipe kad kredir kita? Betul tak?

Unknown said...

Fariqh TM, maksudnya, jika Statement Date 28hb, jangan guna kad kredit itu pada 29hb hingga 7hb.

Unknown said...

Oh..mcm tu.... Hmm..ok2...baru fhm...kalau mcm ni..mmg kena ada lbh drp satu cc yg different Statement date...coz..normally, kita akan spend hujung bulan sempena gaji masuk...sy telah kaji kad kredit lbh drp 1 tahun...n baru skng benar2 sedia nak apply cc....

Unknown said...

Klu ada 2 kad kredit berlainan Statement Date, mmg dapat beri fleksibiliti sikit untuk perbelanjaan ketika 10 hari tu. Klu nak memohon kad kredit baru, survey dulu ikut keperluan. Byk pilihan kad kredit sekarang, jadi kita boleh pilih yg paling sesuai dengan cara perbelanjaan kita

Unknown said...

Yup, sudah pilih 2 jenis kad kredit drp 2 bank berbeza dan kedua2 kad mmg memenuhi citarasa + NO ANNUAL FEE. Kiranya, kalau statment date 28hb, kita bebas melakukan transaksi belian sebelum tarikh statement date tersebut dan selepas tarikh statement date tersebut, kita diberi tempoh masa 10 hari untuk langsaikan semua hutang dalam statement date tersebut? Betul kan?

Unknown said...

Jika Statement Date 28hb, JANGAN guna kad kredit itu pada 29hb hingga 7hb sahaja (iaitu 10 hari selepas Statement Date). Jika buat sebegini, bila dapat statement, tiada "Finance Charge" atau "Retail Charge" yg dicas di dalam statement.

Unknown said...

Oh ok2...saya sudah faham...hmm...macam ini...kena plan baik2 bila nk swipe dan mahu buat payment...

Anonymous said...

Makna jgn guna tu ntuk dptkn 20 hari free interest kn? Cth kalau statement 25hb July, due date 14hb August..kalau terus guna 26hb July tu bermakna lgsg xdpt peluang dptkn free interest sbb dlm next statement ade retail charge..10 hari sblm due date tu lgkah selamat ntuk dptkn lg 10 hari free interest dlm statement 15 August..mcm tu eh?haha

Unknown said...

Utk tak kena retail charge, jangan guna kredit kad dalam tempoh 10 hari selepas Statement Date

HambaAllah said...

IZMAL HUSSEIN BOLEH KASI NOMBOR TEL WHATSAPP,NANTI SAYA SENANG NAK TANYA SOALAN BERKENAAAN KEWANGAN....

Unknown said...

Boleh email ke kamal7812@gmail.com untuk sebarang pertanyaan ye

RP said...

Terima kasih atas info pihak tuan..sangat berguna

Unknown said...

Salam..
Tuan Kamal.

Saya ada masalah ccris jd tuan rasa boleh ke saya apply PL. Saya tiada komitment apa2. Nk buat PL sbanyak 5-10k. Agk2 tuan lepas ke loan saya? Tp gji saya 3k upp. Minta pencerahan tuan.

Unknown said...

Salam Nabil Amarul. Kelulusan permohonan pinjaman bergantung 100% pada Credit Department sesebuah bank itu. Dia akan ambil kira DSR (Debt Service Ratio), laporan kredit dari CCRIS dan juga rekod-rekod lama kewangan pemohon. Kalau semua rekod ni bersih, kemungkinan tinggi boleh lulus. Tapi, jika ada masalah, baik kecil atau besar, ikut budi bicara bank sama ada nak lulus ataupun tidak.

Post a Comment