Kepada semua umat Islam, saya ingain mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Sambutan lah kedatangan bulan Ramadhan yang mulia pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009 ini, insyaallah. Semoga Ramadhan tahun ini, kita dikurniakan kekuatan untuk tekun beridabah kepada Allah dan berjaya mengecapi keindahan dan ketenangan sepanjang bulan mulia ini.
Di samping itu, harap-harapnya kita tidak terlalu gelojoh untuk menyambut Hari Raya sampaikan sudah mula shopping hinggakan terlupa ruangan ibadah di masa Ramadhan. Shopping-shopping tu, minggu-minggu last pun masih sempat lagi.
Seperti biasa, bulan Ramadhan juga terkenal dengan hidangan-hidangan untuk berbuka puasa yang lazat dan berbagai rupa. Ingat-ingat lah budget kita semasa berbelanja untuk berbuka puasa. Jangan sampai turutkan nafsu lapar, habis duit guna untuk beli makanan untuk berbuka. Hanya sebab kita tak makan satu hari, bukan alasan untuk kita beli makanan berbuka untuk 3 hari.
Iklan-iklan untuk berbuka puasa pun dah banyak keluar. Jenguk-jenguk lah promosi yang bersesuaian dan berpatutan untuk pergi berbuka bersama keluarga. Kalau sepanjang bulan Ramadhan kita berjaya jimat banyak, tak salah untuk sesekali berbelanja lebih sikit bersama keluarga untuk menikmati keseronokan berbuka bersama yang tersayang.
Di sini ada beberapa promosi untuk berbuka puasa yang akan dilancarkan.
No comments:
Post a Comment