Hanya dengan mengenalpasti dan membuat sedikit perubahan kepada kereta kita, kita akan dapat menjadikan kereta kita lebih efisyen. Kereta yang lebih efisyen mengurangkan penggunaan minyak dan dapat memanjangkan jangka hayat kereta kerana beroperasi dalam keadaan optimum.
- Pastikan tekanan udara pada tayar berada dalam keadaan yang betul (Potensi Jimat Minyak : 8%)
- Keluarkan semua barang-barang yang tidak diperlukan dari dalam kereta. Kereta yang lebih ringan memerlukan kurang minyak untuk beroperasi. (Potensi Jimat Minyak : 2%)
- Tanggalkan rak bumbung untuk mengurangkan drag. Perlu ke nak bawah bot atas bumbung datang office? (Potensi Jimat Minyak : 2%)
- Tutup air-conditioner. Buka tingkap hadapan dan tutup tingkat belakang untuk membenarkan angin bebas keluar masuk. (Potensi Jimat Minyak : 8%)
- Jangan isi minyak sehingga penuh. Tanki minyak yang penuh menambah beban yang perlu ditampung untuk kereta beroperasi. Isi separuh atau ¾ tangki sahaja. (Potensi Jimat Minyak : 1%)
Memandu Secara Efisyen
Dengan mengubah cara pemanduan sahaja, boleh mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 60%. Berikut adalah beberapa kaedah pemanduan yang bukan sahaja boleh menjimatkan penggunaan minyak, malah menjadikan pemanduan kita lebih selamat:
- Semasa memulakan perjalanan ataupun semasa bergerak selepas lampu isyarat, kawal tekanan pada pedal minyak. Jangan terlalu gelojoh sehingga terlampau menekan pedal minyak. Jika enjin mengerang pada ketika ini, menunjukan minyak telah ditekan melebihi dari yang sepatutnya.
- Pandu pada gear yang betul. Gunakan gear setinggi yang boleh, dan rendahkan gear hanya apabila kereta menjadi terlalu perlahan.
- Gunakan brake dengan bijak. Sebelum memberhentikan kerata, lepaskan pedal minyak, biar kereta meluncur dan tekan brake sedikit demi sedikit untuk memberhentikan kereta. Tapi, jangan lakukan begini pada keadaan kecemasan.
- Pastikan jarak selamat antara kereta di hadapan. Selain untuk keselamatan, jarak ini dapat membantu kita merancang kelajuan kereta kita dengan lebih stabil. Jika memandu terlalu rapat, kita akan kerap menekan minyak dan menekan brake untuk menyesuaikan kelajuan kereta hingga menyebabkan penggunaan minyak yang berlebihan.
- Rancang perjalanan. Dengan perancangan yang baik, kita boleh tentukan jarak yang terdekat, kurang kesesakan, elak jalan bertol dan pemanduan lebih lancar serta tidak terburu-buru.
Saya memandu kereta Proton Gen2 1.6M. Saya amat mengambil berat penggunaan minyak, jadi semua idea pemanduan yang mampu saya lakukan, saya akan buat. Memang menenangkan bila memandu dalam keadaan terancang dan teratur. Selain dari itu, saya dapat jimat minyak. Bulan ini sahaja, dengan harga minyak RM1.80 seliter, kereta saya menggunakan hanya RM0.11 satu kilometer!
Ambil berat perihal petrol
Jika di negara yang tiada subsidi minyak dan penjual minyak berlawan-lawan menawarkan harga petrol terendah, penting untuk kita ambil tahu dan cari harga minyak yang termurah. Cara paling mudah ialah dengan melihat harga minyak secara online. Dapatkan senarai petrol kiosk berhampiran tempat tinggal anda dan lihat perbezaan harga minyak untuk syarikat yang berbeza.
Di Malaysia, harga minyak dikawal dan disubsidi kerajaan. Jadi, kurang peluang untuk mendapatkan minyak yang murah. Tapi, akan datang, dengan memperkenalkan petrol RON95 and RON97, sekurang-kurangnya ia memberi ruang untuk pemilihan petrol yang lebih murah bergantung kepada kereta yang kita pandu.
Selain meneliti harga minyak, cuba tips-tips berikut:
- Isi minyak sekurang-kurangnya pada tahap minyak di tangki mampu beroperasi dalam 50 km lagi. Jangan biarkan tahap minyak dalam keadaan terlalu rendah atau hampir kosong. Ini disebabkan, bila tangki hampir kosong, kita terpaksa memilih stesyen minyak yang berhampiran dan tidak dapat memilih stesyen minyak yang sesuai mengikut perancangan kita.
- Elakkan mengisi minyak mahal yang ditambah dengan aditif. Minyak sebegini lebih sesuai untuk enjin berkuasa besar tetapi dikira membazir untuk enjin berkuasa biasa.
- Isi minyak pada waktu malam. Ini kerana di bawah stesyen minyak, keadaan minyak terpengaruh dengan suhu sekeliling. Pada waktu panas, minyak mengewap dan apabila dipam, isipadu minyak cecair yang masuk ke tangki berkurangan sedikit. Keadaan sejuk atau panas hanya memberi pengaruh yang sedikit sahaja kepada isipadu minyak jadi tak perlu lah terlalu berlebih-lebih dalam hal ini.
- Jika semasa isi minyak, pam minyak terberhenti disebabkan minyak telah hampir penuh, terus berhenti isi minyak. Lebih hampir minyak dengan tangki penuh, lagi tinggi kemungkinan minyak akan terlebih isi. Minyak yang melimpah keluar atau meleleh keluar disebabkan terlebih isi, tetap dikira pembaziran juga.
Mata rewards, cashback dan promosi
Walau bagaimana pun kita cuba berjimat, minyak tetap terpaksa diisi kalau kita hendak kereta kita berfungsi. Jadi, apa kata gunakan peluang mengisi minyak itu dengan menggabungkan beberapa kemudahan yang sememangnya disediakan:
- Jika anda menggunakan kredit kad untuk membayar minyak, gunakan kredit kad yang ada menawarkan cashback untuk setiap pengisian minyak.
- Jika stesyen minyak menawarkan royalty card dan reward point, jangan lupa untuk menggunakan kad itu juga untuk mengumpul mata. Gunakan mata terkumpul untuk ditukar kepada barang-barang keperluan lain.
- Jika stesyen minyak menawarkan voucher minyak dengan pembelian barang harian, cuba sesuaikan perbelanjaan anda pada masa promosi untuk mendapatkan voucher berkenaan.
No comments:
Post a Comment