![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgg8s7mhxoGvEte7O_CTfFovV-ZVA25tSNRlmYnVH_Q2pNaLVadJ9nCucXDxKBVlYnPfpjYtNqCaAmTXIwYuK7J9KWZ87mjriGlOtpY18hHfXTREJtgHRcqRt-W7d8iz1khEZdAnPW9zggv/s400/n97iphone.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK2ZxwxAqJhkYUmNR8_v7HYtxTLJQlp-QVYWDNrh5W83lIYOi5SCgyfMJwn0u1kt8rYaU9HVxSS2hzrrdjgvzfx2YE_DFG1F8hLEz9uXj39RfZhjQB9yYfeq1xBg16rvpEtRmSwZP2CVgH/s200/maxis.gif)
Yang guna prepaid lak, tak perlu nak risau-risau pasal nak bayar bil atau segala macam charge ni. Memang agak susah sikit sebab nak asyik cari top up, tapi bila-bila dah takde duit tu, pandai-pandai la berhenti guna kan. Pandai la sangat. Jangan-jangan kita pun termasuk antara yang menjajar cari duit untuk top up 5 ringgit sementara nak tunggu gaji ni.
Handphone dah jadi satu keperluan pula sekarang ni. Bukan senang nak tolak tepi handphone kan? Jadi, macam mana pun, tetap perlu kena guna. Tapi kita pernah terfikir tak, sama ada package yang kita ambil ni dah yang paling murah untuk kita? Mungkin tak, ada package lain yang lagi murah?
Kat Malaysia ni, Maxis, Celcom dan DiGi berebut bagi package yang murah sebab nak kaut seberapa ramai pelanggan. Naik pening gak nak pilih, yang mana bagi free handphone la, free kredit la, free reward point la. Baik la bagi free rumah terus, lagi senang kan? Kita langgan satu-satu pelan pun sebab nak guna bulan-bulan, baik la cari pelan yang lebih sesuai untuk kegunaan bulan-bulan kita.
Saya pun dulu agak senak juga untuk bayar bil bulanan untuk postpaid saya. Tapi bila saya lebih
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiX1FhZvTzZhQAn8bfug4vhaEFrE4THN43ANRc6_A3XeklyIKbQ3B8FMc74Ld1uhxfSC4Lo-Yd747FEBEFrvvek8MkY8L5X6LnxSew5d1XdIfMGHLz9xqPXzSDb42GvMcAJqkd0SvcvsaII/s200/Digi.gif)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUPZa7GyLc3inXtJbAPwWFqJb9EBc6OrNUoBWt3jVzTE4uovzJ5qRqrr9BCgxYtXNldBlWnKUMqFrkGGquFv7aaATrBhyGfz9lEdv0PE9fKmD3nZGipz4kt_Mjpv6mMYXIRtFLpO2pIIVF/s200/celcom.jpg)
Cara nak guna, mula-mula dapatkan latest statement. Sekarang ni postpaid dan prepaid pun dah boleh dapatkan statement. Kalau takde statement, terpaksa la main agak-agak je. Saya hanya ambil kira kos untuk call, sms dan mms je sebab biasanya 3 benda ni yang banyak effect bil atau kredit kita. Fail ini juga fokus pada package principal, tapi kalau ada yang nak ambik supplementary atau package keluarga, lebih kurang dah boleh agak mana package yang sesuai.
Sila pergi Download Corner di Isi Kandungan. Klik kat “Excel : Mobile Service Provider Plan” dan download file tu. Bila dah confirm pelan yang terbaik, boleh la segera tukar. Sekarang ni pun, tak perlu tukar nombor bila kita nak tukar pelan, lagi la senang. Dan yang penting, dapat la kita berjimat.
No comments:
Post a Comment