Wednesday, 26 August 2009

Simple Life 2 : Drive To Save Money

Make your car more efficient

Do you know that making a minor tweak on our car can make the car to use fuel efficiently? Not only that, efficient car operates in optimum condition which will prolong the car life period.

  1. Ensure that the tires are correctly inflated. (Potential fuel saving : 8%)
  2. De-clutter your car and remove any unnecessary things. This will lighten your car to operate in more efficient weight. (Potential fuel saving : 2%)
  3. Remove the roof rack. Bringing your boat with you to office is not only weird, its create excessive drag and weight. (Potential fuel saving : 2%)
  4. Turn off your air-conditioner. Put down your front windows and put up your rear windows to ensure the air circulate. (Potential fuel saving : 8%)
  5. Do not fill up your fuel tank to full. Full tank adds unnecessary weight to the car. Fill your tank half or ¾ only. (Potential fuel saving : 1%)

Drive efficiently

By changing the way you drive your car, you can boost up to 60% fuel saving. Here are some tips on how to drive at optimum fuel usage:

  1. When accelerate during initial driving or after traffic light, avoid revving. Balance the level you release the clutch and pressing the accelerator.
  2. Use the correct gear. Try to move to the highest gear as fast as possible and as long period as possible. Only change to lower gear if your car gets too low speed.
  3. Use brake efficiently. Before a stop, release the accelerator and let your car cruise. Push on brake slowly until a full stop. Of course, do not do this in emergency situation.
  4. Always be aware the distance between your car to the car in front of you. Aside from safety measure, it helps us to maintain a more consistent speed. If you drive too close to the car in front of you, you might excessively accelerate or using your brake to match up the car’s speed which leads to inefficient use of fuel.
  5. Plan your route. With good planning, you can route the shortest path, less traffic jam, avoid tol and have a smoother, less strenuous drive.

I am driving Proton Gen2 1.6MT. I am being very particular over my driving techniques, and as much as possible, will obey any efficient driving ideas. Not only it makes my driving experience a less strenuous one, it also helps me to save on fuel. This month, with our current fuel price at RM1.80 per liter, my car consumes only RM0.11 per kilometer!


Be particular over petrol

In country that do not have subsidized petrol price and petrol stations have the tendency of competes over cheaper petrol price, it is important for us to find the cheapest fuel price per value. The best way is to go online and find your local petrol station list with its fuel price. Compare their price and hit for the most competitive fuel price.

In Malaysia, our fuel price is subsidized and fixed. So, we have less option to choose from when it comes to fuel price. In future, when RON95 and RON97 were introduce to the market, we should be able to have some option if our car is up to the fuel specification.

Aside from looking at fuel price, we can try these tips too:

  1. Top up your fuel once the tank only left 50km worth of fuel. Do not let the fuel tank to be too low on fuel. When it is too low, you will end up have to fill up on the next petrol station that you encounter giving you no option of choosing the best fuel for your car.
  2. Avoid expensive fuel with additive. Most of the additive suits better for high power engine or sports car. If you are driving a normal family sedan, it is insignificant to the engine power to fill up with expensive fuel.
  3. Fill your tank at night. The fuel storage underneath the station tend to effect by the temperature. The fuel vapors at higher temperature which effects the fuel volume that you pump into your car. However, the variance is too low. So do not concern too much over this.
  4. When you are filling up your tank, stop filling as soon as the nozzle clunk. Adding more fuel might tend to overfill. Any fuel that do not goes into your tank, but drain out from the nozzle is still consider a waste of money to spend on.

Rewards point, cashback and promotions

No matter how much we try to save on fuel, we will still have to fill our tank if we want to keep our the car on the road. So, why not use the opportunity to get some privilege when filling fuel:

  1. If you use credit card to pay for fuel, use cards that have cashback for spending on fuel.
  2. If the petrol station offers loyalty cards or reward points, make sure you get their card and swipe every time you spend on fuel. Later, redeem the points to exchange to your daily necessities.
  3. If the petrol station joint venture with retailer that offer their voucher when shopping, try to shop at those places (when you need to do shopping, of course) and get their voucher to exchange for fuel.

Hidup Bebas : Pemanduan Jimat Wang

Jadikan Kereta Kita Lebih Efisyen

Hanya dengan mengenalpasti dan membuat sedikit perubahan kepada kereta kita, kita akan dapat menjadikan kereta kita lebih efisyen. Kereta yang lebih efisyen mengurangkan penggunaan minyak dan dapat memanjangkan jangka hayat kereta kerana beroperasi dalam keadaan optimum.

  1. Pastikan tekanan udara pada tayar berada dalam keadaan yang betul (Potensi Jimat Minyak : 8%)
  2. Keluarkan semua barang-barang yang tidak diperlukan dari dalam kereta. Kereta yang lebih ringan memerlukan kurang minyak untuk beroperasi. (Potensi Jimat Minyak : 2%)
  3. Tanggalkan rak bumbung untuk mengurangkan drag. Perlu ke nak bawah bot atas bumbung datang office? (Potensi Jimat Minyak : 2%)
  4. Tutup air-conditioner. Buka tingkap hadapan dan tutup tingkat belakang untuk membenarkan angin bebas keluar masuk. (Potensi Jimat Minyak : 8%)
  5. Jangan isi minyak sehingga penuh. Tanki minyak yang penuh menambah beban yang perlu ditampung untuk kereta beroperasi. Isi separuh atau ¾ tangki sahaja. (Potensi Jimat Minyak : 1%)

Memandu Secara Efisyen

Dengan mengubah cara pemanduan sahaja, boleh mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 60%. Berikut adalah beberapa kaedah pemanduan yang bukan sahaja boleh menjimatkan penggunaan minyak, malah menjadikan pemanduan kita lebih selamat:
  1. Semasa memulakan perjalanan ataupun semasa bergerak selepas lampu isyarat, kawal tekanan pada pedal minyak. Jangan terlalu gelojoh sehingga terlampau menekan pedal minyak. Jika enjin mengerang pada ketika ini, menunjukan minyak telah ditekan melebihi dari yang sepatutnya.
  2. Pandu pada gear yang betul. Gunakan gear setinggi yang boleh, dan rendahkan gear hanya apabila kereta menjadi terlalu perlahan.
  3. Gunakan brake dengan bijak. Sebelum memberhentikan kerata, lepaskan pedal minyak, biar kereta meluncur dan tekan brake sedikit demi sedikit untuk memberhentikan kereta. Tapi, jangan lakukan begini pada keadaan kecemasan.
  4. Pastikan jarak selamat antara kereta di hadapan. Selain untuk keselamatan, jarak ini dapat membantu kita merancang kelajuan kereta kita dengan lebih stabil. Jika memandu terlalu rapat, kita akan kerap menekan minyak dan menekan brake untuk menyesuaikan kelajuan kereta hingga menyebabkan penggunaan minyak yang berlebihan.
  5. Rancang perjalanan. Dengan perancangan yang baik, kita boleh tentukan jarak yang terdekat, kurang kesesakan, elak jalan bertol dan pemanduan lebih lancar serta tidak terburu-buru.

Saya memandu kereta Proton Gen2 1.6M. Saya amat mengambil berat penggunaan minyak, jadi semua idea pemanduan yang mampu saya lakukan, saya akan buat. Memang menenangkan bila memandu dalam keadaan terancang dan teratur. Selain dari itu, saya dapat jimat minyak. Bulan ini sahaja, dengan harga minyak RM1.80 seliter, kereta saya menggunakan hanya RM0.11 satu kilometer!

Ambil berat perihal petrol

Jika di negara yang tiada subsidi minyak dan penjual minyak berlawan-lawan menawarkan harga petrol terendah, penting untuk kita ambil tahu dan cari harga minyak yang termurah. Cara paling mudah ialah dengan melihat harga minyak secara online. Dapatkan senarai petrol kiosk berhampiran tempat tinggal anda dan lihat perbezaan harga minyak untuk syarikat yang berbeza.

Di Malaysia, harga minyak dikawal dan disubsidi kerajaan. Jadi, kurang peluang untuk mendapatkan minyak yang murah. Tapi, akan datang, dengan memperkenalkan petrol RON95 and RON97, sekurang-kurangnya ia memberi ruang untuk pemilihan petrol yang lebih murah bergantung kepada kereta yang kita pandu.

Selain meneliti harga minyak, cuba tips-tips berikut:

  1. Isi minyak sekurang-kurangnya pada tahap minyak di tangki mampu beroperasi dalam 50 km lagi. Jangan biarkan tahap minyak dalam keadaan terlalu rendah atau hampir kosong. Ini disebabkan, bila tangki hampir kosong, kita terpaksa memilih stesyen minyak yang berhampiran dan tidak dapat memilih stesyen minyak yang sesuai mengikut perancangan kita.
  2. Elakkan mengisi minyak mahal yang ditambah dengan aditif. Minyak sebegini lebih sesuai untuk enjin berkuasa besar tetapi dikira membazir untuk enjin berkuasa biasa.
  3. Isi minyak pada waktu malam. Ini kerana di bawah stesyen minyak, keadaan minyak terpengaruh dengan suhu sekeliling. Pada waktu panas, minyak mengewap dan apabila dipam, isipadu minyak cecair yang masuk ke tangki berkurangan sedikit. Keadaan sejuk atau panas hanya memberi pengaruh yang sedikit sahaja kepada isipadu minyak jadi tak perlu lah terlalu berlebih-lebih dalam hal ini.
  4. Jika semasa isi minyak, pam minyak terberhenti disebabkan minyak telah hampir penuh, terus berhenti isi minyak. Lebih hampir minyak dengan tangki penuh, lagi tinggi kemungkinan minyak akan terlebih isi. Minyak yang melimpah keluar atau meleleh keluar disebabkan terlebih isi, tetap dikira pembaziran juga.

Mata rewards, cashback dan promosi

Walau bagaimana pun kita cuba berjimat, minyak tetap terpaksa diisi kalau kita hendak kereta kita berfungsi. Jadi, apa kata gunakan peluang mengisi minyak itu dengan menggabungkan beberapa kemudahan yang sememangnya disediakan:

  1. Jika anda menggunakan kredit kad untuk membayar minyak, gunakan kredit kad yang ada menawarkan cashback untuk setiap pengisian minyak.
  2. Jika stesyen minyak menawarkan royalty card dan reward point, jangan lupa untuk menggunakan kad itu juga untuk mengumpul mata. Gunakan mata terkumpul untuk ditukar kepada barang-barang keperluan lain.
  3. Jika stesyen minyak menawarkan voucher minyak dengan pembelian barang harian, cuba sesuaikan perbelanjaan anda pada masa promosi untuk mendapatkan voucher berkenaan.


Tuesday, 25 August 2009

Simple Life : How much your car spend on fuel?

One of the daily expenses that almost everyone has to spend on is fuel for their vehicle. We used our car daily to travel and go to work, but every kilometer the car took us, it demand spending through its fuel usage.

There are a lot of tips of how we can change or optimize our driving style in order to reduce the fuel consumption. However, today, I would like to touch only on the car and engine type.

No matter how you drive, the car engine and specification draws a baseline on how much fuel in average that your car will consume. Even you drive slowly, if the engine required a certain minimum amount of fuel usage, that is as far as you can get on fuel saving.

So, if you are looking for car that fuel efficient, do look out on the car specification for the fuel consumption.

I found at http://www.vcacarfueldata.org.uk, there is a full study on average fuel consumption. The fuel consumption test was done based on Directive 80/1268/EEC as amended by 2004/3/EC. The test covers 2 cycles, urban cycle to simulate our town driving and extra-urban cycle to simulate driving on expressway or highway.

I uploaded the full list at here, which you can also download from Download CornerExcel : Car Fuel Consumption List”. I have filtered only on cars that used Petrol. A portion of the file snapshot can be found below. Here, I focused on car that spends lesser than RM0.12 on town drive only. Check out if your car is on the fuel efficiency list. Make sure you grab the full list from the free download for a complete listing.

Based on this list, the most fuel efficient car on all roads are Toyota iQ and Smart Fortwo Coupe.

Manufacturer Model Transmission Engine Capacity Urban-Cold Fuel Usage (l/100km) Fuel cost per km (MYR)
CITROEN C1 M5 998 5.5 0.10
DAIHATSU Sirion M5 998 6.1 0.11
FIAT 500 SAT5 1242 6.2 0.11
FIAT 500 SAT5 1242 5.6 0.10
FIAT 500 M5 1242 5.7 0.10
FIAT 500 SAT5 1242 6.2 0.11
FORD New Ka, Post 2009½ Model Year M5 1242 6.3 0.11
HONDA Civic Hybrid CVT 1339 5.2 0.09
HYUNDAI i10 M5 1086 6.1 0.11
HYUNDAI i10 M5 1248 6.3 0.11
HYUNDAI i10 M5 1086 6.3 0.11
KIA Picanto M5 999 5.9 0.11
KIA Picanto M5 1086 6.2 0.11
MITSUBISHI i A4 658 5.4 0.10
PEUGEOT 107 M5 998 5.5 0.10
PEUGEOT 107 A5 998 5.5 0.10
PEUGEOT 107 A5 998 5.5 0.10
PEUGEOT 107 Facelift M5 998 5.5 0.10
PEUGEOT 107 Facelift A5 998 5.5 0.10
SMART fortwo cabrio A5 799 5.2 0.09
SMART fortwo coupé A5 799 4.9 0.09
SMART fortwo coupé A5 999 6.1 0.11
SMART fortwo coupé A5 999 6.1 0.11
SUBARU Justy M5 998 6.1 0.11
SUZUKI Alto 5MT 996 5.5 0.10
SUZUKI Splash 5MT 996 5.9 0.11
TOYOTA Aygo 5MT 998 5.5 0.10
TOYOTA Aygo Multi5 998 5.5 0.10
TOYOTA Aygo M5 998 5.5 0.10
TOYOTA Aygo Multi5 998 5.5 0.10
TOYOTA Aygo Multi5 998 5.5 0.10
TOYOTA iQ M5 998 4.9 0.09
TOYOTA iQ MultiDrive 998 5.7 0.10
TOYOTA Prius E-CVT 1497 5.0 0.09
TOYOTA Yaris M5 998 6.0 0.11
TOYOTA Yaris M6 1329 6.2 0.11
TOYOTA Yaris M6 1329 6.2 0.11
TOYOTA Yaris M6 1329 6.2 0.11
VAUXHALL Agila MY2008 M5 996 5.9 0.11

Monday, 24 August 2009

Pelaburan 4 : Seminar Pelaburan Emas

Satu seminar mengenai Pelaburan Emas Dinar akan diadaakan pada minggu ini, seperti maklumat di bawah:
Tajuk: Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09)
Tarikh: 27/8/2009
Masa: 8.00 pagi sehingga 6 petang
Tempat: Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri seminar ini, dijemput menghubungi:

Sekretariat
Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09) Faculty of Islamic Study Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor
Tel: 03-89215558 Fax no: 03-89215558
Email: sedinar09@gmail.com, salmy1001@yahoo.com

How to Shop for Digital Camera


1. Check yourself what the digital camera will be used for
Before you even start to survey around for digital camera, ask yourself these question:
  • What is your budget?
  • What type of photos you plan to take? (potraits, landscape, close up)
  • What conditions will you are taking your photos? (outdoors, indoors)
  • What is your experience on using digital camera?
  • What type of features are you looking for? (zoom, image stabilization)
  • How important is the camera size? Do you prefer the camera to be light weight?
2. MegaPixel (MP)
Pixel or “picture element” measure the digital camera capability of capturing quality picture. The higher the MP, the more detail the picture were taken. However, the higher the MP means that each picture will be bigger in size (due to more information packed onto 1 picture). So, when you buy a high MP camera, means that you also must invest in a lot of memory card to store all the photos.

You need to understand how you plan to process the photos you have taken? Will you print them, will you put them on online photo album, and are you going to send through email or do you plan to store them in your laptop or external drive?

If you plan to always print the photos, 5MP is more than enough. If you plan to put your picture online, then even 5MP will be too big of photos for you uploading. You might need to reduce the picture image in that case, so why not just opt for lower MP. If you plan to store them inside laptop, the most 7MP is more that sufficient. I would not recommend 10MP unless you are a professional photographer that plan to print photos into banner or posters.

3. Accessories
Most camera brand have fix price that were set for retailer. So, if you shop around, you might found that the camera price does not vary so much between retailers. To attract buyer, retailer will throw in extra accessories. So, do look out for the most accessories you can get when buying your camera. Some of them are:
  • Camera Case
  • Memory Cards
  • Spare Batteries
  • LCD Protector
  • Lenses cleaning kit
  • Lenses (if you are getting a DSLR)
  • Filters (and other lens attachments)
  • Tripods/Monopods
  • External Flashes
  • Reflectors
4. Do already have some accessories?
You might already own some of the accessories especially the memory cards. It is good to think about having to buy cameras that able to support your current memory cards. This way, you do not have to spend more money on buying more memory cards.

5. DSLR or Point and Shoot?

While digital SLRs are getting more affordable they are not for everyone. Keep in mind that they are usually bigger, heavier, harder to keep clean (if you’re changing lenses) and can be more complicated to operate than point and shoot. Of course there are some upsides also.

When you asked question on the first tips, if any of your answer is more to general photography, then do opt for Point and Shoot. Just having Point and Shoot camera do not means you are amateur. Taking good photography does not purely own by the camera itself. You can produce a very good photo using your point and shoot camera if you know some basic of photography. Furthermore, Point and Shoot camera is easy to maintain, highly portability and much easy to carry around.

6. Optical Zooms are King
Not all ‘zooms’ are created equal.

When you’re looking at different models of digital cameras you’ll often hear their zooms talked about in two ways. Firstly there’s the ‘optical zoom’ and then there’s the ‘digital zoom’.
I would highly recommend that you only take into consideration the ‘optical zoom’ when making a decision about which camera to buy. Digital zooms simply enlarge the pixels in your shot which does make your subject look bigger, but it also makes it look more pixelated and your picture ‘noisier’ (like when you go up close to your TV).

If you’re looking for a zoom lens make sure it’s an optical zoom (most modern cameras have them of at least 3x in length - ie they’ll make your subject three times as big - with an increasing array of ’super zooms’ coming onto the market at up to 12x Optical Zoom).

7. Survey online
Before buying a digital camera take the time to do a little research. Don’t JUST rely upon the advice of the helpful sales person (who may or may not know anything about cameras and who may or may not have sales incentives for the camera they are recommending).

Read some reviews in digital camera magazines or online to help you narrow down the field. There are some great websites around that give expert and user reviews on virtually every camera on the market - use this wonderful and free resource.

8. Try yourself

Once you have zoom in to a camera of your choice, go ahead to the nearest retailers. Ask to give the camera a trial. Hold the camera and feel the weight. Snap and few photos and check out the result. Open up the menu and look for the basic setting. Try to snap on close up and also the zoom feature. Try the camera until you are fully satisfied.

It is good that you keep multiple options in your shopping list. This way you can try a few camera and decide which is the best for your needs.

9. Negotiate
After you’ve selected the right digital camera for you it’s time to find the best price.

Seriously I am not very good at negotiating price. Normally, I will survey around for the best price. I will even check out online market to see if the price offered is already the best.

Once you found the best price, it is good to try and negotiate for even lower price. This way you will get the most bargain from your purchase.

Sunday, 23 August 2009

Pelaburan 3 : Lindungi Wang dengan Emas

Salah satu bentuk pelaburan yang semakin hangat diperkatakan kini ialah pelaburan emas. Pelaburan emas dijalankan menggunakan emas sebagai medium pelaburan. Beli emas semasa harga emas rendah dan jual semula emas semasa harga emas meningkat lebih tinggi.

Apakah beza pelaburan emas berbanding pelaburan lain seperti amanah saham? Beza yang ketara ialah kerana pelaburan emas menggunakan nilai emas sebagai pasaran pelaburan. Pelaburan seperti amanah saham atau matawang asing, menggunakan nilai wang kita sebagai medium pelaburan. Sedikit kelemahan melalui sistem matawang kita, ialah ia mudah dipengaruhi oleh inflasi.

Apakah itu inflasi? Inflasi terjadi apabila matawang kita mengalami susut nilai ataupun susut kuasa pembeliannya. Sejak beberapa tahun lepas, matawang kita kerap mengalami inflasi yang teruk. Kesan daripada inflasi, kita mendapati harga barangan harian kita semakin meningkat. Kenaikan harga barangan ini adalah disebabkan nilai matawang semakin lemah dan lebih banyak wang diperlukan untuk menjana industri barangan harian kita.

Walau bagaimanapun, nilai emas sebenarnya tidak berubah. Tetapi disebabkan nilai matawang kita merosot, harga untuk membeli emas semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dengan menjadikan emas sebagai medium penukaran matawang, kita dapat menyelamatkan matawang kita dari susut nilai disebabkan inflasi.

Bagaimana drastiknya nilai emas meningkat? Ini sebenarnya banyak bergantung kepada permintaan dan pengeluaran emas. Walaupun nilai emas juga terpengaruh kepada perkembangan ekonomi, tetapi dalam jangka masa panjang, nilai emas tetap akan meningkat. Ambil contoh pada bulan May 2008, harga emas ialah USD912.50 untuk satu ounce. Menjelang bulan Jun 2008, harga emas telah meningkat kepada USD987.00. Ini adalah peningkatan sebanyak 8% hanya dalam masa sebulan sahaja. Jika ketika itu kita membeli 1 ounce emas pada bulan May dan menjual semula pada bulan Jun, kita mendapat untung sebanyak USD74.50 iaitu menyamai RM260 sebulan!

Untuk melihat harga emas terkini, bolehlah layari www.kitco.com. Di bawah ialah graf harga emas untuk setahun lepas. Perhatikan bahawa harga emas meningkat dari December 2008 dan terus meningkat hingga kini.



Ini pula harga emas untuk 5 tahun lepas. Sejak 2004, harga emas berterusan meningkat melawan inflasi matawang.


Berapakah modal pelaburan emas? Di Malaysia, kita beruntung kerana terdapat banyak peluang untuk melabur emas. Walau bagaimanapun, perlulah berhati-hati supaya tidak tertipu dengan pelaburan emas yang tidak diikhtiraf. Ada juga yang menawarkan dengan skim-skim pelaburan emas yang sebenarnya untuk mengaut keuntungan dengan menipu wang-wang orang ramai sahaja.

Pelaburan emas yang sentiasa menjadi pemerhatian pelabur-pelabur emas di Malaysia, antaranya ialah
  1. Public Gold – Pelaburan emas bar [Minima 20 gram = RM2,287]
  2. Public Dinar – Pelaburan emas dinar [Minima 1 dinar = RM472]
  3. Emas Kijang [Minima ¼ Troy ounce = RM908]
  4. Public Bank Gold Investment Account [Minima 20 gram = RM2,183]
  5. Maybank Gold Saving Passbook [Minima 5 gram = RM548]
Seperti mana-mana pelaburan, penting untuk pelabur mengambil tahu risiko dan cara-cara mengawal risiko pelaburan kita. Janganlah main ikut cakap orang sahaja. Kita sendiri pun perlulah mengambil tahu dengan lebih mendalam mengenai pelaburan emas ini untuk memastikan teknik pelaburan kita memberi untung maksima dan tidak rugi.

Sebenarnya, banyak lagi maklumat terkini yang perlu diambil tahu sebelum benar-benar menceburi pelaburan emas. Jika dilakukan dengan berhati-hati, pelaburan emas menjanjikan keuntungan yang menarik di samping melindungi matawang kita dari inflasi.

Sebuah e-book telah dihasilkan oleh En Shukor mengupas lebih mendalam mengenai cara-cara pelaburan emas. Saya telah pun membeli e-book “Emas-emas yang Hilang” hasil keluaran pertama beliau. Kini beliau telah melancarkan e-book ini untuk keluaran kedua pada 24 Ogos 2009. Penerangan yang simple tetapi amat lengkap dituruti dengan contoh-contoh pengiraan pelaburan yang mendalam melalui penulisan e-book beliau sememangnya amat membuka minda saya dalam pelaburan emas. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pelaburan emas, dapatkan e-book beliau dengan klik pada banner di bawah. Oleh kerana permintaan yang tinggi untuk e-book ini, beliau telah membuka belian e-book “Emas-emas yang Hilang” ini dengan harga RM80 dan terbuka untuk 1000 pembelian sahaja.


Di sini juga saya sertakan kertas kerja mengenai pelaburan emas yang akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09) pada 27 Ogos 2009 ini di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Download kertas kerja di sini. Saya ucapkan selamat melabur kepada semua.

Pelaburan 2 : Amanahkan pada ASNB

Satu lagi cara untuk kita menyimpan wang simpanan secara selamat ialah dengan melaburkannya ke amanah saham. Untuk kali ini, kita akan cuba sentuh hanya pada anamah saham yang ditawarkan di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). ASNB merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam tabung khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Ia ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Tabung unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Tabung Unit Amanah.

Antara kelebihan melabur di dalam ASNB ialah:
  • Kepelbagaian : Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.
  • Pengurus yang profesional : Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.
  • Pentadbiran yang mudah : Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang dibuat secara langsung oleh pelabur.
  • Kecairan : Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila masa dalam waktu perniagaan.
  • Berkemampuan untuk melabur : Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi.
Amanah Saham seperti ASNB secara kasarnya memperlihatkan peluang terbaik untuk pelaburan. Tetapi, sebagaimana pelaburan yang lain, tetap masih ada risikonya. ASNB bagaimanapun, menawarkan pelbagai skim pelaburan yang menawarkan kepelbagaian kadar pertumbuhan dari risiko rendah hingga risiko tinggi sebagai pilihan pelabur.

ASNB juga menawarkan pelaburan yang mempunyai harga jualan dan belian lot yang tetap. Sebagai pertumbuhan pelaburan, di hujung setiap tahun matang, pelabur dibayar dividen. Ini dapat memastikan modal pelaburan kita tidak hilang di dalam pasaran.

Pada mereka yang kekurangan modal pelaburan, ASNB turut menawarkan pelaburan dari baki KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menetapkan peraturan untuk memastikan hanya peratusan yang rendah dari Akaun 1 sahaja boleh dikeluarkan untuk pelaburan ASNB. Ini bagi menjaga keselamatan wang KWSP kita yang lain.

Lihatkan senarai skim pelaburan yang ditawarkan oleh ASNB dan mulalah melabur. Ada skim yang ditawarkan mempunyai risiko yang sungguh rendah sehingga menjadi pilihan pengganti kepada akaun simpanan biasa. Bagi saya, saya sentiasa berminat untuk melabur di dalam ASB yang memberi keselamatan pada modal pelaburan saya melalui harga yang tetap dan juga memberi pertumbuhan dividen yang memberangsangkan.

Amanah Saham Nasional Berhad Bumiputera
Sahaja
KWSP
Bayaran Dividen
Amanah Saham Bumiputera (ASB) Website Ya Tidak
Kelayakan Bumiputera Malaysia
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).
Tahun Berakhir 31 Disember 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 7.3 8 7
Bonus Seunit (sen) 1.25 1 1.75
Jumlah Bonus 8.55 9 8.75
Pertumbuhan (%) - 5.26 -2.78

Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) Website Tidak Tidak
Kelayakan Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).
Tahun Berakhir 31 Ogos 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 6.8 8 7
Pertumbuhan (%) - 17.65 -12.50

Amanah Saham Didik (ASD) Website Ya Ya
Kelayakan Bumiputera Malaysia
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).
Tarikh Berakhir 30 Jun 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit(sen) 6.8 7 7
Pertumbuhan (%) - 2.94 0.00

Amanah Saham Malaysia (ASM) Website Tidak Tidak
Kelayakan Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun ke bawah).
Tahun Berakhir 31 Mac 2007 2008 2009
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 6.8 7.8 6.25
Pertumbuhan (%) - 14.71 -19.87

Harga Jualan dan Belian
Amanah Saham Nasional (ASN) Website Tidak Tidak
Kelayakan Warganegara Malaysia Bumiputera 18 tahun ke atas
Tahun Berakhir 31 Disember 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 5.5 6.25 5.5
Jumlah Pulangan (%) 35.6 28.03 -34.04
Pertumbuhan (%) - -21.26 -221.44
NAB Seunit Tertinggi (RM) 0.8326 0.9979 0.9857
NAB Seunit Terendah (RM) 0.6144 0.7793 0.5619

Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) Website Ya Ya
Kelayakan Warganegara Malaysia Bumiputera 18 tahun ke atas
Tahun Berakhir 30 Jun 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 5 5.2 5.2
Jumlah Pulangan (%) 3.19 40.24 -0.39
Pertumbuhan (%) - 1161.44 -100.97
NAB Seunit Tertinggi (RM) 0.8706 1.1133 1.2029
NAB Seunit Terendah (RM) 0.7952 0.7737 0.9758

Amanah Saham Nasional 3 (ASN3) Website Tidak Ya
Kelayakan Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas
Tahun Berakhir 30 November 2006 2007 2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit(sen) 6.3 8 7
Jumlah Pulangan (%) 13.41 21.1 -17.96
Pertumbuhan (%) - 57.35 -185.12
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.0569 1.1945 1.2314
NAB Seunit Terendah (RM) 0.9453 1.015 0.8742

Amanah Saham Gemilang (ASG) Pendidikan Website Tidak Ya
Kelayakan Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Bijak(18 tahun ke atas sebagai Penjaga untuk kanak-kanak 6 bulan ke atas dan 18 tahun ke bawah)
Tahun Berakhir 31 Mac 2007 2008 2009
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 6.5 7 5.5
Jumlah Pulangan (%) 17.87 4.2 -15.45
Pertumbuhan (%) - -76.50 -467.86
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.0783 1.129 0.9825
NAB Seunit Terendah (RM) 0.8772 0.9583 0.7552

Amanah Saham Gemilang (ASG) Kesihatan Website Tidak Ya
Kelayakan Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Bijak(18 tahun ke atas sebagai Penjaga untuk kanak-kanak 6 bulan ke atas dan 18 tahun ke bawah)
Tahun Berakhir 31 Mac 2007 2008 2009
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit(sen) 6.5 7 6
Jumlah Pulangan (%) 17.87 4.2 -20.22
Pertumbuhan (%) - -76.50 -581.43
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.0783 1.129 1.0638
NAB Seunit Terendah (RM) 0.8772 0.9583 0.7664

Amanah Saham Gemilang (ASG) Pesaraan Website Tidak Ya
Kelayakan Warganegara Malaysia
Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
Akaun Bijak(18 tahun ke atas sebagai Penjaga untuk kanak-kanak 6 bulan ke atas dan 18 tahun ke bawah)
Tahun Berakhir 31 Mac 2007 2008 2009
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) 6.5 7 5
Jumlah Pulangan (%) 17.87 4.2 -14.47
Pertumbuhan (%)
-76.50 -444.52
NAB Seunit Tertinggi (RM) 1.0783 1.129 1.0212
NAB Seunit Terendah (RM) 0.8772 0.9583 0.8059

Pelaburan Terbaru
Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) Website Tidak Tidak
Kelayakan Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas
Tarikh Pelancaran 05-Ogos-09
Harga Seunit RM1.00