Tuesday 11 August 2009

Jimat Wang : Promosi dan Tawaran Hebat

Saya sempat menonton rancangan Oprah malam semalam yang membuka topik jimat wang. Salah satu sesi yang benar-benar menarik minat saya ialah apabila seorang surirumah berjaya menjimatkan 80% semasa berbelanja barangan dapurnya.

Sebahagian tipnya yang masih saya ingat:

  1. Luangkan masa untuk menyenaraikan barang-barang yang PERLU dibeli sebelum pergi berbelanja.
  2. Dapatkan akhbar-akhbar utama dan perhatikan sebahagian tawaran kupon atau voucher.
  3. Layari internet untuk mendapatkan kupon dan voucher yang boleh dicetak.
  4. Senaraikan tarikh jualan murah untuk pasaraya berdekatan anda and belanja hanya semasa jualan murah sahaja.
  5. Elakkan berbelanja di kedai-kedai mini atau kedai serbaguna yang biasanya menawarkan harga yang lebih tinggi.

Surirumah itu juga sempat menunjukkan demonstrasi bagaimana dia berbelanja semasa jualan murah disertakan dengan penggunaan kupon dan voucher untuk penjimatan yang maksimum. Beliau telah membiasakan diri dengan kaedah ini selama 15 tahun dengan jumlah penjimatan melalui berbelanja barangan rumah sahaja mencapat $17,000.

Saya pasti Malaysia juga ada menawarkan promosi hebat dengan kupon percuma dan voucher. Saya akan meninjau untuk tawaran-tawaran online dan akan memaparkannya di Money Matter.

No comments:

Post a Comment