Sunday 23 August 2009

Pelaburan 3 : Lindungi Wang dengan Emas

Salah satu bentuk pelaburan yang semakin hangat diperkatakan kini ialah pelaburan emas. Pelaburan emas dijalankan menggunakan emas sebagai medium pelaburan. Beli emas semasa harga emas rendah dan jual semula emas semasa harga emas meningkat lebih tinggi.

Apakah beza pelaburan emas berbanding pelaburan lain seperti amanah saham? Beza yang ketara ialah kerana pelaburan emas menggunakan nilai emas sebagai pasaran pelaburan. Pelaburan seperti amanah saham atau matawang asing, menggunakan nilai wang kita sebagai medium pelaburan. Sedikit kelemahan melalui sistem matawang kita, ialah ia mudah dipengaruhi oleh inflasi.

Apakah itu inflasi? Inflasi terjadi apabila matawang kita mengalami susut nilai ataupun susut kuasa pembeliannya. Sejak beberapa tahun lepas, matawang kita kerap mengalami inflasi yang teruk. Kesan daripada inflasi, kita mendapati harga barangan harian kita semakin meningkat. Kenaikan harga barangan ini adalah disebabkan nilai matawang semakin lemah dan lebih banyak wang diperlukan untuk menjana industri barangan harian kita.

Walau bagaimanapun, nilai emas sebenarnya tidak berubah. Tetapi disebabkan nilai matawang kita merosot, harga untuk membeli emas semakin meningkat dari tahun ke tahun. Dengan menjadikan emas sebagai medium penukaran matawang, kita dapat menyelamatkan matawang kita dari susut nilai disebabkan inflasi.

Bagaimana drastiknya nilai emas meningkat? Ini sebenarnya banyak bergantung kepada permintaan dan pengeluaran emas. Walaupun nilai emas juga terpengaruh kepada perkembangan ekonomi, tetapi dalam jangka masa panjang, nilai emas tetap akan meningkat. Ambil contoh pada bulan May 2008, harga emas ialah USD912.50 untuk satu ounce. Menjelang bulan Jun 2008, harga emas telah meningkat kepada USD987.00. Ini adalah peningkatan sebanyak 8% hanya dalam masa sebulan sahaja. Jika ketika itu kita membeli 1 ounce emas pada bulan May dan menjual semula pada bulan Jun, kita mendapat untung sebanyak USD74.50 iaitu menyamai RM260 sebulan!

Untuk melihat harga emas terkini, bolehlah layari www.kitco.com. Di bawah ialah graf harga emas untuk setahun lepas. Perhatikan bahawa harga emas meningkat dari December 2008 dan terus meningkat hingga kini.



Ini pula harga emas untuk 5 tahun lepas. Sejak 2004, harga emas berterusan meningkat melawan inflasi matawang.


Berapakah modal pelaburan emas? Di Malaysia, kita beruntung kerana terdapat banyak peluang untuk melabur emas. Walau bagaimanapun, perlulah berhati-hati supaya tidak tertipu dengan pelaburan emas yang tidak diikhtiraf. Ada juga yang menawarkan dengan skim-skim pelaburan emas yang sebenarnya untuk mengaut keuntungan dengan menipu wang-wang orang ramai sahaja.

Pelaburan emas yang sentiasa menjadi pemerhatian pelabur-pelabur emas di Malaysia, antaranya ialah
  1. Public Gold – Pelaburan emas bar [Minima 20 gram = RM2,287]
  2. Public Dinar – Pelaburan emas dinar [Minima 1 dinar = RM472]
  3. Emas Kijang [Minima ¼ Troy ounce = RM908]
  4. Public Bank Gold Investment Account [Minima 20 gram = RM2,183]
  5. Maybank Gold Saving Passbook [Minima 5 gram = RM548]
Seperti mana-mana pelaburan, penting untuk pelabur mengambil tahu risiko dan cara-cara mengawal risiko pelaburan kita. Janganlah main ikut cakap orang sahaja. Kita sendiri pun perlulah mengambil tahu dengan lebih mendalam mengenai pelaburan emas ini untuk memastikan teknik pelaburan kita memberi untung maksima dan tidak rugi.

Sebenarnya, banyak lagi maklumat terkini yang perlu diambil tahu sebelum benar-benar menceburi pelaburan emas. Jika dilakukan dengan berhati-hati, pelaburan emas menjanjikan keuntungan yang menarik di samping melindungi matawang kita dari inflasi.

Sebuah e-book telah dihasilkan oleh En Shukor mengupas lebih mendalam mengenai cara-cara pelaburan emas. Saya telah pun membeli e-book “Emas-emas yang Hilang” hasil keluaran pertama beliau. Kini beliau telah melancarkan e-book ini untuk keluaran kedua pada 24 Ogos 2009. Penerangan yang simple tetapi amat lengkap dituruti dengan contoh-contoh pengiraan pelaburan yang mendalam melalui penulisan e-book beliau sememangnya amat membuka minda saya dalam pelaburan emas. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pelaburan emas, dapatkan e-book beliau dengan klik pada banner di bawah. Oleh kerana permintaan yang tinggi untuk e-book ini, beliau telah membuka belian e-book “Emas-emas yang Hilang” ini dengan harga RM80 dan terbuka untuk 1000 pembelian sahaja.


Di sini juga saya sertakan kertas kerja mengenai pelaburan emas yang akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09) pada 27 Ogos 2009 ini di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Download kertas kerja di sini. Saya ucapkan selamat melabur kepada semua.

No comments:

Post a Comment